CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2985|Reply: 39

[Tempatan] Kos guaman peguam AS jutaan RM. Lancarkan lagi Tabung? Wanita UMNO gadai lagi ge

[Copy link]
Post time 13-7-2018 07:02 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikritik, kerana bakal menelan kos guaman yang tinggi.

Bekas menteri dan veteran UMNO, Tan Sri Rais Yatim mempersoalkan 'kemampuan kewangan' Najib untuk membiayai kos guaman berkenaan.

Katanya, bayaran ikat jamin sebanyak RM1 juta kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd baru-baru ini, menggunakan wang hasil kutipan UMNO.

Rais sebaliknya mengesyorkan Najib agar memberi kepercayaan kepada peguam Barisan Nasional (BN) atau UMNO untuk membelanya, bahkan mungkin beliau akan diberikan khidmat guaman secara percuma, termasuk proses perbicaraan menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu.
"Berita ramai peguam Amerika Syarikat untuk bela kes bekas perdana menteri amat menonjol. Takkanlah peguam tempatan tak hebat sebagai peguam bela?

"Lagipun, peguam Amerika Syarikat itu tentu perlu dibayar dengan kos berjuta ringgit, sedangkan duit ikat jamin pun kena 'tekyan' (kutip wang). Yakin peguam BN atau UMNO boleh beri khidmat percuma dan lebih cekap, malah bahasa Malaysia pun boleh," tulis Rais di Twitternya



Sebelum ini, kecoh apabila Najib menggunakan khidmat sekumpulan peguam terkemuka Amerika Syarikat dikatakan mungkin berkenaan isu saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk menyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kumpulan peguam handal itu dari Ashcroft Law Firm, yang diterajui bekas Peguam Negara Amerika Syarikat, John Ashcroft, mendaftarkan nama Najib sebagai anak guam dalam daftar melalui Akta Pendaftaran Ejen Asing.

Menurut dokumen itu, firma tersebut dilantik untuk memberi nasihat undang-undang kepada Najib mengenai 'tindakan tidak wajar oleh pihak ketiga untuk cuba menggugat kerajaan Malaysia.'

Dalam dokumen itu juga, ia menyatakan perkhidmatan disediakan oleh Ashcroft Law Firm dibiayai "kerajaan asing, parti politik asing atau prinsipal asing yang lain."

Wall Street Journal pada tahun lalu melaporkan Najib melantik firma guaman itu untuk menasihati beliau mengenai kes 1MDB pada 2016.

Ashcroft Law Firm pernah mewakili kerajaan Qatar untuk menangkis tuduhan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan jiran Arabnya bahawa negara itu menyokong keganasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Melayu!melayu!melayu!

#percumanajib
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:15 PM | Show all posts
cik_chili replied at 13-7-2018 07:12 PM
Melayu!melayu!melayu!

#percumanajib

bodohnya kau

freenajib bukan percumanajib la ngok


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruk najib gadai apa yg ada termasuk diri dia n rosmah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 macai yang teriak melayu! Melayu! Melayu! hari tu teriak lagi perkataan sama bila peguam Najib ni nak masuk mahkamah..

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 07:26 PM | Show all posts
No akaun pleaseee..gatal tangan dah ni nak derma.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2018 08:08 PM | Show all posts
peguam2 dari US ni boleh cakap melayu dak? kang sundal2 umno memekak melayu melayu pulak masa buat PC
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah dia
Nak derma derma..
Xnak.udah.le...
Sebab iols.mmg x derma lah tabung harapan ke..guaman najib ke..
Jadi.iols x kesah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini semua poyo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila jual kak mah..mungkin ada harga lagi tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hahaha...masalahnya ada ka yang mau beli kak mah? mentenen tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jcopy replied at 13-7-2018 07:15 PM
bodohnya kau

freenajib bukan percumanajib la ngok

Ko laaa bongok...aku ckp melayu .... korang kan asik dok sakan melalak melayu ...karoks kt mahkamah...nyanyi lagu besday...eh silap...hari jadi al najibur....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata sammy vellu.. derme la darer
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukurla najib ade peguam amerika...hehe byr xkn sejuta kot kan.convert bru 200 ribu lebey..harap najib kalu x cukup duit bole gadai lg barg kemas wanito umno..takdirrr
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sinalegna replied at 13-7-2018 02:39 PM
Bak kata sammy vellu.. derme la darer

i miss him and all his "jokes".. sammy masih menetap di malaysia ka?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 13-7-2018 10:54 PM
i miss him and all his "jokes".. sammy masih menetap di malaysia ka?

Menetap not sure, tapi dia baru je admitted IJN last month
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 11:12 PM | Show all posts
Msahal tu peguam dari Amerika.  Nanti tinggal lama di M'sia semasa sidang mahkamah, sape agaknya tanggung bil hotel, makan-minum dn pengangkutan mereka.  Kata Najib dh tak de duit.  Ahli2 umno sanggup ke terus2an nyumbang ke dlm tabung ehsan najib? Wanita2 umno tetap rela bergadai golok ke? Itu belum lagi saman rasmi drp pengusaha intan-berlian Lubnan sampai untuk Rosmah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
apa susah? duit najib takkan luak sesen pon sebab macai2 dia sanggup derma duit & barang kemas mereka untuk tanggung segala perbelanjaan dewa murujib
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Lantak dia lah nak hire peguam mana pon...yg derma tabung dia pon puak puak dungu umngok...yg penting tommy thomas gigih belajar bm dan dah boleh bg ucapan dalam bm walaupon  sekadar teks...hah apa lagi!!! Tepukkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 04:30 AM | Show all posts
nolya replied at 13-7-2018 11:12 PM
Msahal tu peguam dari Amerika.  Nanti tinggal lama di M'sia semasa sidang mahkamah, sape agaknya tan ...

of coz lebih banyak tabung lagi lepas ni
umno kena selamatkan najib

kalau najib terlepas dari segala pertuduhan ni

maka pru15 milik umno

begitula fahamannya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083256 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list