CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4032|Reply: 1

EDISI TERENGGANU : Dua unit kedai lemang hangus

[Copy link]
Post time 17-7-2018 01:36 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cmf_BeachBoys at 17-7-2018 01:37 AM

                     

KEMAMAN 16 Julai - Dua daripada 21 deretan kedai menjual  lemang di pinggir jalan raya  di kawasan yang diberi jolokan Wilayah Lemang Kijal musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran  kira-kira pukul 11 malam yang turut mengejutkan kalangan pengguna jalan raya itu dipercayai bermula di bahagian belakang premis tersebut akibat dari percikan api dari timbunan sisa buluh lemang yang dibakar tidak jauh dari premis itu.

Pemilik kedai, Yassin Mohammad, 64 , ketika ditemui berkata, ketika kejadian dia sedang berehat  di rumahnya di Kampung Darat, Bukit Kemuning selepas selesai berniaga.

“Apabila mendengar tentang kebakaran a itu daripada kawan-kawan saya terus bergegas ke kedai dan apabila tiba di sana, saya lihat api sedang marak tapi tidak mampu untuk buat  apa-apa,”katanya.

Menurutnya, dia tidak sempat untuk menyelamatkan beberapa barang dan peralatan untuk berniaga yang disimpan di dalam kedai itu.

“Memang sedih bila melihat kedai yang menjadi warisan keluarga musnah namun saya redha dengan terjadi ujian kepada kami, “ katanya.

Sementara itu, pegawai operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kijal, Pegawai Bomba Kanan II , Nor Yusri Yusop ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 11.30 malam dan bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan sebuah jentera bersama enam orang anggota.

Pihaknya turut menerima bantuan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh bersama kekuatan lapan orang anggota dan kebakaran dapat dikawal pada pukul 12 tengah malam.

Kebakaran dapat  dipadamkan sepenuhnya pada pukul 12.15  tengah malam, dan pihaknya akan melakukan siasatan bagi menyiasat punca sebenar kebakaran.- UTUSAN ONLINE
        
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/dua-unit-kedai-lemang-hangus-1.710067#ixzz5LRLlERyL
©  Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2018 07:25 AM | Show all posts
kesiannya.. tapi sedap lemang2 kat sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.550185 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list