CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 756|Reply: 5

[Tempatan] Pemuda Umno gesa rundingan meja bulat UEC, abang Umno kacak merenung tegas

  [Copy link]
Post time 13-7-2018 02:38 PM | Show all posts |Read mode



MELAKA TENGAH - Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jasin dan Kota Melaka menggesa kerajaan negeri mengadakan rundingan meja bulat bagi menyelesaikan polemik isu Sijil Perperiksaan Bersepadu (UEC) di negeri ini.

Ketua Pemuda Bahagian Jasin, Dr Akmal Saleh berkata, pertemuan serta perbincangan bersama penting, bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai langkah kerajaan negeri yang telah mengiktiraf sijil berkenaan sebagai syarat perjawatan peringkat negeri memandangkan tindakan tersebut dianggap terburu-buru sehingga menimbulkan pelbagai perasaan negatif dalam kalangan rakyat Melaka.

Menurutnya, kelulusan sijil itu juga didakwa sebagai tidak adil terutama kepada lulusan sekolah aliran agama, pondok dan tahfiz, malah kerajaan negeri digesa menyediakan satu data statistik lengkap jumlah pemegang UEC.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Himpun bantah iktiraf UEC di Melaka ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Iktiraf UEC beri kesan negatif-Guru ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Umno mahu rundingan UEC ]

"Apa yang menjadi tanda tanya, mengapa lulusan aliran agama itu perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka memohon jawatan di sektor awam, sedangkan UEC itu sendiri juga tidak menepati Dasar Pendidikan Negara?

"Sebab itu kami menggesa perlu diadakan segera perbincangan bersama agar model UEC sedia ada dapat ditambah baik dengan beberapa cadangan sebelum ia boleh diguna pakai di negeri ini mahupun di seluruh negara," katanya ketika ditemui di Seri Bendahara, tadi.

Dalam pada itu, Akmal yang mengetuai rombongan disertai lebih 20 ahli Pemuda Umno di kedua-dua bahagian, menyerahkan sekali lagi surat permohonan mengenai perbincangan isu UEC kepada wakil Ketua Menteri.

Pada 7 Julai lalu, sayap pergerakan itu memberikan surat permohonan pertama, namun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Ketua Menteri, Adly Zahari sebelum menyerahkan kali kedua surat permohonan tersebut ketika Hari Bersama Rakyat di Dewan Seri Bendahara, Ayer Keroh jam 10 pagi tadi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 03:04 PM | Show all posts
muka semua sepesyen je.. bujur sirih
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kat tgh tu consider ada rupa banding dgn yg lain
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg membantah ni sikit pun tak pi fahamkan apa tu UEC sebelum komen.

Mereka tak tau UEC sudah luas diterima oleh university di seluruh dunia lama la, ini dah cukup membuktikan tahap akademi UEC ni tinggi (lebih tinggi drp SPM). No dispute about this.

dan utk pelajar2 yg ambil UEC yg ingin masuk universiti tempatan atau jawatan awam di malaysia, mereka tetap kena dpt kredit BM SPM utk menunjukkan mereka competant dlm BM.

Apa masalah dgn org yg bising2 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:41 PM | Show all posts
mane satu merenung tegas....hahahahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Adly BARUA cina. sesuai dengan pendengki syiah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058421 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list