CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Tempatan] Edisi Kejatuhan Yang DiTangisi: 2,000 ahli UMNO Kalabakan keluar parti sertai Wa

[Copy link]
Post time 16-7-2018 09:11 AM | Show all posts |Read mode



KALABAKAN - Kira-kira 2,000 ahli UMNO daripada 45 cawangan di kawasan Parlimen Kalabakan bertindak keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) di sini hari ini.

Mereka diketuai tujuh bekas ahli jawatankuasa Bahagian UMNO Kalabakan termasuk pengerusi tetap UMNO kawasan tersebut, Mohd. Nazri Durahman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho berkata, beliau yakin lebih ramai lagi ahli UMNO khususnya yang membabitkan ahli jawatan kuasa dan cawangan akan keluar parti untuk menyertai Warisan dalam tempoh terdekat ini.

“Tindakan keluar parti dalam kalangan ahli UMNO Kalabakan ini memperlihatkan mereka inginkan perubahan kepimpinan.

“Selain itu, mereka juga ingin memastikan rakyat terus mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Fajar dekat sini hari ini.

Abdul Muis berkata, mereka membuat keputusan tersebut secara sukarela dan tanpa imbuhan serta sebarang janji daripada mana-mana pihak.

Beliau percaya, keputusan itu juga diambil selepas mengambil kira pendapat ahli-ahli cawangan , penduduk setempat termasuk pengundi dan penyokong di kawasan berkenaan.

“Mereka meninggalkan UMNO kerana inginkan perubahan bukan sahaja dari segi kepimpinan malah pembanguan yang bakal dirancang dan dilaksanakan demi untuk keselesaan rakyat,” jelasnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.349301 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list