CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 370|Reply: 0

[Tempatan] Larian Obor Sukan Asia 2018 bermula hari ini, Cikki Indon jadi Duta Obor

[Copy link]
Post time 16-7-2018 09:13 AM | Show all posts |Read mode



NEW DELHI - Larian Obor Sukan Asia 2018 akan bermula pada Ahad dari New Delhi ketika Indonesia bersedia untuk menganjurkan temasya berprestij itu bulan depan.

Obor itu akan mengharungi perjalanan sejauh 18,000 kilometer melintasi 58 bandar raya di 18 wilayah di seluruh Indonesia sebelum tiba di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta untuk upacara perasmian pada 18 Ogos nanti.

Kira-kira 30 atlet termasuk petinju Olimpik India, Mary Kom dan jaguh badminton Indonesia, Susi Susanti selaku Duta Obor, menyertai larian obor yang berlangsung di Major Dhyan Chand National Stadium hari ini, tempat lahirnya acara sukan utama Majlis Olimpik Asia itu pada 1951.

Upacara menyalakan obor itu dihadiri pemimpin kanan sukan termasuk Presiden Persatuan Olimpik India, Narinder Batra dan Ketua Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia, Erick Thohir.

Temasya kali ini yang akan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September ini di Jakarta dan Palembang selaku bandar raya hos bersama akan menghimpunkan lebih 11,000 atlet dari 45 negara untuk mengambil bahagian dalam 40 sukan dengan 465 acara.

"Seramai 11,920 atlet mengambil bahagian, bermakna Sukan Asia semakin berkembang. Kami mahu membangunkan ekonomi di seluruh kepulauan dan penganjuran di dua bandar raya ini memberi kami peluang untuk mewujudkan keseimbangan dan pekerjaan," kata Erick. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052995 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list