CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3061|Reply: 12

“Isteri Makan Durian, Bayi Dalam Perut tak Bergerak,” -Black Hanifah Cuak

[Copy link]
Post time 17-7-2018 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman yang mencemaskan buat Black dan isterinya, apabila bayi yang masih dalam kandungan tidak lagi bergerak selepas menikmati durian.


"Cira memang penggemar durian. Seperti kebiasaannya, saya akan memanggil nama bayi dalam kandungan Cira dan pastinya anak kami akan respon dengan bergerak.

“Lepas Makan Durian, Bayi Tak Bergerak,” Black Cuak Anak Tak Respon


"Tetapi ketika itu, sewaktu Cira baru selesai menjamah durian, tiada respon diterima dari anak kami. Kami berdua sudah risau.


"Alhamdulillah, selepas kami memanggilnya buat kali ketiga, bayi kami mula memberikan respon seperti biasa. Selepas itu, saya nasihatkan isteri agar berwaspada jika dia teringin untuk menikmati durian.


  



"Lebih baik berpada-pada kerana tak mahu perkara yang sama berulang lagi," kata Black pada Astro Awani.


Black juga tidak mahu mendedahkan jantina cahaya mata keduanya lagi pada umum dan hanya akan maklumkan apabila sudah tiba masanya.


  



"Saya tak sabar menunggu kehadiran anak kedua. Bercakap mengenai jantina dan nama, buat masa ini biar kami simpan dahulu.


"Nama bayi pun sudah kami pilih tetapi biarlah kami umumkan kelak di masa yang sesuai. Doakan kandungan isteri saya berada dalam keadaan yang baik," katanya lagi.


Pasangan manalah yang tidak cuak bila keadaan begini berlaku. Semoga bayi berada dalam keadaan baik sehinggalah proses kelahiran. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2018 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dah ada thread?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
makin kepam .
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 10:05 AM | Show all posts
hati2 lepas ni ya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 10:52 AM | Show all posts
relevan lagi kah? dah de citer nak creat...cite ngandung pun boleh lahh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2018 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
oh nak dpt baby, tahniah, mesti suspen gila bila baby tak respon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya. Tu lah sekolah taknak bagi cerdik. Black ni mesri spesis bangang percaya selimut ajaib haiyo
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
alah, baru panggil dua kali tak respon, ingatkan tak respon berjam2. tu pun nak habaq kat reporter.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2018 11:18 AM | Show all posts
wife dia ni kepam, iols rasa mcm nak tolong sikatkan rambut dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
hotmak replied at 18-7-2018 11:18 AM
oh nak dpt baby, tahniah, mesti suspen gila bila baby tak respon

Sedara i baru 2 bulan gitu makan durian mungkin banyak sangat lepas tu keguguran..klu preggy baik abaikan durian ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ira_229 replied at 29-7-2018 11:25 AM
Sedara i baru 2 bulan gitu makan durian mungkin banyak sangat lepas tu keguguran..klu preggy baik  ...

alahai kesiannya, panas tu, lgpun early stage & mungkin tak kuat jgk, biasa org bg takat seulas je tu pun kalau isi tebal baik takat merasa je
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg penggemar durian. Boleh makan berbiji biji durian.  Tp waktu pregnnt aku mmg sanggup tahan x makan. Makan lah seulas 2 je.  Xdelah pulun banyak2.. Jgn lah selfish nak mentekedarah ikutkan hati. Nnti dh branak makanlah puas2 sampai muntah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2018 02:04 PM | Show all posts
black ni xde job eh .. rajin no buat video ank dia .. ngn #inibaruviral .. viral la sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.072006 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list