CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13128|Reply: 57

"Ni For Friends Lah Adoi" - Yuna Jelaskan Isu Wedding Registry

[Copy link]
Post time 16-7-2018 01:47 PM | Show all posts |Read mode






Dengan tiba-tiba penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai menjelaskan perihal majlis perkahwinannya yang berlangsung awal tahun ini.  Yuna menjelaskannya di Twitter kerana mendakwa gambar tersebut sudah tular kerana dikatakan terlalu mengikut budaya barat.


Menyatakan gambar yang bertebaran di media sosial serta isu menjemput menerusi laman sesawang hanyalah ditujukan kepada rakan-rakan rapat sahaja manakala kaum kerabatnya pula masih menggunakan medium budaya Melayu, Yuna tidak mahu netizen menjadikan ia isu besar sebaliknya mengharapkan ramai yang lebih memahami konteks situasi tersebut.






Foto : Twitter Yuna





Bagi mereka yang belum tahu isu ini, seorang peminat Yuna telah meletakkan beberapa keping gambar persiapan perkahwinan Yuna yang dilakukan menerusi laman sesawang khas. Laman tersebut membabitkan kad jemputan majlis, pengesahan kehadiran (RSVP), senarai hadiah yang boleh dibeli oleh tetamu menerusi Amazon serta maklumat terperinci tetamu yang akan hadir.



Tujuan peminat tersebut berkongsi untuk menyatakan perasaan bangganya namun ada pula yang salah faham, hingga Yuna sendiri menjelaskannya dengan lengkap tentang hal tersebut.






















Begitulah, setiap pemahaman individu pastinya berbeza. Mungkin ada yang sekadar komen tanpa mengetahui cerita sebenar. Yang comelnya, Yuna turut membalas komen tersebut.









Betul juga kata netizen ini. Susah kalau nak jelaskan satu persatu tapi Yuna nampaknya tetap mahukan netizen memahaminya.






Foto : Carian Internet




Selain itu, Adibah Noor turut memberi respon pada status Twitter Yuna. Itu lah, setiap orang mempunyai pendapat masing-masing kan?











Jadi, sebelum menulis komen tentang sesuatu isu, rajinkan diri anda untuk membuat kajian terlebih dahulu ya. Kalau tak, malu sendiri. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Eww orang belum nak confem dtg atau x, dah di paparnya whishlist untuk dibeli sbg hadiah

Yang datang salam keruk dgn apak pn dh kire untung nok..dari salam kosong
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 01:55 PM | Show all posts
so yuna dah x de job ke.. selalu berkuntum kat twidder .. kan retis internasional
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar lah. Wedding dia untung kalau dapat semua dalam list tu. Dia kan dah go internasional
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:16 PM | Show all posts
xhabis2 psal citer kawen je minah ni?da sendooo ke??
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat macam ni la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2018 02:28 PM | Show all posts
lama dah kot org melayu malaysia ni guna wedding registry ... metrojaya pun ada buat ni since 1994 tapi masa tu takde la guna internet semua ni ... pi kat customer service, tgk list tu yg dah penganting pilih & bayar mana ikut kemampuan kita


adoooiiii .. so ketinggalan la  
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:30 PM | Show all posts

Ye betul.metrojaya dah lama pakai method ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 02:35 PM | Show all posts
Sibuk ajalah orang-orang ni. susah betul nak terima bende baru.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:39 PM | Show all posts
ketinggalannya iolss
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:41 PM | Show all posts
Benda ni common dekat barat dah biasa buat. Dekat malaysia jee orang kejutan budaya, yang terkejut tu pun mesti tak pernah keluar dan explorer budaya lainn
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:42 PM | Show all posts
asal muka wak doyok ada rupa arab pula? yuna kahwin wak doyok dari arab ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:43 PM | Show all posts
kalau kwn2 iols kawin, mmg iols tanya direct  brg dapur apa yg x cukup lagi  & diorg pon xda la minta peti sejuk, mesin basuh bagai..

kalo ada yg mcm segan2 nak bgtau, iols bagi duit je. pepandai uols la cukupkan duit tu & beli apa yg perlu.. hahahahahah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:48 PM | Show all posts
aku cam pikir2 bukan da sanding ke kat bentong ritu? or ritu nikah je ek? ni sanding? kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn yuna dh gtau tu utk kenkwn tertentu je ke..kenkwn omputih die bkn rmi ke dtg..kalau tgk gmba2 wedding yuna yg lps la..

tp ni wedding die ikot suke die la nk gaye mcmne pun asalkan x hutang dan pakai duit sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 03:03 PM | Show all posts
Ini biasa dibuat di Barat

Mungkin untuk kawan2 Yuna dari USA

Tujuan untuk mengelakkan duplicate hadia (nanti dapat peti ais 3 biji lol)

Juga untuk memastikan hanya hadiah yg benar2 diperlukan pasangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2018 03:04 PM | Show all posts
wedding registry tu bagusnye sbb takdela pengantin dpt hadiah sama smpi banyak-banyak. kalau dpt blender smpi berbelas bijik, nak kasi kt org lain, tp dah namenye pun hadiah dr org.nk jual mcm tak patut plak. takkan nk simpan?

bab rsvp ni pun bagus jugak utk pengantin yg buat majlis kt dewan-dewan. sbb tempat pun terhad, sewa dewan pun masenye terhad. dibuatnye ada tetamu hangkut sedara mara 1 rumah sebab malas nk makan tengahari, kesian plak tetamu lain tak dpt seat n tak dpt makan. sat gi hade plak yg mengumpat pengantin makanan tak cukup la, ape la
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya netizen yg ignorant ni. Pergi tambah ilmu dulu before bash orang sesuka hati. Wedding gifts registry is such a common thing, cuma Malaysians yg tak biasa dgn benda ni . Tau nak kecam je padahal korang yg tak tahu benda tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu kawan i kawen dia letak kt blog list hadiah yg dia nak. ye lah, utk elakkan duplicate gifts & boleh beli apa yg mmg pengantin perlu/nak. kalau tak, jd mcm aku dpt dinner set sampai 14 set, jam dinding & jam loceng sampai belas2 aku nak guna byk2 buat apa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
hanihan16 replied at 16-7-2018 04:02 PM
dulu kawan i kawen dia letak kt blog list hadiah yg dia nak. ye lah, utk elakkan duplicate gifts & b ...

kalo byk sgt jual balik sis.. duit tue boleh guna beli brg lain.. hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.403447 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list