CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4937|Reply: 46

[Tempatan] Addin nak belanja kawan satu blok'

[Copy link]
Post time 17-7-2018 08:48 AM | Show all posts |Read mode



“Ayah, bawa buah rambutan banyak-banyak, Addin nak belanja kawan-kawan satu blok.”

Pesanan itu masih terngiang di telinga Azmi Alias, 54, bapa kepada Allahyarham Nik Muhammad Addin yang meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, malam tadi.

Azmi ketika berkongsi saat akhir bertemu anaknya berkata, Addin baru tiga minggu berada di Universiti Teknologi Mara, Dengkil mengikuti kursus Sains Asasi.

"Semalam, saya bersama isteri (Nik Azizon Nik Tauran) dan abangnya (Nik Muhammad Aliff) mengajak Addin ke rumah pakciknya di Port Dickson untuk makan durian namun Addin memaklumkan tidak dapat ikut kerana banyak tugasan dan kertas kerja yang perlu disiapkan.

"Dia berpesan meminta kami singgah apabila dalam perjalanan pulang dan meminta agar saya membawa buah rambutan sebanyak yang mungkin.

"Saya berikan satu plastik penuh rambutan, tetapi Addin beritahu tidak cukup kerana dia ingin belanja semua kawan-kawannya. Saya pelik kerana dia baharu sahaja berada di situ selama tiga minggu tetapi sudah mempunyai ramai kawan.

"Kami berempat kemudian ke kompleks beli belah untuk membeli baju untuk arwah anak saya. Sebelum kami pulang, ibunya sempat berpesan kepadanya supaya belajar rajin-rajin, dan dia hanya tersenyum kepada isteri saya," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan PJS4, Petaling Jaya, hari ini.

Mengimbas kembali ketika menerima berita sedih kejadian menimpa anak bongsunya, Pakar Teknikal di syarikat swasta itu berkata, isterinya menerima panggilan kira-kira 11 malam.

"Saya kemudian memandu kereta selaju yang mungkin. "Sebaik tiba, saya lihat anak saya terbaring dan ditutup dengan kain, saya meminta isteri saya yang juga seorang doktor untuk memeriksa nadinya. Isteri saya mengesahkan Addin sudah meninggal dunia.

"Arwah seorang budak yang sangat baik, bila saya memberikan khabar sedih ini kepada jiran dan sesiapa yang mengenali, semua sedih. Dia tidak pernah cerita buruk mengenai orang lain, dan dia seorang anak yang boleh diharap.

“Hati saya rasa berat dan sedih sangat. Saya menjaganya daripada dia masih kecil, setiap hari saya hantar dia daripada mula masuk tadika hinggalah ke sekolah menengah. Bila dia masuk ke UiTM, tidak sampai sebulan, kami kehilangannya," katanya.

Terdahulu, Allahyarham Nik Muhammad Addin disembahyangkan di Surau Al Husna, Taman Medan Baru sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan PJS4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2018 08:49 AM | Show all posts
SEORANG penuntut lelaki jurusan Sains Univeriti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil, Selangor maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan asramanya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 11.32 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 18 tahun bersama rakannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama terbabit.

“Menurut keterangan rakannya yang juga saksi kejadian, mangsa sedang berbual menerusi telefon bimbit sambil duduk di atas palang besi balkoni menghadap ke luar bangunan.

“Bagaimanapun, mangsa tergelincir daripada besi itu sebelum terjatuh dari ketinggian tingkat empat bangunan berkenaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Abdul Aziz berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Julai 2018 @ 10:36 AM
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 08:53 AM | Show all posts
adoi la dekk, yg ko dduk  dipalang besi balkoni tu kenapa...bahaya kot...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:05 AM | Show all posts
aduhai kenapala....
takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingkat empat tu. Awat la boleh duduk atas palang besi. Seriau iolss
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:05 AM | Show all posts
kalau tgk insta dia...
hobi dia dgn kwn2 skolah mmg buat mende2 extreme...
x padan dengan muka suci nya...
mak bapak di luar sana pantau la sama...
nak extreme2 biarlah berilmu n ada safety...
hilang sorang budak pandai...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
I baca kat wassap budak ni jatuh sebab pasang hammock kat besi sidai baju..

Apapun takziah kepada keluarga beliau.
My nephew patutnya daftar sama dgn budak ni tp last minute tarik diri sbb dpt offer scholarship kt tempat lain.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:08 AM | Show all posts
takziah buat family arwah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2018 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Sedihnya mak ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang panjat papan tanda ipoh tu kalau tak insaf lagi tengok macam ni, tak tahu la.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:19 AM | Show all posts
alahai...takziah utk keluarga

moga bertabah

sedih makpak tu

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:31 AM | Show all posts
Budak budak remaja memang suka lepak atas tembok..aku pun masa belajar poli selalu jgak dok sembang2 dgn member2 atas tembok balkoni...

Semoga rohnya tenang di sana

Salam Takziah utk keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:36 AM | Show all posts
innalilahiwainnarojiun salam takziah buat keluarga arwah
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 09:52 AM | Show all posts
org pasang palang tu tak nak bagi jatuh, yang kau gi panjat duduk atas tu buat apa dik oii..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 10:19 AM | Show all posts
dia pasang hammock, baring dalam tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.luruh hati mak ayah tp dah takdir ajal arwah di asrama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2018 11:04 AM | Show all posts
tak pasal2 je..adoilaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 11:12 AM | Show all posts
ajalnya sudah tersurat dan tersirat....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 11:28 AM | Show all posts
Innalillah. Semoga family arwah tabah dengan ujian.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 11:30 AM | Show all posts
wpun ajal maut tu di tangan Tuhan...
tidak cepat tidak lambat...
sudah tersirat dan tersurat...
sekiranya kita sendiri tak sayang nyawa adakah Tuhan akan ambil balik...?
aku pernah tny sorang ustaz ni..dia kata kehidupan kita boleh berubah dengan doa dan ikhtiar..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049795 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list