CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 2

[Tempatan] Oku Terima Anugerah Khas Penderma Darah Kebangsaan, Azam Mahu Menderma 4 Kali Se

[Copy link]
Post time 16-7-2018 09:38 AM | Show all posts |Read mode



“Saya tidak ada harta benda, apa yang ada hanyalah darah yang mengalir dalam tubuh badan saya. Biarlah darah ini menjadi sumber pahala dan kebaikan kepada pihak memerlukan,” kata Mohd Zamzuri Ariffin, 46.

Dia merupakan penerima anugerah penderma darah peringkat kebangsaan bagi kategori orang kelainanan upaya 2018 memberitahu dia telah menderma darah sejak 10 tahun yang lalu setelah mendengar kebaikkan amalan itu.

Katanya lagi, dia menderma darah setiap tahun melalui kempen yang diadakan di Masjid Batu Buruk di sini pada bulan Ramadan.

“Setiap kali Ramadan, pasti ada kempen derma darah dilakukan di masjid-masjid…di situlah saya menderma darah buat kali pertama 10 tahun lalu dan saya berazam mahu menjadi penderma tetap iaitu menderma empat kali setahun bagi memastikan bekalan darah mencukupi,” katanya.

Ujarnya yang mempunyai darah jenis B, tidak menyangka akan diraikan dalam majlis khas yang turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad.

“Tidak pernah terlintas langsung di hati kecil saya untuk menerima pengiktirafan tinggi seperti ini. Harapan saya sumbangan kecil ini akan dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di luar sana tampil menderma darah bagi menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

“Tanggapan negatif kononnya mendema darah ini adalah satu proses yang menyakitkan adalah tidak benar, malah saya berasa lebih sihat setiap kali selesai menderma darah. Insya-Allah banyak manfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 10:07 AM | Show all posts
iols dulu selalu gak derma darah.tapi sedih sekarang on medication so tk bole nk derma darah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 12:40 PM | Show all posts
Tahniah.. Alhamdulillah.. semoga diberkati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.062745 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list