CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 919|Reply: 12

[Politik] PRESIDEN PAS #12 : Mengapa Islam menjadi syarat?

[Copy link]
Post time 14-7-2018 07:03 PM | Show all posts |Read mode


FIRMAN Allah:

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
“Sesungguhnya Al-Din (agama, ajaran dan petunjuk cara hidup yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur (ingkar) akan ayat-ayat keterangan Allah (dalam Kitab suci dan keterangan Nabi-nabi terdahulu), maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisab-Nya)”. (Surah Aali-Imran: 19)

Menunjukkan Islam sahaja yang diiktiraf di sisi Allah. Islam adalah petunjuk daripada Allah kepada seluruh makhluk sejak bermulanya kejadian alam. Hanya Islam menjadi anutan semua para Rasul dan Anbia’.

Kedatangan Islam di akhir zaman adalah kesinambungan daripada asalnya Islam sahaja mengikut ketetapan Allah. Sehingga disebut dengan tegas dalam Kitab-kitab suci yang diwahyukan kepada mereka semua, termasuk Kitab suci yang sudah menyimpang daripada wahyu.

Agama dan ajaran yang lain berlakunya penyelewengan daripada petunjuk Allah (Islam), semata-mata kerana fanatik kaum dan taasub kepada warisan lama yang menyeleweng itu, walaupun sesat dan jahil, sehingga terpesong daripada konsep mencari kebenaran. Lalu menolak Kitab Allah atau menyelewengkannya, dan mengkhianati para Rasul terdahulu yang dilantik mengikut pilihan Allah secara langsung bukannya pilihan manusia. Semua para Rasul itu sangat dikenali oleh kaum masing-masing akan sifat benar, amanah dan segala akhlak yang terpuji bagi mereka. Maka sikap menolak Islam dan menolak para Rasul itu sangat sesat dan besar kesalahannya.

Di sinilah mengapa penganut Islam diwajibkan beriman kepada semua para Rasul dan Nabi yang terdahulu dan Kitab-kitab yang diwahyukan, walaupun hukumnya sudah dinasakhkan kerana perubahan zaman, keadaan manusia dan alam sekelilingnya.

Firman Allah menegaskan wajib menerima Islam:

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
“Dan sesiapa yang mencari pegangan (agama dan cara hidup atau ajaran atau petunjuk) selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya. Dan dia pada hari Akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. (Surah Ali-Imran: 85)

Menunjukkan bahawa lain daripada Islam tidak diterima Allah dan akan menerima akibatnya di Hari Akhirat kerana kepercayaan dan amalan tanpa Islam bermakna menolak petunjuk Allah Pencipta Alam Semesta Yang Maha Suci daripada sifat kekurangan. Di Hari Akhirat tidak ada yang berkuasa selain Allah, di kala itu semuanya di bawah kuasa dan keputusan Allah:

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
“Hanya Allah Yang Menguasai Pemerintahan hari Al-Din (pemilik pembalasan mengikut hukumnya sahaja di hari Akhirat”. (Surah Al-Fatihah: 4)

Firman Allah:

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا (103) الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا (104) أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا (105) ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا (106)

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?” (103); “(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". (104); “Merekalah orang-orang yang kufur (ingkar) akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengannya (adanya Hari Akhirat). Oleh itu gugurlah amal-amal mereka, maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka pada Hari Kiamat kelak”. (105); “(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam disebabkan mereka kufur (ingkar), dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan”. (106) (Surah Al-Kahfi: 103-106)

Mafhum daripada petunjuk Al-Quran dan Sunnah, serta difahami oleh Ijma’ (sepakat) para ulama yang bermoral luhur mewarisi ilmu dan beriman bersama Islamnya serta memelihara ilmu dengan amanah dan ikhlas, adalah menjadi ajaran yang wajib diimani oleh penganut Islam bahawa Islam menjadi syarat sah kepada semua amalan agama dan juga amalan kehidupan dunia yang tidak terpisah daripadanya.

Ketegasan diterima amalan di sisi Allah bersyaratkan Islam ketika berlakunya hisab di Hari Akhirat nanti, yang menjadi kemuncak wawasan kepada setiap orang yang beriman. Bermakna menolak dengan tegas ungkapan secara mudah: “Asalkan dia baik, walaupun tanpa Islamnya”.

Tidak dinafikan betapa Islam menilai juga kebaikan seseorang walaupun dia bukan Islam kerana Rasulullah S.A.W menghargai tokoh jahiliah yang berakhlak dan memberi penghormatan kepada keluarganya. Tetapi dalam hubungan sekadar urusan dunia sahaja. Adapun perhitungan Allah berlangsung sehingga Hari Akhirat yang tidak ada lagi perhitungan manusia, mewajibkan Islam menjadi syarat diterima di sisi Allah. Maksudnya bahawa Islam itu wajib menjadi dasar dan matlamat serta kaifiatnya (caranya) juga menepati ajaran Islam.

Islam menegaskan bahawa perjalanan seseorang manusia itu tidak habis di Alam Dunia dan tidak tamat dengan kematian. Selepasnya Alam Barzakh (Alam Kubur) yang lebih panjang daripada kehidupan dunianya dan selepasnya pula Alam Akhirat yang kekal abadi. Firman Allah:

كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتًا فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

“Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah, padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada Hari Akhirat). Akhirnya kamu dikembalikan kepada-Nya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)”. (Surah Al-Baqarah: 28)

Firman Allah:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

“Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat atau tujuan pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) bahawa tidak akan dikembalikan kepada kami (untuk dibicarakan)?”. (Surah Al-Mu’minun: 115)

Peranan manusia yang diciptakan ialah supaya beribadah kepada Allah, khilafah memakmurkan bumi dengan petunjuk Allah (Islam) dan amanah (melaksanakan Syariat Allah). Maka Islam menjadi syarat sah dan cara betul kepada semua amalan yang boleh menjadi bekalan sepanjang perjalanan tersebut. Bukan sahaja amalan yang dinamakan urusan ibadat yang wajib dan sunat dalam hubungan secara langsung menghadap Allah seperti solat, puasa, zakat, dan haji yang menjadi rukun Islam, termasuk zikir, tasbih, tahmid, doa, sedekah, bantuan dan lain-lain. Termasuk juga amalan hubungan dengan sesama manusia dan lain-lain makhluk yang membawa kebajikan dan menolak kemungkaran.

Syarat ini adalah diwajibkan kepada semua, termasuk para Rasul A.S, manusia pilihan Allah:

قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ (64) وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (65)
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): “Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?”. (64) “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! Jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi”. (65) (Surah Az-Zumar: 64-65)

Maka persamaan jenama beberapa konsep Islam dengan agama dan ideologi atau teori yang lain, hakikatnya tidak boleh disamakan Islam itu dengannya kerana keseluruhan aspek yang ada dalam Islam yang tidak berpisah di antara satu dan lain. Merangkumi segala sifat kejadian manusia mengikut fitrahnya dan perjalanannya daripada dunia sehingga Hari Akhirat. Inilah ketegasan firman Allah:

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

“(Padahal mereka) tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas Ad-Din Tauhid (Islam), dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Al-Din (agama dan petunjuk ) yang benar”. (Surah Al-Bayyinah: 5)

Contohnya, konsep yang baik seperti adil, benar, amanah dan apa sahaja kerja kebajikan dan juga menentang kejahatan seperti rasuah dan apa-apa sahaja salah laku dalam amalan bermasyarakat oleh semua agama dan ideologi sehingga dikenakan hukuman yang sekeras-kerasnya terhadap pesalah. Namun hukum wajib dan sunat, halal dan haram yang ditegaskan oleh Islam berbeza dengan hukum salah mengikut agama dan undang-undang yang lain daripada Islam. Walaupun sehingga dinamakan kesalahan jenayah oleh ajaran dan undang-undang itu dan dikenakan hukuman yang keras secara mandatori yang lebih keras daripada hukum hudud dalam syariat Islam.

Islam tetap berbeza dengan yang lain kerana undang-undang ciptaan yang lain daripada Allah sekadar sempadan akal manusia yang terbatas dan banyak kelemahannya, dan hanya dikira salah dalam kehidupan dunia secara lahir sahaja tanpa aspek rohani di luar kemampuan akal dan pancaindera, seterusnya perjalanan selepas kematian dan Alam Akhirat.

Adapun Islam yang disebut Al-Din daripada ilmu Allah yang sempurna, menambahnya dengan bebanan dosa yang melibatkan seluruh fitrah manusia dan hubungannya juga dengan alam ghaib dan dikira pula selepas kematian. Semuanya tetap tidak terlepas kalau tidak dihukum di dunia atau tidak bertaubat dan menerima kemaafan atau keampunan daripada sesiapa yang berhak memberi pengampunan.

Seseorang yang terpelihara Islamnya tetap berpeluang diampunkan dosa, walaupun paling besar dan banyak dosanya, atau paling jahilnya berkenaan Islam itu. Namun janjinya tetap diterima Allah selagi bersama Islam, apabila bertaubat atau telah dihukum dengan undang-undang syarak dan undang-undang ciptaan manusia yang diizinkan Allah atau menerima bencananya di dunia atau bertaubat sebelum ditutup pintu taubat apabila nyawa di kerongkong atau matahari naik dari arah Barat yang menjadi tanda nyata akhir ajalnya atau ajal alam dunia. Diambil kira juga fadilat amal baiknya bersama Islam sehingga amal yang baik itu juga menghapuskan dosanya dengan izin Allah. Firman Allah:

إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ
“Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”. (Surah Hud: 114)

Adapun yang tidak ada Islamnya, segala amal kebajikannya habis sekadar alam dunia, walaupun banyaknya sepenuh bumi. Tegasnya sejahat-jahat yang ada Islamnya di hujung Akhiratnya tetap ke Syurga dan sebaik-baik yang tidak ada Islamnya, di hujung Akhiratnya tetap ke Neraka.

Kesimpulannya, ini menunjukkan betapa beristiqamah bersama Islam menjadi pegangan setiap muslim hendaklah dipertahankan berpandukan firman Allah juga:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. (Surah Aali-Imran: 102)

Pertahankan kedudukan Islam bersama taqwa dalam diri masing-masing dan keluarga. Pertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Negara dan seterusnya Islam wajib memimpin urusan penting negara yang menyentuh dasar dan kedaulatan umat, walaupun masih banyak kelemahan dalam diri dan banyaknya dosa yang dilakukan. Namun adanya bersama Islam tetap memberi harapan daripada Allah pada akhirnya.

Rasulullah S.A.W diberitahu bahawa pada Hari Kiamat nanti ada orang yang dosanya dalam suratan yang panjangnya sayup mata memandang, boleh diselamatkan oleh hanya Kalimah Tauhid yang menandakan dirinya Islam. Maka setiap penganut Islam wajib mempertahankan Islam itu sehingga akhir hayatnya.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 29 Syawal 1439 / 13 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 13/7/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/7333-mengapa-islam-menjadi-syarat

Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) – Hala tuju negara bersama PAS
PAS dan cabaran segenap penjuru
PAS Komited hapus cukai, tol: PAS ada pengalaman
Wajah PAS pada pandangan Malaysia
PAS berjaya kuasai undi teras
Hidupkan kembali konsep federalisme
Awas! Kumpulan Islam tanpa syariat
Bencana Berita Palsu
Akibat Tidak Istiqamah
Peristiwa Ahzab Yang Berterusan
Pusat Pengajian Islam Sangat Penting

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 07:10 PM | Show all posts
Apakah ketahian ini??
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal bole menonggang agama je la lobai ni..sama kes dgn kisah nabi nuh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamu ni teruk sangat. Tahap kronik
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:24 PM | Show all posts
aku cadangkan PAS keluar dari malaysia aja, buat negara islam baru,
negara tarak ada riba, pinjam bank zero riba semua
undang2 sndiri.

kalau PAP bole bawa keluar sg dari malaysia
pasal PAS tak bole bawa keluar kelantan dgn terengganu lak?

pastinya ramai berhijrah ke pantai timur, termasuk aku skali

ni balik2 berdrama dlm media bagai..ada kuasa tknk buat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju..

Sama ada Kelantan kena keluar Malaysia..or bubarkan Persekutuan Malaysia dimana wilayah Sabah Sarawak membentuk negara sendiri

Kasihan tgk gol menyalak X tentu psl mcm anjing myalak lauk kat periuk  dapur myangka lauk tu mereka punya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa pru14 baru ni takde pon orang kritik & hentam lobai bila parti lobai letak beberapa orang bukan islam sebagai calon mewakili parti yg 100% ahlinya beragama Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2018 11:19 PM | Show all posts
Memandangkan orang melayu dan umat Islam adalah kelompok majoriti iaitu hampir 70% dari populasi, agama rasmi persekutuan adalah agama Islam, raja-rajanya semua beragama Islam dan negeri-negeri yang membentuk Malaysia adalah negeri-negeri umat Islam, maka adalah wajar Malaysia diperintah oleh orang-orang Islam yang ingin melihat syariat islam tertegak didalam negara ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 18-7-2018 03:19 PM
Memandangkan orang melayu dan umat Islam adalah kelompok majoriti iaitu hampir 70% dari populasi, ag ...

kalau nak syariat islam ditegakkan, suruh pemelihara agama islam hang tu betulkan diri dulu ya.. bukan bila nak on air, baru feeling maksum. g london, togok apple juice.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 14-7-2018 12:24 PM
aku cadangkan PAS keluar dari malaysia aja, buat negara islam baru,
negara tarak ada riba, pinjam b ...

buat malu jah pas ne.. singapore kecik je, kafir lak tu.. boleh maju jugak ya bila keluar malaysia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2018 12:38 AM | Show all posts
samasam90 replied at 18-7-2018 11:37 PM
kalau nak syariat islam ditegakkan, suruh pemelihara agama islam hang tu betulkan diri dulu ya.. b ...

Tanggungjawab tegakkan syiar islam di Malaysia adalah tanggungjawab semua orang islam, bukannya PAS semata-mata. Lagipun yang akan jawab semua tu nanti adalah orang orang Islam yang bertenggek dan menjadi pendokong UMNO, PPBM, PKR, PAN sebab mereka yang jadi kerajaan mentadbir negara ni. Masaklah korang nanti. Kami PAS dah berlepas tangan sebab dah menegur dan menasihati golongan-golongan sekular dan liberal ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 18-7-2018 04:38 PM
Tanggungjawab tegakkan syiar islam di Malaysia adalah tanggungjawab semua orang islam, bukannya PA ...

perghhhh yaqqin maqsum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2018 01:09 AM | Show all posts

Patutnya khadam PH kena pk apa nak jawab lepas mati nanti, bukannya duk sibuk kami ni maksum ke apa. tak payah sibuk la dengan kami orang PAS ni. bukan kami yang jadi kerajaan pun.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071338 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list