CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2768|Reply: 34

[Tempatan] UPDATE: Bekas Peguam Negara Tan Sri Apandi Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang hari

  [Copy link]
Post time 14-7-2018 07:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kitiykat at 14-7-2018 11:08 PM

Bekas peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kini menjadi seorang daripada anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak seperti 25 anggota MT yang lain, Apandi - bersama 10 yang lain - menyertai badan berkenaan melalui lantikan.
Memetik kenyataan Ahmad Zahid, portal Umno Oline menyatakan pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.
Presiden Umno itu berkata pelantikan itu adalah langkah pertama beliau untuk membawa Umno menuju pembaharuan agar parti terbabit terus relevan dalam arena politik negara.

Pengumuman itu juga menyaksikan Tan Sri Annuar Musa kini dilantik menjadi setiausaha agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diberi jawatan baru, iaitu bendahari.

Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula dipilih menjadi ketua penerangan mengisi tempat ditinggalkan Annuar.
Sepuluh lagi anggota lantikan untuk MT Umno ialah:
  • Datuk Norliza Abdul Rahim (naib ketua Wanita Umno)
  • Shahril Sufian Hamdan (naib ketua Pemuda Umno)
  • Nurul Amal Mohd Fauzi (naib ketua Puteri Umno)
  • Datuk Seri Anifah Aman (bekas menteri luar)
  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (anggota parlimen Pasir Salak, Perak)
  • Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib
  • Datuk Johan Abdul Aziz
  • Datuk Azizah Mohd Dun
  • Datuk Abdul Rahman Mohamad
  • Datuk Seri Hajiji Noor

Sementara itu Datuk Mohd Sumali Reduan pula dilantik sebagai setiausaha kerja Umno.

Pelantikan Apandi ke badan tertinggi Umno itu menarik perhatian kerana beliau ialah tokoh berprofil tinggi sebelum ini dan terlibat secara langsung dalam
usaha kerajaan BN menguruskan isu skandal 1MDB.

Beliau dipilih menjadi peguam negara menggantikan penyandang semasa, Tan Sri Abdul Gani Patail mulai Julai 2015.



UPDATE:


Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang hari ini diumumkan menjadi anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menarik diri dan menolak pelantikan itu.

Jelas Mohamed Apandi, keputusan itu diambil selepas beliau memikirkan dengan mendalam dan semasak-masaknya.

"Setelah berfikir semasak-masaknya, dan dengan mendalam, saya berasa adalah tidak wajar untuk menerima pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno," katanya  melalui kenyataan media malam ini.

Awal hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Mohamed Apandi dan 10 yang lain sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

Kesemua 11 mereka menyertai 25 anggota MT yang sebelum ini menang melalui undian dalam pemilihan parti itu 30 Jun lalu.

Pelantikan bekas peguam negara itu bagaimanapun tidak dipersetujui beberapa pihak termasuk pemuda Umno Kedah yang menyifatkan ia sebagai "kesilapan politik".

Susulan itu, laporan NST memetik Mohamed Apandi yang menegaskan dia mempunyai hak untuk terlibat dalam politik memandangkan dia bukan lagi peguam negara.

Mohamed Apandi juga dilapor menyifatkan kepulangannya kepada Umno adalah ibarat ikan pulang ke lubuk kerana pernah menyertai parti itu sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, penolakan pelantikan itu adalah kerana risau ia akan menimbulkan persepsi negatif yang akan dikaitkan dengan keputusannya semasa menjadi peguam negara.

"Apa yang bermain difikiran saya adalah pelantikan tersebut akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif yang mungkin dikaitkan dengan apa jua tindakan dan keputusan saya semasa menjalankan tugas sebagai seorang hakim dan peguam negara," katanya.

Ketika menjadi peguam negara, Mohamed Apandi telah membersihkan nama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan SRC International.

Najib yang juga merupakan bekas presiden Umno kini berdepan dakwaan kes SRC International yang masih dalam siasatan.



Sumber: Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendi tak jadi barisan loyar tokjib ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 07:31 PM | Show all posts
nwamuso jadi setiausaha ke..
berhuhu lah mereka
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka muka lama jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Happy time di zaman BN bermaharajalela: Apandi menari bersama Azlina Bro

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2018 08:07 PM | Show all posts

org sama = umno pun sama  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2018 08:08 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-7-2018 07:23 PM
Pendi tak jadi barisan loyar tokjib ke?

pendi tak join..best lagi dpt jwtn umno
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2018 08:10 PM | Show all posts
taikor replied at 14-7-2018 08:06 PM
Happy time di zaman BN bermaharajalela: Apandi menari bersama Azlina Bro

Fuh..mmg padan laaa. naseb baek dah turun jadi AG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2018 08:24 PM | Show all posts
Jagendas replied at 14-7-2018 07:31 PM
nwamuso jadi setiausaha ke..
berhuhu lah mereka

hahah..bukan apa org lamo smgt perjuangan umno tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
taikor replied at 14-7-2018 08:06 PM
Happy time di zaman BN bermaharajalela: Apandi menari bersama Azlina Bro

Bro azalina tampak perkasa dooo... lgbt ke tuh? Siap jd menteri lg dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
cik_chili replied at 14-7-2018 08:38 PM
Bro azalina tampak perkasa dooo... lgbt ke tuh? Siap jd menteri lg dulu...

Rule of thumb: asalkan Amno yg buat, orait. Ok, utk mesra lgbt
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 08:52 PM | Show all posts
senang dah takyah  nak sorok2 ye.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2018 10:44 PM | Show all posts
hanalisa replied at 14-7-2018 08:52 PM
senang dah takyah  nak sorok2 ye.

tak perlu bajet tak sokong umno dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila update topik... Beliau dah buat pusingan-U dah..

Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang hari ini diumumkan menjadi anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno menarik diri dan menolak pelantikan itu.

Jelas Mohamed Apandi, keputusan itu diambil selepas beliau memikirkan dengan mendalam dan semasak-masaknya.

"Setelah berfikir semasak-masaknya, dan dengan mendalam, saya berasa adalah tidak wajar untuk menerima pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno," katanya  melalui kenyataan media malam ini.

Awal hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan Mohamed Apandi dan 10 yang lain sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno.

Kesemua 11 mereka menyertai 25 anggota MT yang sebelum ini menang melalui undian dalam pemilihan parti itu 30 Jun lalu.

Pelantikan bekas peguam negara itu bagaimanapun tidak dipersetujui beberapa pihak termasuk pemuda Umno Kedah yang menyifatkan ia sebagai "kesilapan politik".

Susulan itu, laporan NST memetik Mohamed Apandi yang menegaskan dia mempunyai hak untuk terlibat dalam politik memandangkan dia bukan lagi peguam negara.

Mohamed Apandi juga dilapor menyifatkan kepulangannya kepada Umno adalah ibarat ikan pulang ke lubuk kerana pernah menyertai parti itu sebelum ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, penolakan pelantikan itu adalah kerana risau ia akan menimbulkan persepsi negatif yang akan dikaitkan dengan keputusannya semasa menjadi peguam negara.

"Apa yang bermain difikiran saya adalah pelantikan tersebut akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif yang mungkin dikaitkan dengan apa jua tindakan dan keputusan saya semasa menjalankan tugas sebagai seorang hakim dan peguam negara," katanya.

Ketika menjadi peguam negara, Mohamed Apandi telah membersihkan nama bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan SRC International.

Najib yang juga merupakan bekas presiden Umno kini berdepan dakwaan kes SRC International yang masih dalam siasatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2018 11:05 PM | Show all posts
ekselen replied at 14-7-2018 10:51 PM
Sila update topik... Beliau dah buat pusingan-U dah..

Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang hari ini di ...

orait thank you info
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kitiykat replied at 14-7-2018 11:05 PM
orait thank you info

Your welcome...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Article tambahan..
Komen KJ: Pelantikan Apandi mengecewakan, pusingan U memalukan
Tidak sampai 12 jam selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas peguam negara itu kemudian menolak pelantikan berkenaan.

Mohamed Apandi sebelum ini berkata penolakan itu adalah kerana dia bimbang pelantikannya akan menimbulkan persepsi negatif yang akan dikaitkan dengan keputusan yang dibuatnya ketika menjadi peguam negara.

Menanggapi perkara itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.

"Pelantikan awal mengecewakan. Yang ini (penolakan pelantikan Mohamed Apandi) memalukan.

"Kita perlu menjadi pembangkang yang mempunyai kredibiliti," katanya melalui kenyataan di Twitter.

Khairy Jamaluddin sebelum ini menolak tawaran untuk menjadi setiausaha agung Umno dengan alasan ingin menumpukan tugas sebagai anggota parlimen dan bebas bersuara.

Kenyataan terbaru Khairy Jamaluddin itu dilihat turut ditujukan kepada pemimpin tertinggi Umno.

Awal hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohamed Apandi sebagai salah seorang daripada 11 yang dilantik menyertai 25 anggota MT Umno yang lain.

Bagaimanapun, beberapa pihak dilihat tidak senang dengan pelantikan Mohamed Apandi termasuklah Pemuda Umno Kedah.

Sebelum menolak pelantikannya, Mohamed Apandi dilapor berkata dia mempunyai hak untuk terlibat dalam politik kerana bukan lagi peguam negara.

Malah Apandi juga menyifatkan kepulangannya kepada Umno ibarat ikan pulang ke lubuk.

Ketika menjadi peguam negara, Mohamed Apandi membersihkan nama bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang salah laku berhubung skandal 1MDB dan SRC International.

Bekas perdana menteri itu kini berdepan dakwaan kes SRC International dan sedang disiasat.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2018 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehe ade yg xtau apandi ni umno..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh uturn dah..ingt x pndai uturn2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang Pandir pun dah tak hingin sama Umno ... muahahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.555304 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list