CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6319|Reply: 77

[Tempatan] Saya dah kata- Bijan

  [Copy link]
Post time 13-7-2018 03:11 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) pernah memberi amaran mengenai perubahan sistem cukai secara sesuka hati kerana boleh memberi kesan terhadap harga barang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana harga barang tidak mengalami penurunan selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) disifarkan.

Beliau juga bimbang apabila cukai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diperkenalkan semula dan diperluaskan pada September depan akan memberi kesan terhadap harga barang, mungkin jauh lebih tinggi berbanding sebelum GST disifarkan.

“Terkejut saya pagi ini apabila membaca kenyataan Menteri Pakatan Harapan (PH) yang mengakui GST bukan sebab utama harga barang naik, biarpun itulah modal dan tohmahan digunakan terhadap kerajaan sebelum pilihan raya.

“Pada masa itu, PH tidak menerima jawapan kita, malah mempersendakannya. Kini Pakatan Harapan terpaksa menelan hakikat di sebalik tuduhan mereka sendiri.

“Inilah bahaya apabila sistem cukai diubah sesuka hati dan BN pernah memberi amaran sebelum PRU14 mengenai ini,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook, semalam.

Beliau berkata demikian, mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang dilaporkan Malaysiakini sebagai berkata, penurunan harga barangan yang rendah menjadi punca rakyat masih belum merasai sepenuhnya pelaksanaan GST pada kadar sifar sejak 1 Jun lalu.

Saifuddin berkata, harga barangan dilihat kekal kerana penurunan harga hanya bermula dari 0.04 hingga 13 peratus dan membabitkan 70 peratus daripada 417 barangan basah, kering, keperluan bayi dan lain-lain.

“Sebenarnya kenaikan tidak berlaku, tetapi jumlah penurunan harga barangan itu sangat kecil, ia tidak mencapai 30 hingga 40 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Najib berkata ini sudah tentu memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat dan ini bertentangan dengan janji PH yang memberi setinggi harapan untuk menurunkan kos sara hidup dalam manifesto mereka.

Beliau berharap, kerajaan PH akan membuat sesuatu untuk memastikan kebimbangan ini tidak menjadi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Julai 2018 @ 11:08 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak bunyi pulak tokjib ni. Bukan ke ko ni bapak segala mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokjib baru fikir kesan kpd kos hidup rakyat? Patutnya sejak 5 tahun lepas ko dah fikir.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan sembang kencang babi blh terbang.

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:26 PM | Show all posts
eh najib, baru kau nak fikir ke sengsara rakyat? time kau hapuskan jawatan tutor n kurangkan geran penyelidikan di IPTA smpai ramai bdk post grad berbuka dkt masjid sbb nak kurangkan belanja makan, tu x fikir pulak? skrang baru nak fikir? harga naik masa zaman permerintahan BN, kau x buat apa2 kan? harga yg naik mmg susaahhh nak turun, x kira la buang GST ke apa. tu sbb time start kenalkan GST dulu tu, kena fikir btl2. skrang nak salahkan org lain pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb gst la brg naik
Lepas barang naik, xde nya pemborong dan peruncit akan turunkan harga mendadak
Dorang lagi la akan markup sebagai keuntungan walau xde gst so dorg dapat untung lebih
Sebab tu xde nmpk harga turun banyak walau xde gst
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2018 03:54 PM | Show all posts
It’s started from you and the BNs goon la najib...  
kalau dari dulu tak ada GST tak ada la kenaikan a sebab gst then tak perlu la bersusah nak turunkan balik..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
eh, bkn sebelum gst asal petrol naik, harga brg pun ikut naik tak turun2? ke sbb gaji minimum? ke sbb naik gaji, blablabla

harga barang2 start naik selepas gst, sebelum tu maintain?




























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
seronok tengok puak2 ph menjustifykan kebodohan kerajaan sembang kencang babi blh terbang ni. bukak la ye thread mcm ni byk2

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:08 PM | Show all posts
lepas kalah, dah x tau nak buat pa dok depan pc jerla, rajin plak karang esei pjg2.... kalau x dulu send
mesej ja........
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:11 PM | Show all posts
Caringnya Pok Jib lately....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:30 PM | Show all posts
kan dah kata ..jho lo tu melayu islam

anyway kes barang naik ni bermula dari umno bangang start dari paklah sambung ke najib..kunun tolong mulayu punya pasal.

bagi kerja preee gomen banyak2 yang rata2 hanya layak kerja yang bangla indon dan nepal buat sekarang ini..

tambah pulak ngan gaji selalu naik gula2kan puak ini demi kelangsunagn politik nak raih undi mulayu..

jadi budget dah 100bil lebih dah setahun tanggung puak2 ni..kerja yang patut di sub kat bangla indon etc..duit keluar lagi haru

maka terhasillah GST..campur ketirisan dan penyamun hippo dan bini bugis dia..tak cukup lerr..

ko ingat nak settle lebihan stock puak unemployables ni senang ke?

kalau buang mau ke depa kerja setimpal ngan "kelayakan " betul depa ngan gaji yang patut depa terima?

cehhh..dia buat taik orang kena cuci ingat leh settel sekijap je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemimpin umno sembang. ...gajah pun boleh terbang. ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:39 PM | Show all posts
ehh kua lak macai sorang melalak sini
aritu mana tah matikan diri je
hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 04:49 PM | Show all posts
GST hapus ingat barang leh turun seklip mata je ke?

kalau retail untuk end user tu..depa dah beli harga + gst dah..cuma tak charge 6%..still beli from supplier dah tmabah 6%

kena habiskan stock lama dulu..

dulu2 masa mula2 nak implement gst pun time meeting kastam peniaga kpdnkk semua..ramai bangkit tanya soal ni..ape jadi stock lama yang dah kena 11% sst tu?

takde jawapan..sampai hari last esok nak implement gst..call kastam..punya la h malas..depa kata tak tahu ..tambah je 6% on top

end up 11% +6%..bodoh giler..kes la ni pun sama..puak BN melalak tak paham issue..stock lama ingat hari ni buang GST ..hari ni juga ke stock lama magic hilang?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokjib gi la makan kinoa (ntah apa ejaan betul nya who the fck cares) n kangkung celur diam2. Nyampah mak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tokjib gi la makan kinoa (ntah apa ejaan betul nya who the fck cares) n kangkung celur diam2. Nyampah mak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:04 PM | Show all posts
Ntah, sebenarnya barang naik harga dan tak turun harga sebab Najibla. Walaupon dia dah takde kuasa, kena tangkap, tetap Najib yang punya angkara. Walaupon GST dah takde, tapi peniaga mana boleh turunkan harga, ni semua salah Najib - Mahacai
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:09 PM | Show all posts
Kesian ex pm nih..time rakyat complain kenaikan harga disbbkn pelaksanaan gst ko pg mana??menyorok belakg wak selan..berbuih2 wak selan menipu psl gst nih tp rakyat masih x pecayalast2 hang pi bangga naik pendapatan negara 42 bilion sbb tekan rakyat..cilakak punya penyamun
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
saya tak tahu la psal gst ke apa
tadi sy beli susu 2-4 rm20.90
biasa kat speedmart rm23.00
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.067717 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list