View: 4269|Reply: 32
|
[Tempatan]
Bapa sempat lafaz Allahu Akbar...'
[Copy link]
|
|
IBU beritahu kemalangan berlaku dalam sekelip mata dan bapa sempat melafazkan 'Allahu Akbar' sebelum kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaikinya dilanggar sebuah treler.”
Begitu kata Ezzra anak perempuan Noorakhirludin Alam Mohamad Nor, yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 446 Lebuhraya Utara-Selatan dekat persimpangan Rawang Selatan, semalam.
Ezzra, 15, berkata ibu bapanya datang ke Kuala Lumpur hari ini untuk menyaksikan persembahan koirnya, hari ini.
“Ketika saya berbual dengan bapa semalam (kelmarin), dia beritahu supaya menunggunya.
“Sepatutnya, saya terbabit dengan persembahan koir dengan beberapa rakan lain disaksikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman, esok (hari ini).
“Saya sempat berbual dengan bapa selepas mereka (ibu dan bapa) melalui kawasan Simpang Pulai dan mereka beritahu akan tiba di ibu negara dalam masa dua jam lagi. Itu kali terakhir saya berbual dengan bapa,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh, malam tadi.
Pelajar tingkatan tiga dari Sekolah Seri Puteri itu berkata, ibunya, Maskiah Mat Saad, 41, mengalami kesan lebam dan adik bongsunya, Ezzudin, 11, kini ditempatkan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
“Dia (Ezzudin) duduk di bahagian belakang di dalam kenderaan itu dengan memakai tali pinggang keledar. Mereka (ibu dan adik) terjaga apabila kejadian itu berlaku.
“Ezzudin mengalami kecederaan di kepala serta dagu, dia sudah menjalani pembedahan dan kini dirawat di ICU.
“Saya harap semua rakyat Malaysia dapat berdoa untuk kesembuhan adik saya," katanya.
ANAK mangsa, Faris mengiringi jenazah bapanya untuk urusan pengebumian di Permatang Pauh, Pulau Pinang. FOTO Zunnur Al Shafiq
Mengulas lanjut, Ezzra berkata, ibu bapanya sepatutnya akan datang lagi ke Kuala Lumpur pada minggu depan bagi menghantarnya kembali ke sekolah.
“Saya akan pulang ke Bertam (Pulau Pinang) Jumaat ini (20 Julai) dan mereka akan menghantar saya kembali (ke sekolah), Ahad depan,” katanya.
Difahamkan, Ezzra mengikuti kenderaan yang membawa jenazah bapanya ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk urusan pengebumian.
Berita berkaitan
[UPDATE] 'Menyusul' arwah abang selepas 40 hari
[UPDATE] Dengar bunyi dentuman kuat
4 maut nahas 6 kenderaan [METROTV]
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Julai 2018 @ 12:32 AM |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mcm lah yg berlaku. ada je berita yg tak sedap di dengar. |
|
|
|
|
|
|
|
Treler laju kalau xde muatan biasanya
Xde dia nk pikir keliling.. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 15-7-2018 04:38 PM
Treler laju kalau xde muatan biasanya
Xde dia nk pikir keliling..
kalau baca kronologi, treler dr arah utara langgar belakang kenderaan lain, treler hilang kawalan dan masuk ke arah bertentangan iaitu ke arah selatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun...takziah adik n keluarga...tabahlah nak hadapi pt3 thn nu |
|
|
|
|
|
|
|
sangat menyedihkan..
4 nyawa melayang disebabkan kecuaian
orang lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
aleesyasofia replied at 15-7-2018 04:43 PM
kalau baca kronologi, treler dr arah utara langgar belakang kenderaan lain, treler hilang kawalan ...
Dah langgar kenderaan lain
Patu masuk lorong bertentangan plak
Hurm...sampai.4 org mati tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap pemandu trailer itu kena jail dan kena seksa dalam jail oleh fellow inmates. Masalahnya ada ke driver kena jail sebab cuai di jalan raya? Ke takat batal lesen dan denda jah |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah dik
Penguatkuasaan tolongla buat ssuatu pd pemandu2 lori-treller hanat ni |
|
|
|
|
|
|
|
Dari semalam tunggu thread pasal horrible accident ni. Vellfire dah takde rupa Vellfire, BMW naik atas divider dgn bahagian depan hancur takda rupa, Alza tinggal separuh belakang je. Mmg dasyat. Aku lalu situ masa kejadian. Innalillah utk 3 sahabat dalam Alza dgn arwah brader ni dalam Vellfire. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgr2 dari pakcik2 towing driver trailer mengantuk sampai sondol kenderaan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya baca berita2 sebegini..nape ye msh ada pemandu yg pntgkan diiri sendiri.kalau ngantuk tkleh tido ke...kan byk tmpt selamat tuk berhenti...kalau nak cpat skalipun tklehke memandu dgn hati2... |
|
|
|
|
|
|
|
So apa hukuman pd driver lahanat ni?tarik lesen je?Harap-harap di charge man slaughter.tak pasal-pasal melayang nyawa org yg tak bersalah.setan betul |
|
|
|
|
|
|
|
Takutkan kat highway bila ada lori termasuk laluan bertentangan mmg kenderaan lain dah x boleh elak la kan.. Nauzubillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nk salahkan driver lori2 pun pyh, dorg kejar trip cari mkn jgk, tp ak bengang gak la klu ak bwk dlm kereta dlm 90-100km/j dekat lane no 3 or 2 kena high beam dgn Lori.ak ni jenis mls nk bwk kereta rapat2, nmpak dpn ak clear je duk high beam. Nk suh kita mengalah pulak, ape lg ak pecut ke depan biar dia nmpak bape bnyk user kt depan ak. |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah jadi mangsa pemandu bas tertidur..
Nasib baik dlm kawasan bandar jd bas rapid tu x laju.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirajiun..
kesiannya...
bertabah laa... |
|
|
|
|
|
|
| |
|