CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 1

[Tempatan] Lantik 'orang luar'. Mahdzir Khalid, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu bahar

[Copy link]
Post time 15-7-2018 10:54 PM | Show all posts |Read mode
'Kenapa pilih orang luar?'


KUALA LUMPUR: Tindakan UMNO Pusat melantik 'orang luar' mengemudi Badan Perhubungan UMNO Terengganu disifatkan sebagai satu penghinaan kepada ahli parti negeri itu.

Ahli veteran UMNO, Datuk Roslan Awang Chik, berkata 'luka' kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) belum sembuh dan kini bagai ditambah dengan perkembangan terbaru itu.

"Pelantikan (Datuk Seri) Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu tidak boleh diterima, ia adalah satu penghinaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, keputusan pucuk pimpinan parti itu meminggirkan kemampuan pemimpin UMNO di Terengganu untuk menguruskan urusan parti di peringkat negeri.

Katanya, ahli masih cuba melupakan kekalahan BN dan isu yang menjejaskan moral serta kesetiaan mereka.

"Mereka percaya UMNO mampu bangkit semula dengan pimpinan baharu, namun jelas mereka yang berkuasa tidak mahu melihat kebangkitan semula parti ini.

"Saya tidak faham keputusan ini. Sekarang bukan 1999 (ketika BN tewas di Terengganu kepada PAS).

"Pelantikan timbalan juga menimbulkan persoalan. Walaupun dilahirkan di Terengganu, Datuk Din Adam tewas kerusi Parlimen Dungun.

"Kita ada 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua ahli Parlimen. Kita ada ketua bahagian yang menang pada pilihan raya, kenapa tidak boleh pilih antara mereka untuk memimpin UMNO Terengganu," katanya.

Seorang lagi veteran UMNO, Datuk Abdul Rahman Bakar, berkata pemimpin UMNO perlu lebih sensitif pada suara akar umbi.

"Lihat komen di media sosial. Hampir semua menentang pelantikan orang luar.

"Ramai yang marah dan hilang semangat, malah kekecewaan ini mungkin diterjemah dalam bentuk undi pada pilihan raya akan datang.

"Jika parti memutuskan untuk menukar pemimpin dalam tempoh tiga tahun lagi, ketika itu sudah terlewat. Bukan senang mengubat hati yang luka," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus la
semoga presiden baru dapat memberi perhatian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.161883 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list