CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 827|Reply: 3

[Tempatan] APDAM mohon maaf atas kecuaian hidang babi

[Copy link]
Post time 13-7-2018 05:21 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA 13 Julai - Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (APDAM) hari ini memohon maaf terhadap kecuaian mereka menghidangkan daging babi dalam satu majlis yang turut dihadiri para wartawan beragama Islam dan Hindhu kelmarin.

Presiden APDAM, Datuk Dr. Clinton Chai berkata, beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan para wartawan yang hadir pada malam tersebut dan mengaku pihaknya cuai dalam penganjuran majlis itu.

“Saya selaku Presiden persatuan ingin memohon maaf kepada wartawan Muslim dan Hindhu terlibat tempoh hari. Ini sebagai satu kecuaian. Saya ingin memohon maaf kepada semua,” katanya.

Beliau menyatakan permohonan maafnya itu serta menyerahkan surat permohonan maaf secara rasmi terhadap wartawan terlibat dalam satu sidang akhbar di hadapan beberapa wartawan mewakili agensi masing-masing di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kehormat APDAM, Chai Siong Siew; Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Cina Ketua Menteri Melaka, Tan Boon Siang; Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM), Samat Majid dan Presiden Persatuan Wartawan Negeri Melaka (MJA), Choong Kion Sin.

Kelmarin, beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di sini berasa amat terkilan atas sikap tidak sensitif penganjur yang menghidangkan daging babi tanpa memaklumkan perkara tersebut.

Majlis yang dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, ahli-ahli dewan undangan negeri serta beberapa tetamu kehormat itu gagal dikelolakan dengan baik di mana pihak penganjur tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Sementara itu, Siong Siew menjelaskan, pihak persatuan telah menyediakan lima meja dengan hidangan makanan halal bersebelahan pentas pada malam tersebut, namun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak media yang dijemput.

“Kita sangka hanya tiga wakil media (akhbar berbahasa Cina) yang akan hadir pada malam itu. Di meja hadapan, kita memang menyediakan makanan halal kepada tetamu Muslim dan Hindhu bersama beberapa tetamu jemputan yang lain.

“Semua tetamu khas kita jemput ke meja halal. Kita telah cuai pada malam itu sehingga terjadinya isu ini. Kami ingin memohon maaf atas berlakunya isu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Samat menasihatkan kepada persatuan tersebut supaya lebih peka dan menjaga sensitiviti masyarakat berbilang bangsa dalam majlis rasmi, lebih-lebih lagi program yang dihadiri pemimpin peringkat Persekutuan mahupun negeri.

“Sekiranya boleh, dalam program rasmi tidak perlulah penganjur mengadakan dua hidangan daripada pihak katering berbeza kerana selagi boleh, kita kekalkan budaya kita dan itu lebih baik. Kami menerima permohonan maaf APDAM dan berharap perkara sebegini tidak berlaku lagi,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 06:54 AM | Show all posts
tapi macamana pun tak perlulah
disediakan hidangan tersebut
di majlis yang membabitkan jemputan
berlainan agama..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ulangi lagi. Any gov function kena faham sensitiviti ugama dan kaum lain

Respect is not a one way street.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 14-7-2018 08:34 AM
tanakkampung1x replied at 14-7-2018 06:59 AM
Jangan ulangi lagi. Any gov function kena faham sensitiviti ugama dan kaum lain

Respect is not a  ...


Yes...menda mcm2 ni xboleh buat main2. Tambah ini adalah govt function yg mmg dilarang utk serve non-halal food. Bab isu agama sgt sensitif.. Kalau menda ni berlaku kat kaum lain haruslah ada yg mengamuk semua. Perangai manusia jelik mcm ni harus kena hukuman setimpal supaya buat peringatan pd mereka dan org lain jgk. Yg aku nampak perangai kaum yg satu ni dah mcm kaduk naik junjung. Mohon menteri2 ph control sikit perangai piggy diorg ni sblm rakyat buat keputusan yg lebih mengejutkan kat pru 15 nanti... We watch u!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.206832 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list