CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3614|Reply: 57

[Tempatan] Permintaan kenderaan kini diluar jangkaan , sudah melebihi stok

  [Copy link]
Post time 15-7-2018 10:55 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Pemain industri automotif tempatan mendedahkan lonjakan permintaan ketika tempoh kadar sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berakhir September ini dijangka melebihi stok sedia ada dan tidak mampu memenuhi semua tempahan pelanggan.

Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran, berkata setakat Jun, semua tempahan bagi model Toyota dapat diserahkan sehingga akhir Ogos, namun pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada perkara itu berlanjutan jika tempahan dibuat pada bulan berikutnya.

"Berdasarkan tempahan semasa, kita dapati stok mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan. Namun untuk tempoh dua bulan akan datang kita belum pasti.

"Permintaan untuk semua model terutama Vios melonjak selepas pengumuman kadar sifar GST. Untuk model Vios, kita dapati tempoh menunggu sehingga 2.5 bulan. Kita akan maklumkan kepada pelanggan ketika membuat tempahan sama ada ia mampu diserahkan sebelum atau selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST)," katanya kepada Bisnes NSTP.

Sementara itu, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Erik Winter, berkata syarikat itu menyaksikan trend kekurangan stok dengan kemungkinan besar beberapa model tidak mencukupi untuk memenuhi tempahan pelanggan.

"Pelanggan yang membuat tempahan sekarang akan menerima kenderaan sebelum berakhir Ogos. Buat masa ini, stok cukup untuk memenuhi semua tempahan pelanggan. Jika tempahan terus meningkat dalam tempoh Julai atau Ogos, mungkin kami tidak dapat mencapai tempoh serahan akhir bulan depan," katanya.

Bagi Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia (MBM), Mark Raine, MBM sedang bekerjasama dengan pengeluar tempatan dan prinsipal di Jerman untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk model pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bagi memenuhi permintaan tinggi pada masa ini.

"Kadar sifar GST memberi impak positif kepada permintaan dan jualan MBM pada masa ini. Beberapa model mungkin melebihi kapasiti pengeluaran. Maka, kita melihat pelbagai sudut untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam tempoh tiga bulan ini.

"Pada masa ini, kilang pengeluaran di Pekan, Pahang sudah mencapai kapasiti pengeluaran penuh, namun kami masih boleh menampung perkara ini dengan menggunakan semua ruang yang kami miliki untuk kapasiti pengeluaran tambahan," katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Roslan Abdullah, berkata berdasarkan rekod semasa, stok pengeluaran kereta Honda cukup untuk memenuhi tempahan pelanggan pada masa ini.

Katanya, Honda Malaysia sedang memantau stok kenderaan memandangkan beberapa model tertentu mungkin kehabisan stok disebabkan permintaan tinggi terutama model yang dijual pada harga di bawah RM100,000.

"Dalam borang tempahan kereta Honda, kami sudah menyatakan tempoh serahan sama ada sebelum atau selepas September. Maka, ia bergantung kepada pelanggan untuk terus beli atau membatalkan hasrat mereka.

"Perancangan pengeluaran dibuat tiga hingga empat bulan lebih awal. Maka, kita tidak dapat meningkatkan kapasiti secara mendadak untuk memenuhi tempahan pelanggan kerana ia membabitkan seluruh ekosistem termasuk vendor komponen," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2018 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak nk beli myvi baru, tp katanya kena tunggu lama lebih dr sebulan tu pun jangkaan saja mungkin lama dr tu malah kalo sampai bulan 9 akan dikenakan caj sst plak
Udahnya tak jd la akak nk beli walo berkenan sgt, axia je yg cepat katanya seminggu dh boleh dpt.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2kepam replied at 15-7-2018 11:52 PM
Akak nk beli myvi baru, tp katanya kena tunggu lama lebih dr sebulan tu pun jangkaan saja mungkin la ...

Tak tanya kat tempatvlain ke myvi. Kot2 dapat cepat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-7-2018 01:23 AM
Tak tanya kat tempatvlain ke myvi. Kot2 dapat cepat

Kata org perodua tu mmg semua pun sama je, mmg kat kilang stock takde. Kilang pun satu je kan. Dia tak berani nk janji bulan bintang katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepastu rumah tak mampu beli kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik meolls antara yg x nyempat2 beli kereta..padahal baru kerja sebulan lebih,umur 22..alasan susah pergi kerja tumpang kakak sorang lg..pakai guarantor my mom,gomen staff..dia beli before puasa konon no gst,sekali hamek kaw nak raya proton buat rebate plus no gst,lagi murah..dah rugi 7k,iriz
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 08:42 AM | Show all posts
Honda skrg langsung takde stok. Booking utk Sept sahaja. Stok yg ada tu kes loan kena reject.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 08:45 AM | Show all posts
bakal menambah statistik kemalangan maut
bawak keta mcm sakai
mostly yg eksden tu keta2 baru beli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 08:51 AM | Show all posts
nishikido replied at 16-7-2018 08:27 AM
Adik meolls antara yg x nyempat2 beli kereta..padahal baru kerja sebulan lebih,umur 22..alasan susah ...

rm7k tu byk tuuuu...dah mcm yearly bonus dah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik2kepam replied at 15-7-2018 11:52 PM
Akak nk beli myvi baru, tp katanya kena tunggu lama lebih dr sebulan tu pun jangkaan saja mungkin la ...

Akak pun berkenan myvi baru.sabtu lepas sales man suruh book dulu sbb 2 bln bru dpt.kalau book skrg dpt lewat pun sst tak kan dikenakan charge katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Yea..adik I beli 4+k something tapi after rebate haritu 37k je nyah..lagi rasa nak luku abg ipar dia kerja proton,ada jawatan la jugak..motif xnak tanya pastu memandai2..nasib ko lerr dek tanggung hutang,bulan2 bayar 580 padahal law ikut gaji xlepas,xlayak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:17 AM | Show all posts
monsterwife replied at 16-7-2018 12:52 AM
Akak pun berkenan myvi baru.sabtu lepas sales man suruh book dulu sbb 2 bln bru dpt.kalau book skr ...

kawan i beli myvi baru, dekat 3 bulan baru dapat. tu pun lepas digasaknya salesman hari-hari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:24 AM | Show all posts
tak turun harga katanyaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:43 AM | Show all posts
nishikido replied at 16-7-2018 08:27 AM
Adik meolls antara yg x nyempat2 beli kereta..padahal baru kerja sebulan lebih,umur 22..alasan susah ...

kalau adik i,i dah jotos dah kepala dia. baru sebulan keje dah pakai kereta.. tp tulah budak2 sekarang,dah xboleh nak hidup susah. semua benda nak senang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:08 AM | Show all posts
ni merisaukan, market tinggi sgt akan menyebabkan kualiti kureng sket...semua nk cepat
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 16-7-2018 08:52 AM
Akak pun berkenan myvi baru.sabtu lepas sales man suruh book dulu sbb 2 bln bru dpt.kalau book skr ...

Ohh gitu plak ye? Saleman akak ni kata tak berani jamin dan dia kata kalo sampai bulan 9 mmg kena sst gituh. Geram plak mikir.
Mmg kenan yg advance nk plak kaler putih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 10:51 AM | Show all posts
beli masa ni mesti dah dapat kereta kurang kualiti..
so biar la tunggu lama sikit bayar mahal sikit janji dapat kereta puas hati..
benda nak pakai lama kot..
lain la kalau kaya duit berlebih beli kereta hari ni, esok lusa tak berkenan boleh angkat kereta lain..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
nishikido replied at 16-7-2018 08:27 AM
Adik meolls antara yg x nyempat2 beli kereta..padahal baru kerja sebulan lebih,umur 22..alasan susah ...

Iriz tu mahal gak kan bulanan, kazen ade amik keta ni.
Dia pun muda bujang, masa beli tu pun dia baru je kije bbrp bulan.
Sekali company tu tutup plak,dah kena cari kije lain.
Awal2 ni kalau tak naik public transport, guna keta2 lama yg adik badik pun takpe. Sabar lah skit, kereta ni liabiliti.
Kawan akak dah bertahun aman2 je guna keta viva. Rasanya dah abis bayar sbb tgk dia aman2 je tetiap minggu mkn sedap2 dan mahal siap boleh g melancong kesana sini menikmati hidup bujang dia takde plak gigih nk membeli keta baru yg mahal2.. sbb mmg bkn keperluan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazida replied at 16-7-2018 09:43 AM
kalau adik i,i dah jotos dah kepala dia. baru sebulan keje dah pakai kereta.. tp tulah budak2 seka ...

Memang ktorg kakak2 ni berbulu sebab guarantor dah nama my mom..deposit ayah support..tu yg bulan2 cuma bayar 5++,kalau x mau 7++.. kami yg akak2 ni dulu fikir la nak pakai duit makbapak..turun naik bas mula2 kerja dulu.ni dia bagi alasan susah nak ot kerja law xde kereta,padahal lepas je beli kereta hari2 keluar.weekend mmg xnampak muka..my parents lak ikut sangat kata2 anak ksyangan..tapi weolls positive ajork.nanti law susah nak pinjam duit weolls flip hair sambil tunjuk barang kemas baru.lulz...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik2kepam replied at 16-7-2018 10:52 AM
Iriz tu mahal gak kan bulanan, kazen ade amik keta ni.
Dia pun muda bujang, masa beli tu pun dia  ...

Yea..mmg mahal sikit.i dulu nak amik tapi ubah fikiran sebab mahal,gipon husband dah ad kereta..so I fikir tak perlu sangat kot.. alih2 masa puasa haritu adik upload gambar kereta dengan caption #alhamdulillah..bukan cemburu ye sebab kereta I pakai skrg lg besar..tapi I berbulu sbab pakai duit parents tu.i bising2 pon benda dah jadi..so lantaklah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.154476 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list