CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3025|Reply: 40

[Tempatan] Kajian IDEA: Projek Cyberjaya gagal berbanding Lembah Silikon

  [Copy link]
Post time 13-7-2018 06:47 PM | Show all posts |Read mode
July 13, 2018



KUALA LUMPUR: Badan pemikir, IDEAS berkata projek Cyberjaya gagal mencapai objektifnya mewujudkan hab usahawan IT peringkat dunia.

Menurut laporan badan itu, ini kerana dalam usaha membangunkan Cyberjaya, kerajaan “cuba mewujudkan sebuah hab yang maju daripada kosong sedangkan bukti menunjukkan hab yang paling berjaya sekalipun tumbuh secara semulajadi dengan kerajaan berperanan pada peringkat lebih terkemudian bagi menyokong pembangunannya, termasuk menyediakan permintaan bagi teknologi baru itu”.

Laporan bertajuk “Create or Nurture? Lessons from Cyberjaya: Malaysia’s Promised Silicone Valley” menilai kejayaan Cyberjaya dengan membandingkannya dengan hab lain seperti Lembah Silikon yang lebih terkenal.

Laporan itu menyebut, walaupun Malaysia menikmati peningkatan eksport ICT yang berterusan dan membanggakan, namun “kebanyakan peningkatan ini mungkin tidak boleh dikatakan berpunca daripada Cyberjaya”.

Ketua pegawai eksekutif IDEAS dan pengarang laporan itu, Ali Salman berkata, “Cyberjaya merupakan cita-cita besar yang akhirnya gagal. Walaupun ia berjaya mencipta pekerjaan dan menarik pelaburan, namun ia gagal muncul sebagai hab inovasi terkemuka dunia seperti diimpikan.

“Sebab utamanya ialah kerajaan tidak boleh mewujudkan hab daripada kosong, ia hanya perlu menyokong sesuatu yang muncul secara semula jadi. Kerajaan baru perlu belajar daripada pengalaman ini dan melaksanakan dasar yang membolehkan potensi besar sektor swasta Malaysia berkembang, bukannya cuba mengurusnya secara langsung.”

Lembah Silikon di San Francisco, California merupakan pangkalan bagi banyak syarikat permulaan dan teknologi global termasuk Apple, Facebook dan Google.

Cyberjaya bermula pada 1997 di atas tapak yang tidak dibangunkan seluas 2,800 hektar bersebelahan dengan Putrajaya. Ia merupakan idea perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Cyberjaya sepatutnya menjadi tonggak Koridor Raya Multimedia (MSC) dan direncanakan sebagai “zon khas di mana usahawan teknologi dan syarikat antarabangsa menikmati pelepasan cukai menarik, akses kepada sumber manusia dan infrastruktur bertaraf dunia pada harga negara membangun”. Ia dirancang sebagai tapak semaian idea yang subur.

Laporan itu mendapati Cyberjaya sangan berbeza dengan Lembah Silikon dari segi peranan perancangan pusat dan “perancangan pusat tidak mampu melahirkan kluster industri yang berjaya, sebaliknya dasar industri yang berkesan pasti berupaya menyuburkan kluster sedemikian”.

Ia mendapati “proses organik yang menggabungkan permintaan pasaran dengan penawaran tenaga kerja berkemahiran yang berpusat melalui proses keusahawanan yang rumit adalah sangat penting bagi kejayaan. Ini tidak boleh digantikan dengan arahan atau wawasan kerajaan yang bersifat ‘atas ke bawah’.”

“Cyberjaya yang diketengahkan sebagai wawasan besar dan hebat itu mungkin telah turut memasukkan kegagalan dalam reka bentuknya.

“Kami perlu menakrifkan perkataan ‘gagal’ digunakan yang mungkin kelihatan seperti penilaian yang kejam memandangkan jumlah syarikat MSC dan kehadiran MNC yang banyak di Cyberjaya.

“Tidak dinafikan projek ini membantu menempatkan Malaysia sebagai pemain dalam operasi khidmat luaran dunia, tetapi jelas juga penilaian dibuat dengan membandingkan sesuatu dengan objektif rasmi yang ditetapkan.”

Ia mengakui Cyberjaya kini menjadi pangkalan ratusan buah syarikat dan beberapa universiti, yang berkemungkinan akan membantu melahirkan tapak inovoasi baru untuk industri tersebut pada masa depan.

Laporan itu menyebut, sejumlah besar pekerja berpengetahuan diperlukan bagi melahirkan hab seperti Cyberjaya dan faktor ini memang sedia ada. Bagaimanapun penting juga untuk memastikan berlakunya percambahan bersilang idea mereka melalui penciptaan modal sosial dan itu tidak ada.

“Percikan semarak keusahawanan dan pengambilan risiko yang mencirikan Lembah Silikon AS pada ahun 1960-an, bukanlah sesuatu yang biasa di Lembah Silikon Malaysia. Terdapat banyak ‘wajah kerajaan’ di lembah ini, baik dari segi reka bentuk ‘urbannya’ atau dalam bentuk syarikat yang ada, tetapi tidak dalam bentuk pengambilan risiko syarikat modal teroka swasta serta budaya keusahawanan”.

Laporan tersebut berakhir dengan membuat sebuah analogi membandingkan pembangunan hab seperti Cyberjaya dengan proses membuat kek bagi menjelaskan peranan kerajaan.

“Sebutir kek mempunyai beberapa bahan untuk membuatnya seperti tepung, susu, gula, coklat dan telur. Walaupun kesemua bahan ini penting dan menarik tumpuan kita dalam membuat kek, namun satu bahan sangat penting, tetapi tersembunyi ialah agen penaiknya, iaitu serbuk penaik atau soda dalam kes ini.

“Tanpa agen ini, tidak ada kek boleh dibuat. Bagi kek seberat satu paun, anda memerlukan hanya satu sudu agen penaik. Namun terdapat pelbagai jenis agen penaik seperti soda masakan dan tepung penaik, sama seperti kepelbagaian bentuk kerajaan dengan hasil yang sama.

“Perkara penting dalam analogi ini ialah jika anda memasukkan lebih daripada satu sudu agen penaik bagi kek satu paun, ia akan rosak. Kek tidak menjadi jika kita memasukkan terlalu banyak soda penaik, jadi ukuran tepat penting. Sedikit tetapi mencukupi.

“Tiada ekonomi boleh berfungsi tanpa kerajaan, tetapi jika peranan kerajaan terlalu besar, ia menjadi rosak. Sama seperti kerajaan yang besar akhirnya melahirkan rasuah dan korupsi.

“Seperti agen penaik, peranan kerajaan tersembunyi dan sekadar mencukupi. Anda tidak nampak agen penaik dalam kek, rasanya juga tidak ada. Ini sama seperti sebuah kerajaan yang baik.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 07:32 PM | Show all posts
xyah kaji tengok pun dah tau
epic fail
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi lambakan kedai nasi ereb je kat sana...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu tun m kata nk rekrut it dari india. Padahal msc dah wujud lebih 20 tahun. Apa dah jadi?

Kalau mnc company, sejak dulu pindah Helpdesk ke india. Design team pun, mcm siemens dulu ada kt phileo damansara. Pastu semua design pindah ke india.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:01 PM | Show all posts
Cantik analogi yg dia guna... Kerajaan umpama soda bikarbonat. Sikit sgt tak naik elok, lebih2 kalu, jahanam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2018 12:12 PM | Show all posts
lps TDM letak jawatan
Pak Lah, Najib ada ambik inisiatif ka nak majukan Cyberjaya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2018 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
tu lah akibat terlalu banyak pusat Tahfiz, Sumber manusia bidang IT semacam diabaikan ... yg melambak lobai2 kon  yg tongong macam Laba  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:25 PM | Show all posts
R2D2 replied at 15-7-2018 12:12 PM
lps TDM letak jawatan
Pak Lah, Najib ada ambik inisiatif ka nak majukan Cyberjaya?

ada je dek.
MAGIC segala zaman najib kan?
MAGIC itu memang bagus, untuk nurture start ups pelbagai.
banyak program yang heshe buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 12:26 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 13-7-2018 08:15 PM
Hari tu tun m kata nk rekrut it dari india. Padahal msc dah wujud lebih 20 tahun. Apa dah jadi?

K ...

banyak je lagi call center berpengkalan di ibu pertiwi ini.
kelebihan di ibu pertiwi boleh support multiple languages, di mana di tempat2 lain hanya takat english dan satu bahasa lain jah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:28 PM | Show all posts
bagi akak DFTZ ke apa itu patut nya di zonekan di cyberjaya jah, lokasi pun dekat dengan airport
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:31 PM | Show all posts
pyropura replied at 15-7-2018 12:22 PM
tu lah akibat terlalu banyak pusat Tahfiz, Sumber manusia bidang IT semacam diabaikan ... yg melamba ...

itu salah satu sis,
lepas tu ada komplen grad dua tiga tahun pun masih mengaanggur, sebab apa/// hadap nak masuk kerja gomen sebenar nya,
kalau bidang IT ini bersepah2 jah ada kosong, sama ada kamu nak ke tak nak jah.

cabang bidang IT ini sangat luas, pilih jah nak cabang mana gitu.
bab gaji pula depends on company la sister, kalau co yang established boleh tahan lebat.
jangan kerja co melayu or jinjang pprt sudah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:35 PM | Show all posts
lagi satu yg buat co IT tak semua pengkalan di cyberjaya sebab nya, di KL pun bersepah2 office yang dapat taraf MSC, bab itu kerajaan yang salah.
nak kata cyberjaya itu jauh ke apa memang tak lah sis. nak ke KL naik MEX kejap jah, drive normal pun 30 mins je kot. nak ke airport pun dekat jah, crime rate rendah.
populasi international, acik2 kepam tak berapa ada sana. kalau ada pun kepam yang urban gitu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ohnoLia at 15-7-2018 01:04 PM

Dunia IT dan Teknologi boleh pula India conquer.... kena belajar dr negara india....  kalau buat RFI dan RFP ...presentation... consultation...  walaupun company tu hat org puteh punya mmg hat set2 depa ja yg mai...
Tak kira finance system... accounting.. IT system.. technology system...cloud dan infra solution... apatah lagi digital solution provider. IT security pun mereka conquer.
Orang2 kita nganga ja.. ini dah sampai the whole IT segmen ni..  masa zaman chedet dulu kita ai fikir sama taraf je dgn negara luar.. ni zaman tpm mimos.. mrcb dulu2 lah

Pohon kerajaan kawal mereka2 ni...   jadikan mesiniaga sehebat provider dr luar... atau lantik company malaysia sahaja sebagai manage servis...atau sebagai servis provider utama untuk semua company2 negara kita... hidupkan balik mimos atau technology park... ini lebih baik dr wujudkan kereta nasional yg baru...

Contoh sahaja. Mesiniaga fokus ke infra security network cloud service provider dan professional servise sampai tahap dunia
Mimos pula fokus ke finance dan accounting... bss.. campaign dan loyalty... bi dataware atau data science sampai ke tahap dunia.. dan jua blue ocean..
Mrcb dan tpm pula fokus ke digital servis provider..machine learning..artificial intelligent..
Tm pula jadi servis provider utk fix line dan mobile backbone yg wajib di pakai oleh semua telco..

Tengok petronas tu... elok ja sampai la ni conquer oil and g....   kalau payah2 suruh saja petronas IT tu conquer semua segment IT utk seluruh negara... mulakan dgn glc utk pakai khidmat mereka.. utk semua IT solution

Barulah graduate kita ramai yg leh dapat kerja. Kalau nak set2 expat india atau omputih ke biar dia kerja utk kita..
Sbb tu lah ai nmpk vision tn50  tu boleh realisasikan benda2 ni... kalau ph ai tak nmpk pun... sila segera buat analisis...dan strategy...  ph boleh assign MAMPU atau skuad ptd yg  boleh diserapkan ke seluruh company2 besar utk buat kajian...



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:38 PM | Show all posts
pemikiran ummah lokal pprt ini juga memainkan peranan jua.
ada jua yang incompetent, IT melayu ini siap buat persatuan bla2 bumiputera bagai..
so felda pprt iya.

bidang IT ini kena compete internationally dan teknologi sentiasa pantas berubah so sangat tak perlu kau nak acah2 bumiputera pelbagai ini, bvergaul  jah dengan semua orang dan compete secara sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 15-7-2018 12:26 PM
banyak je lagi call center berpengkalan di ibu pertiwi ini.
kelebihan di ibu pertiwi boleh suppor ...

India has the largest call centres concentration in da worllddd.
now depa dah banyak sub-con pula ke overseas menjadikan Filipin the 2nd largest kalu tak silap.
- aku punya US Amex card pulak call center nya di Cairo. kat sana all major European languages covered. even my Malaysian Standard chartered Visa,  call centre nya kat Croatia haku tengok ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 12:46 PM | Show all posts
Cyberjaya ni boleh clubbing tak?

Putrajaya pekan sendu sbb x boleh jual alcohol. Shangri-La pun dah tutup tinggal Pullman ja kot hotel berbintang2....

Le Meridien, Marriott semua tu walau nama sebut Putrajaya tapi actually kat Cyberjaya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 12:50 PM | Show all posts
najib888 replied at 13-7-2018 10:01 PM
Cantik analogi yg dia guna... Kerajaan umpama soda bikarbonat. Sikit sgt tak naik elok, lebih2 kalu, ...

ok..
aku pun sukakan perumpamaan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ohnoLia at 15-7-2018 01:02 PM
Changa replied at 15-7-2018 12:38 PM
pemikiran ummah lokal pprt ini juga memainkan peranan jua.
ada jua yang incompetent, IT melayu ini  ...


Kalau mcm tu untie..

Kita suh je company IT perdana yg boleh kerajaan ph tubuhkan utk conquer dunia mcm tata dan tech mahendra ...  kembangkan shj petronas IT tu...

Ai fikir graduate kita sama bijak je mcm org2 negara india sana. Kalau nak pilih competence atau tak HR ada ubatnya...

Kalau tak pun.. suh shj petronas beli company IT yg besar.. dan absorb as part of petronas IT.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
ohnoLia replied at 15-7-2018 12:38 PM
Dunia IT dan Teknologi boleh pula India conquer.... kena belajar dr negara india....  kalau buat RFI ...

Itis ni petronas it ke? Ke iols ketinggalan zaman?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-7-2018 01:14 PM
Itis ni petronas it ke? Ke iols ketinggalan zaman?

Eh ai thot petronas ict kan ?

Ai think derg boleh jd sgt2 powerful.. lebih hebat dr kpmg.. accenture.. ibm.. oracle.   Tata  tu semua.. .

Lg pula klu anak2 kita dpt masuk situ... boleh la kita buat spesel grup kat wassap utk potential calon2 buat menantu sis ngeeeeewee hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:04 PM GMT+8 , Processed in 0.071090 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list