CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1339|Reply: 15

[Tempatan] CUEPACS usul semula KGT kepada kerajaan PH demi 1.6 juta penjawat awam

[Copy link]
Post time 15-7-2018 10:43 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 15 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengusulkan semula cadangan kepada kerajaan bagi pelaksanaan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, walaupun cadangan itu dilihat janggal ketika kerajaan terbeban dengan tanggungan hutang yang tinggi namun pihaknya tetap berharap supaya kenaikan gaji tersebut terlaksana.

“CUEPACS akan usulkan semula kepada kerajaan, namun ketika ini tentunya jadi agak janggal sedikit kepada kami kerana kerajaan telah membentangkan kedudukan hutang negara.

“Namun CUEPACS mengulangi perkara ini kerana penjawat awam amat berharapkan kenaikan gaji ini berlaku. Kerajaan terdahulu pernah menyuarakan hasrat mereka atas permintaan-permintaan kami dan kali ini kami harap dapat mengusulkan semula kepada kerajaan’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutup Bengkel Efektif Pengurusan Pentadbiran, Gabungan Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Kerani Bersekutu Kerajaan (AUEGCAS) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Setiausaha Agung CUEPACS, Adnan Mat dan Presiden AUEGCAS, Abd. Wahab Abdullah.

Dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) kali ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata, kerajaan bersetuju memberikan kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan bahawa kerajaan tidak terikat dengan KGT yang dijanjikan pentadbiran terdahulu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Diharap kerajaan bagi kgt utk grade 41 dan ke bawah jelah.sama mcm bonus itu hari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 15-7-2018 10:52 PM
Diharap kerajaan bagi kgt utk grade 41 dan ke bawah jelah.sama mcm bonus itu hari.

xpyah la wey. epecially gred 19 ke bwah. bile dok pikir pmandu ngn atendant spital kt tmpt bpak relax btol kjer. pastu dok ngular je. mcm dorg plak hod
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Go cuepacs.. We want more.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2018 11:47 PM | Show all posts
Cuepacs ni kalau keluar berita tak lain tak bukan nak minta naik gaji...takda isu lain ke yang layak diperjuangkan sama?  
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 15-7-2018 10:52 PM
Diharap kerajaan bagi kgt utk grade 41 dan ke bawah jelah.sama mcm bonus itu hari.

Sebaiknya gred 19 dinaikkan gaji bersamaan dgn gred 44. Baru adil!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 15-7-2018 10:52 PM
Diharap kerajaan bagi kgt utk grade 41 dan ke bawah jelah.sama mcm bonus itu hari.

Setuju, gaji diorang kecik, kenaikan pun kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-7-2018 01:25 AM
Setuju, gaji diorang kecik, kenaikan pun kecik

kecik apa je. gaji rm1000 lbih x cmpor elaun. kjer dok ngular je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-7-2018 09:50 AM
kecik apa je. gaji rm1000 lbih x cmpor elaun. kjer dok ngular je.

Idok lew teman tahu yang kerja ngulau je tu..huhuu... Tapi kalau tambah gaji sape la nak menolak
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-7-2018 11:23 AM
Idok lew teman tahu yang kerja ngulau je tu..huhuu... Tapi kalau tambah gaji sape la nak menolak ; ...

aku rsa atendant yg kat spital utk kecemasan ngn wad letak je satu jbatan pastu catit kluar masok dorg ke mna contoh hntr x ray pastu sruh org x ray sign pkol brp smpi pkol brp abes xray patient. aku respek atendanr klinik ngn klinik pakar je. yg wad nye mcm haram
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 15-7-2018 10:59 PM
xpyah la wey. epecially gred 19 ke bwah. bile dok pikir pmandu ngn atendant spital kt tmpt bpak re ...

Yeayhhh.. ini yg ditunggu2
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
masnizahwati replied at 16-7-2018 01:03 PM
Yeayhhh.. ini yg ditunggu2

apa yg ko tggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tengah fikir apa yg patut..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 16-7-2018 01:06 PM
apa yg ko tggu

Sorry tersilap masuk reply..daaa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tp da xde da ayat2 presiden kenaikan gaji pada tahun 2006. elaun ini kali terakhir dinaikan pada tahun 1999. zman najib boleh la klepet
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
CUEPACS rayu kerajaan laksanakan KGT
Berita Harian
23/5/2018

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kerajaan melaksanakan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada seluruh 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata walaupun perkara itu dijanjikan kerajaan terdahulu, pelaksanaan KGT memiliki asas kukuh, iaitu gaji penjawat awam sedia ada tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.

"CUEPACS berharap kenaikan ini dapat diteruskan kerajaan baharu kerana ia sangat ditunggu-tunggu penjawat awam yang rata-rata gaji mereka tidak mampu menanggung beban kenaikan kos sara hidup.


"Ini berikutan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sudah begitu lama tidak disemak. Kali terakhir ia disemak ialah pada 2002, iaitu hampir 16 tahun lalu.

"SSM sepatut disemak setiap lima tahun. Namun apabila ia tidak berlaku, kenaikan kos sara hidup jauh meninggalkan gaji penjawat awam," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, hari ini, yang menjelaskan kerajaan tidak terikat dengan KGT dijanjikan pentadbiran terdahulu.

"Bagaimanapun, kami akan melihat perkara (KGT) itu secara positif sama ada mereka (penjawat awam) berhak diberi elaun tambahan atau bentuk bantuan lain," kata Perdana Menteri.

Pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai depan, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion.

Azih berkata, CUEPACS yakin kerajaan baharu pimpinan Dr Mahathir akan menampilkan inisiatif lebih baik untuk kakitangan awam, namun KGT adalah sesuatu yang amat diharapkan.

"CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat ke arah kebajikan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kerajaan," katanya.


awal2 madey jdi pm tu brani gak umum 16 thun xde semakan. skrg xde plak nk ckp brp lma xde kenaikan. aiyo tahun 2016 kan da 2 kli kenaikan. xde financial planning ke babi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.068550 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list