Edited by cmf_BeachBoys at 14-7-2018 07:58 PM
BANDA ACEH 13 Julai - Pasangan gay dikenakan hukuman sebat di khalayak ramai di Aceh hari ini walaupun pihak berkuasa tempatan berikrar untuk menghentikan hukuman tersebut selepas mengundang kritikan antarabangsa.
Lelaki berkenaan dirotan lebih 80 kali kerana mengamalkan gaya hidup songsang yang diharamkan menurut undang-undang Islam.
Mereka merupakan antara 15 orang yang disebat di luar sebuah masjid dekat sini atas pelbagai jenayah termasuk meminum dan menjual arak dan bercumbu di khalayak ramai.
‘Pasangan’ tidak dikenal pasti itu ialah pasangan gay kedua dikenakan hukuman sedemikian di Aceh tahun ini.
Menurut pihak berkuasa, mereka ditangkap di sebuah salon kecantikan awal tahun ini dan telah diserahkan kepada pihak polis.
Aceh satu-satunya wilayah di Indonesia melaksanakan undang-undang Islam. – AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pasangan-gay-dikenakan-hukuman-sebat-1.708481#ixzz5LEHHVHiY
© Utusan Melayu (M) Bhd
|