View: 1239|Reply: 13
|
[Tempatan]
Ismail Sabri Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor baharu
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 15-7-2018 11:11 PM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kesediaan dan komitmennya untuk memikul tanggungjawab dalam memperkukuh parti, sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.
Ismail Sabri berkata dengan semangat kesatuan yang kuat antara barisan kepimpinan dan akar umbi, beliau yakin UMNO akan terus diperkasakan di negeri ini.
"Pelantikan ini merupakan satu amanah, tanggungjawab yang berat serta mencabar bagi saya...insyaallah saya akan pikul tanggungjawab ini.
"...dan saya yakin dengan kerjasama rakan-rakan kepimpinan UMNO Selangor, parti ini mampu diperkasakan kembali," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, barisan kepimpinan UMNO Selangor menyambut baik pelantikan Ismail Sabri sekaligus berharap satu pembaharuan yang besar dapat dilakukannya.
Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan berkata pihaknya tidak mempunyai masalah dengan pelantikan berkenaan dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Saya dan pemimpin UMNO Selangor yang lain bersedia bekerjasama dengan pengerusi yang baharu.
"Lagi pun dia merupakan Naib Presiden UMNO yang dipilih oleh anggota UMNO seluruh negara, semestinya dia layak memimpin Selangor," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
oh ya ka?? gamaknya 300 tahun lagi lah jadi pumbangkang selango |
|
|
|
|
|
|
|
oh ya ka?? gamaknya 300 tahun lagi lah jadi pumbangkang selango |
|
|
|
|
|
|
|
amik orang Pahang sebab BN menang bergaya di Pahang kot....
dah tu ko nak buka felda banyak2 kat Shah Alam ka bang... MARA digital apa citer?...
|
|
|
|
|
|
|
|
org selangor dah takde berkaliber kerrrr... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 15-7-2018 12:34 PM
amik orang Pahang sebab BN menang bergaya di Pahang kot....
dah tu ko nak buka felda banyak2 kat ...
Mara bijigatal tu kena teriak Me-la-yu... Me-la-yu ... baru boley naik kot |
|
|
|
|
|
|
|
Alang bg org luar baik terus bg jahid komedi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ismail Sabri tu origin pn bkn Pahang. Klate. Pastu dia menang di Bera juga bkn kwsn dia. Dia UMNO dun Semantan dlm bandar Temerloh. So dia blh gi la mana2 dia nak. Lantok wokme la |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-7-2018 02:31 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
dh Noh tak nak, tu sebab bagi pd org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Noh ajak UMNO Selangor beri sokongan kepada Ismail Sabri
15 Julai 2018 5:48 PM
SHAH ALAM 15 Julai - Seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Selangor diseru supaya memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri baharu.
Bekas Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau sendiri akan membantu dan memberi sepenuh sokongan kepada Naib Presiden itu untuk menjayakan agenda kebangkitan parti khususnya di Selangor.
"Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Datuk Seri Naib Presiden bagi sama-sama memastikan agenda kebangkitan parti yang digagaskan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat dilaksanakan di Selangor.
"Saya menyeru kepada semua ahli UMNO Selangor agar memberi sokongan padu kepada nakhoda baharu ini dan marilah kita kembali merapatkan barisan, memastikan perjuangan bangsa ini akan terus dimartabatkan," katanya.
Semalam Ahmad Zahid mengumumkan barisan kepimpinan UMNO di pusat dan negeri dengan Ismail Sabri yang memenangi Naib Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini, diberikan tugas mengepalai UMNO Selangor yang dimalukan teruk oleh Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
|
|
|
|
|
|
|
|
tak takut ke org noh udang cah keting bapak dapidak |
|
|
|
|
|
|
|
Patut jamal jamban yg jdi pengerusi..berwibawa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|