CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2144|Reply: 6

Penangan Piala Dunia, Ramai Terkena Serangan Jantung Dan Temui Ajal!

[Copy link]
Post time 13-7-2018 04:14 PM | Show all posts |Read mode




Mengejutkan, dalam kemeriahan menyaksikan perlawanan demi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia, ada yang terkena serangan jantung!


Hal ini didedahkan oleh Apple apabila mendapati pengguna jam tangan elektronik keluarannya di serata dunia menerima mesej peningkatan kadar denyutan jantung secara mendadak.





Foto: Google





Bukan itu sahaja, kes yang paling malang dilaporkan adalah apabila seorang pengulas berita sukan dari Mesir meninggal dunia setelah menyaksikan pasukan yang mewakili negaranya kalah kepada Arab Saudi pada perlawanan akhir peringkat kumpulan, 25 Jun lalu.


Manakala, di China seorang penyokong pasukan Jerman berusia 56 tahun mengalami serangan jantung setelah menyaksikan pasukan kegemarannya ditewaskan pasukan Mexico pada 17 Jun lalu.





Foto: Google





Sebelum itu, kajian oleh Jurnal Kardiologi Kanada mendapati bahawa mereka yang menonton perlawanan hoki secara langsung juga mengalami peningkatan kadar denyutan jantung sehingga 110 peratus berbanding 75 peratus ketika menonton di kaca televisyen. Kadar ini tidak banyak bezanya dengan bacaan ketika melakukan senaman berkaitan jantung.


Manakala, berdasarkan sebuah kajian di Brazil, seorang konsultan kardiologi di Hospital Mount Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Dr Dinesh Nair berkata, kejadian serangan jantung bertambah ketika  perlawanan akhir dan melambung tinggi apabila Brazil berentap dengan pasukan negara lain.





Foto: Google





Penangan Piala Dunia ini boleh dikatakan agak berbahaya dan mengundang maut. Perasaan berdebar-debar dan kebimbangan, jika menimpa individu lemah akan memberikan kesan buruk.


Sentiasalah berwaspada jika ada di antara keluarga anda yang menghidap penyakit jantung dan lemah semangat. Kalau boleh, elakkan menontonton perlawanan mencemaskan seumpamanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 06:53 PM | Show all posts
yg paling tension masa ET ngan penalti.dulu masa sudden death ada ..lagi stress.kdg2 tu rase nak tutup tv
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:51 PM | Show all posts
Nak tambah sikit...

Kalo orang Mesia, tengok badminton

Berdebarnya lain macam woooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni pon ada jugak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:35 PM | Show all posts
ade dua kebarangkalian..1st sbab semangat patriotik & 2nd lak sbab ko da tabur duit kat sesebuah pasukan so risau pasukan ko kalah..lulss
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 06:11 PM | Show all posts
badminton pun sama haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2018 11:10 AM | Show all posts
uishhh bahaya...............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.060518 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list