CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2027|Reply: 5

Lucu..Sanggup Didenda Kunyah Cili Api Berbanding Tak Boleh Tengok YouTube Sebula

[Copy link]
Post time 16-7-2018 12:44 PM | Show all posts |Read mode





Ramai yang tahu pemberian gajet kepada kanak-kanak seawal usia 2 tahun adalah situasi yang tidak sihat. Bagaimanapun, pemberian dan penggunaan gajet seperti telefon pintar, skrin tablet bagaikan sudah menjadi kebiasaan kepada kanak-kanak bagi tujuan menarik perhatian dan melekakan mereka.


Lebih-lebih lagi sesuatu yang berbentuk video. Ia sememangnya salah satu sumber hiburan dan juga informasi yang baik jika dikawal. Tetapi, ramai yang sedar bahawa kanak-kanak sentiasa terdedah dengan kandungan berbahaya ketika melayari Internet. Salah satunya ialah YouTube. Ia perlu sentiasa dikawal oleh ibu bapa agar anak-anak tidak melihat kandungan video yang tidak sepatutnya.


Seorang pengguna twitter menaikkan status menceritakan kisah lucu mengenai seorang adiknya yang amat gemar melihat youtube. Adiknya yang berumur 11 tahun itu telah mengejek adiknya yang berumur 8 tahun dan didengari oleh ibu mereka. Dia dimarahi dan diberi pilihan denda sama ada ingin mengunyah 2 biji cili api atau tidak boleh melihat YouTube selama sebulan. Adiknya memilih untuk memakan cili api!










Rela kunyah cili api yang pedas



Ramai netizen yang tergelak kerana terhibur dengan pilihan adik lelaki itu yang sanggup memilih untuk mengunyah 2 biji cili api berbanding tidak boleh melihat YouTube selama sebulan. Nampaknya adik lelaki ini seorang ‘kaki YouTube’ yang tidak boleh hidup tanpa melihatnya selama sebulan.







Bijak membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri



Netizen turut memuji tindakan bijak adik lelaki ini yang memilih untuk menahan kepedasan cili api yang rasanya akan hilang beberapa ketika berbanding seksanya menunggu selepas sebulan untuk kembali melihat YouTube. Budak zaman sekarang memang bijak dan ibu bapa perlu kreatif dalam mendidik anak-anak.










Tidak salah untuk membenarkan anak-anak menggunakan gajet dan melayari internet kerana ia adalah salah satu bentuk hiburan dan pembelajaran tetapi mestilah sentiasa dipantau oleh ibu bapa. Setuju tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau I la, I sanggup puasa youtube sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:01 AM | Show all posts
Mesti budak x kuat makan pedas
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 12:50 PM | Show all posts
Lain kali jangan suruh kunyah je takut ditelannya aja,  Jadi elok dilumurkan baru kesannya terkenang dan serik sampai tua.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 06:10 PM | Show all posts
hahaha pandai adik ni..kene cili mulut
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2018 03:22 PM | Show all posts
mesti mak dia ingat leh puasakan youtube sebulan kat anak2.. alih2.....  
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.194421 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list