CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4882|Reply: 22

Mohon pandangan untuk bina rumah

  [Copy link]
Post time 16-7-2018 12:07 AM | Show all posts |Read mode
SAlam semua. Miss nak minta pendapat semua. Miss dah setahun berkahwin dan tinggal bersama suami di rumah ibu. Dalam rumah tu ada 5 org adik miss yang belum kahwin. Jadi miss dan suami merancang utk bina rumah atas tanah arwah ayah yg dah ditukar nama kepada miss. Masalahnya sekarang ni ialah geran tu ada ramai penama (geran kongsi). Miss dah berjumpa dengan juruukur tanah dan daripada perkiraanya, kos utk pecah bahagian dan dapatkan geran individu ialah sebanyak rm13000. Aduh mana nak cekau duit banyak tu. Dahla proses tu lama makan tahun jugak. Jadi terhalangla niat kami utk buat housing loan sebab tak dapat geran individu.

Solution kedua, kami pergi ke sebuah bank utk bincang mengenai personal loan. Sebab itu sahaja cara terakhir utk kami dapatkan rumah. Huhuhu.. utk pengetahuan, jumlah gaji miss dan suami ialah rm4500. Kalau ambik pinjaman tersebut, miss terpaksa bayar rm2300 sebulan selama 10 thn. Komitmen setakat ini adalah ptptn sebanyak rm150, insurans rm300, rm200 utk bil2 lain,tabung haji rm500. Kereta miss dan suami dah habis bayar. Belanja lain takde la sangat. Lagipun miss tinggal di kawasan kampung di pantai timur.

Miss risau kalau tak mampu nak bayar bulanan. Forumer rasa boleh ke sy bayar semua tu dgn gaji yg ada. Dari segi belanja pakaian dan alat mekap, miss tak berminat sangat. Miss nk minta pandangan semua tentang dilema yang miss hadapi ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Miss, nanti nak ambik juruukur tanah jangan ambik yg kerjaan tau, ambik yg swasta lagi baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-7-2018 01:21 AM
Miss, nanti nak ambik juruukur tanah jangan ambik yg kerjaan tau, ambik yg swasta lagi baik.

Iye saya jumpa juruukur swasta.tapi masalahnya dalam geran kongsi itu ramai penama. Ada yg tak dapat dihubungi. Dalam 10 org penama, hanya 2 org yg saya berjaya hubungi. Yang lain memang tak kenal. Orang2 tua sekitar pn tak kenal sebab penama semua tu ada yang ditukar pada cucu cicit. Ada juga yg dah meninggal tapi tak ditukar nama.Masalah jgk la kalau nak pecah geran.uwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
misslilyly replied at 16-7-2018 07:58 AM
Iye saya jumpa juruukur swasta.tapi masalahnya dalam geran kongsi itu ramai penama. Ada yg tak dap ...

Susah tu kendian hari, settlekan dulu fasal penama2 tu, tali dah sampai ke cucu cicit ni memang susah... baik beli rumah takpun beli tanah lain
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 10:25 AM | Show all posts
selain bina rumah kat tanah tu, tak ada option untuk beli rumah dari developer ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 16-7-2018 09:21 AM
Susah tu kendian hari, settlekan dulu fasal penama2 tu, tali dah sampai ke cucu cicit ni memang su ...

Sy dan suami lebih suka duk kt landed house. Dah ada tanah sendiri rugi sekiranya tak dibina rumah. Kalau beli dengan developer mahal. Satu lagi kami kurang gemar tinggal di kawasan perumahan. Mgkin masalah keluasan tanah dan juga soal privacy
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2018 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-7-2018 10:25 AM
selain bina rumah kat tanah tu, tak ada option untuk beli rumah dari developer ke?

Miss prefer duk rmh sendiri. Maksudnya design sendiri,kecik ke besar bukan soal utama. Kalau tanah tu tak dibina rumah,rugi jugak sbb adik beradik lain semua dah ada rumah masing masing.nak usahakan kebun,takde orang nak jaga. Bab berkebun kami malas sikit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 16-7-2018 10:25 AM
selain bina rumah kat tanah tu, tak ada option untuk beli rumah dari developer ke?

Kami tak bercadang utk beli rumah dengan developer.Selain mahal,keluasan juga terhad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 12:54 PM | Show all posts
sila ke pejabat tanah untuk pecah bahagian
biasa kat pej tanah ada list juruukur berlesen
xkan smpi 13k?
biasa dalam 3k jekkk...takut dia tambah2 sendiri jek
btw..kalau x pecah geran pon still boleh buat rumah
tp ni syarat nyatanya bangunan kediaman ke?
sy yakin banyak nama ni kebiasaannya tanah pertanian
ada syarat tau nak buat rumah atas tanah pertanian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 16-7-2018 12:54 PM
sila ke pejabat tanah untuk pecah bahagian
biasa kat pej tanah ada list juruukur berlesen
xkan smp ...

Miss dah berjumpa dengan 2 org juruukur tanah. Memang kos dalam range rm13k-rm15k. Sebab tanah ni luas. Syarat pn memang tanah pertanian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 16-7-2018 12:54 PM
sila ke pejabat tanah untuk pecah bahagian
biasa kat pej tanah ada list juruukur berlesen
xkan smp ...

Macamana tuan cakap tak pecah geran stil boleh buat rumah?mind to share
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:43 PM | Show all posts
mcm mana dah tukar nama kat geran but still as parent lot?tanah pertanian pulak tu..

iols tak tau kalau kat sjung tp kalau kat swk, tanah pertanian nie hanya satu rumah sahaja yang dibenarkan utk 1 lot.

u kata geran masih kongsi means parent lot. so 1 rumah jer la dibenarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 11:28 AM | Show all posts
misslilyly replied at 16-7-2018 02:22 PM
Macamana tuan cakap tak pecah geran stil boleh buat rumah?mind to share

mostly rumah yang dibuat atas tanah pertanian akan share geran
since 1 ekar entitled untuk 1 nama sahaja(unless dapat melalui perintah pusaka)
so, most buyer akan masuk nama melalui pemegang amanah
kebiasaannya akan gunapakai 1 geran sahaja...boleh je pecah...but lengthy process sket
and ada certain syarat u kena patuhi

kalau x silap, kat selangor, untuk syarat pecah bahagian tanah(pecah geran),
bahagian u at least kena ada 0.25 ekar(untuk tanah pertanian)

sebenarnya mmg x boleh buat rumah atas tanah pertanian, nanti i check balik apa requirement dia
boleh sebijik jek(x ingat baper keluasan)
tapi dah byk sgt org sekarang yang buat rumah atas tanah pertanian

cuma kena ingat laaa...once u buat rumah/bangunan atas tanah pertanian,
sekiranya tanah diambil balik oleh kerajaan(atas sebab projek pembangunan),
pampasan akan diberi berdasarkan nilaian atas tanah pertanian sahaja
bangunan tu x diambil kira
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 07:14 AM | Show all posts
misslilyly replied at 16-7-2018 02:22 PM
Macamana tuan cakap tak pecah geran stil boleh buat rumah?mind to share

sis kekal aje status tanah tu....

tanah tu 10 nama...memang susah dan mencabar untuk pecah nama....

tapi kalo 10 nama tu semua nya ok..x ada masalah....cuma nasihat saya jgn assume ok...sbb kepala sama hitam...hati lain-lain...

kecuali boleh buat satu perjanjian legal untuk tidak berlaku apa2 masalah kemudian hari...cuma masalah skrng..sis x dpt hubungi 9 penama lain lg kan....

nasihat saya...jgn amik risiko nak buat rumah tanpa pecah nama...

sis kata nak buat personal loan kan...go for it...tp % interest tinggi lah...

skrng sis sama suami nak buat rumah guna kontraktor atau buat sendiri pelan2....

kalo kontraktor...harga lagi tinggi...tp snng kerja...

kalo buat sendiri...memang banyak cabaran turun naik utk dpt kelulusan....

cuba bawa bincang dulu...nak buat rumah ni jgn tergesa-gesa ya.....kena plan betul2...

semoga di permudahkan urusan sis sekeluarga
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2018 11:14 AM | Show all posts
Edited by Hana at 8-8-2018 11:15 AM
jumlah gaji miss dan suami ialah rm4500. Kalau ambik pinjaman tersebut, miss terpaksa bayar rm2300 sebulan selama 10 thn.


jumlah gaji tu gross ke net? kalau net, ok utk bayar rm2300.
tapi, kalau still gross utk RM4500, aku rasa, beban sgt2 tu. nnt cashflow/tunai ko sket sgt.
nnt ada hal emergency ke, nak balik kg sbb kenduri sedara mara yang wajib tunjuk muka mmg susahla sbb hari2 ko kena kira brp duit kuar sementara tunggu gaji baru.
tau2 la orang melayu kan. byk kenduri. kenduri kawen. kenduri tunang. kenduri nikah.kenduri cukur bulu. kenduri jambul. kenduri naik buai. kenduri saja nak buat makan2.


bila tunai sket/rendah, nnt ko berdua dlm stage "mudah kena tipu/dimakan" oleh agent2 mlm/insurance. hati2 lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nbtech78 replied at 8-8-2018 07:14 AM
sis kekal aje status tanah tu....

tanah tu 10 nama...memang susah dan mencabar untuk pecah nama ...

Miss pn dah give up untuk selesaikan tanah ni. Ada penama yang sukar bagi kerjasama. Yg tua2 apatah lagi. Risau takut diambil tanahnya. Biasalah org tua selalu sensitif dan hati2 bab tanah pusaka ni.
Miss dan suami dh decide nak ambik personal loan. Itu shj last choice yg miss ada. Nak tunggu sehari ke sehari harga rumah makin naik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2018 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
nbtech78 replied at 8-8-2018 07:14 AM
sis kekal aje status tanah tu....

tanah tu 10 nama...memang susah dan mencabar untuk pecah nama ...

Apapun thanks sebab bagi pandangan. Really appreciate it
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2018 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Hana replied at 8-8-2018 11:14 AM
jumlah gaji tu gross ke net? kalau net, ok utk bayar rm2300.
tapi, kalau still gross utk RM450 ...

Rm4500 tu dh net. Cuma bil2 dlm rm200 je. Dan juga ptptn dan insurans rm400. Kereta dan komitmen lain takde pun.
Tapi kalau dah ada komitmen personal loan ni nanti, tak bolehla miss berdoya2 shopping sakan. Belanja kena berhemah tak boleh enjoy lebih2..adussss sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2018 06:04 AM | Show all posts
misslilyly replied at 8-8-2018 10:24 PM
Miss pn dah give up untuk selesaikan tanah ni. Ada penama yang sukar bagi kerjasama. Yg tua2 apata ...

itu lah yang terbaik...kalo dah ada keputusan bersama...go for it...

soal rezeki insha Allah....jangan bimbang...doa banyak-banyak...kerana Allah yang memberi rezeki...bukan manusia
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kami baru buat rumah..setelah 12 tahun usia perkahwinan. Kami mmg xda tanah yg bergeran status individu tapi oleh kerana tanah tu(tmpt kami buat rumah) dulu tanah hutan, xda sapa pun yg nak amik tau. Rumah semasa pula baru je kerajaan umum bukan dah tanah kami, so kami awal2 dah ckp dkt adik bradik, kami nak buat rumah dkt tanah hutan tu. So adik bradik setuju..kami nak pecah tanah amik kos 8k dekat sini dan lagi adik bradik xnak tanah tu jadi pecah kpd individu...dorang ckp biar jadi harta pusaka..ok kami follow je. Jadi skg ni, dlm lisan je kami ckp...ini kawasan kami sekian2. Tanah besar luas tu pepandai la dorang nak buat mcmna. Yg peting kami dah tanda kami punya tempat.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.076970 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list