CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 963|Reply: 8

[Politik] Akhirnya UG PAS dan UMNO benar2 terjadi..takdirrrr

[Copy link]
Post time 13-7-2018 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Kandis: PAS sedia bincang dengan UMNO

Oleh Nazura Ngah
nazura_ngah@nstp.com.my
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: PAS sedia berbincang dengan UMNO berhubung cadangan mengemukakan hanya seorang calon pembangkang pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, 4 Ogos ini.

Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, berkata pihaknya menunggu perbincangan diadakan kerana berpendirian pembangkang sewajarnya menghantar seorang saja calon pada PRK kali ini.

"Mewakili parti mana sekalipun, ia wajar dibincangkan (antara PAS dan UMNO).


"Jika PAS diminta meletakkan calon, semua parti pembangkang sewajarnya bekerjasama mengalah calon Pakatan Harapan (PH), demikian juga sebaliknya," katanya kepada NSTP, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO akan berbincang bersama PAS untuk meletakkan hanya seorang calon pembangkang bertanding pada PRK Sungai Kandis.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata, kerjasama itu adalah strategi pihak pembangkang dalam usaha memastikan pertembungan satu lawan satu, pada PRK itu sekali gus memberikan saingan sengit.

Sementara itu, ditanya adakah PAS bersedia membantu jentera UMNO jika calon yang dipilih adalah daripada parti UMNO, Nasrudin berkata, tidak timbul isu membantu calon parti itu, sebaliknya tindakan itu diambil demi menumbangkan calon PH.

"Isunya ialah pembangkang perlu ada konsensus untuk mengalahkan calon PH sebagai satu isyarat yang jelas bahawa rakyat menolak corak dan gaya kepemimpinan serta pemerintahan PH hari ini selepas berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan," katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Allahyarham Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada UMNO, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian, manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2018 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni......asalkn bukan PH
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2018 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
"Isunya ialah pembangkang perlu ada konsensus untuk mengalahkan calon PH sebagai satu isyarat yang jelas bahawa rakyat menolak corak dan gaya kepemimpinan serta pemerintahan PH hari ini selepas berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan," katanya.

Berangan teruk
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju jer umno, pas bersatu.

Lg setuju.klu umno, pas, pkr bersatu...maka.kita akan.kuat!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow.....a good move.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tiba masanya lah korang bersatu. Tapi buatlah elok2 janganla ada benda bodoh. Nak hrp siapa lagi. PH? PHuii!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2018 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
chanteksekali replied at 13-7-2018 11:58 PM
"Isunya ialah pembangkang perlu ada konsensus untuk mengalahkan calon PH sebagai satu isyarat yang j ...

Aku setuju jer, kita perlukan pembangkang yg kuat agar parti pemerintah x buat sewenang2.....cukuplah era BN dulu suara rakyat disampahkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Langkah kehadapan..ph jgn harap boleh tongong kan rakyat sesuka hati...isyarat awal ni.jgn dok buat keputusan merapu dgn asyik pc pc pc dedah sana dedahh sini..ni masa untuk bekerjaa..jgan hanya lapar like atau reti berkicau kat Twitter jew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
At last ada juga kerjasama antara dua parti ni. Klu utk islam xpayahla brbalah lagi. All the best.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080635 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list