CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11239|Reply: 69

Scha Alyahya Kawal Pemakanan Lara Alana

  [Copy link]
Post time 20-7-2018 05:42 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengacara Scha Al Yahya amat menitik berat dan menjaga pemakanan puterinya, Lara Alana.
Scha berkata, tabiat pemakanan antara faktor yang menentukan tumbesaran yang sihat dan sempurna di kalangan kanak-kanak.
"Amalan pemakanan yang baik adalah penting bagi kesihatan dan perkembangan kanak-kanak bagi mencapai pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum.
“Ibu bapa memainkan peranan besar dalam mencorakkan tabiat pemakanan anak mereka dengan menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang kepada anak-anak
“Saya amat mengawal tabiat pemakanan Lara dan pastikan dia makan makanan yang berkhasiat dan juga memastikan dia makan banyak sayur-sayuran.
“Lara tak mempunyai masalah untuk makan sayur kerana saya telah biasakan Lara dengan sayur-sayuran sejak kecil.
“Saya amalkan konsep membiasakan Lara dengan pelbagai jenis makanan sejak kecil. Jadi apabila dia semakin besar, dia tidak memilih dan boleh terima apa sahaja makanan.
“Lara ni memang penggemar makanan. Dia memang suka makan. Sekarang ini saya kurangkan sedikit jumlah makanan yang diambil kerana dia banyak minum susu.
“Kalau beri nasi, saya hanya akan memberi nasi daripada beras jenis basmathi kerana ia mengandungi kurang kanji dan berkhasiat.
“Bagusnya, Lara tidak suka minum air manis. Dia hanya minum air kosong dan susu sahaja. Dia sangat suka minum air kosong.
“Lara tidak mengamalkan memakan apa-apa multivitamin. Saya tidak memberi vitamin tambahan kerana saya rasa dia sudah mendapat vitamin dan nutrien yang mencukupi daripada susu,” jelas Scha.
] Soal makanan ‘junk food’ seperti coklat, aiskrim dan gula-gula, Scha memberitahu seperti kanak-kanak lain Lara juga gemar makan makanan tersebut.
“Walaupun mengawal pemakanan Lara, saya tak pernah sekat kehendak Lara untuk memakan junk food kerana tak mahu dia membesar dengan tidak merasa makanan seperti itu.
“Tapi, apa yang saya praktiskan adalah menyatu dan kawal pengambilan makanan tersebut. Kalau Lara teringin makan coklat, aiskrim atau gula-gula, saya akan pastikan dia makan pada hujung minggu sahaja.
“Itu adalah cara saya mengawal tabiat pemakanan Lara dengan menetapkan garis panduan makanan yang boleh diambil dengan kerap dan makanan yang perlu diambil sekali-sekala sahaja,” kata Scha ketika ditemui di majlis pelancaran pek baharu susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady baru-baru ini.

Sumber: urtv.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo ok
Kempen susu dutch lady la.neh...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:40 PM | Show all posts
Lara memang comel..
complexion pun cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
JArang kanak kanak suka makan sayur .. well done Lara ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepatut Nya umur dah 4 tahun Kna kurang kan susu 2x sehari ja,  Ni Dia ckp Lara byk minum susu & dpt semua vit drp susu ,, salah la pemahaman ko ni scha ,,
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 20-7-2018 11:21 PM
Sepatut Nya umur dah 4 tahun Kna kurang kan susu 2x sehari ja,  Ni Dia ckp Lara byk minum susu & dpt ...


Biarlah, anak dia. Kita jaga anak masing2, sudah. Uol lupa kan Scha kata anak dia reti makan sayur?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2018 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik pulak Lara senyum kali ni. Pead anak aku baru bagitau yang budak2 chubby, kebanyakan  Melayu menghidapi penyakit kencing manis & hypertension seawal usia 7 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zuriey replied at 20-7-2018 11:21 PM
Sepatut Nya umur dah 4 tahun Kna kurang kan susu 2x sehari ja,  Ni Dia ckp Lara byk minum susu & dpt ...

sbb dia nk promote dutch lady tu. kena la ckp byk minum susu. patutnya umur gitu dah boleh minum fresh milk je. xyah formula sbb dah dpt nutrien drpd makanan kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2018 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya scha yg kena mimum byk susu..kurus sgt mcm kurang vitamin
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:47 PM | Show all posts
makin comel plak lara
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2018 11:48 PM | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 20-7-2018 11:37 PM
Rasanya scha yg kena mimum byk susu..kurus sgt mcm kurang vitamin

kan..makin kurus cengkung plak scha ni..ingatkan retis jinjang mana lah tdi..rupanya mak si lara nih
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab jadi duta..kalau tak, xdenye dia nk bagi susu dutchlady
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_jeangrey replied at 20-7-2018 11:37 PM
Rasanya scha yg kena mimum byk susu..kurus sgt mcm kurang vitamin

Hahahha. Boleh share2 la ngan lara..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
bluecrystal replied at 21-7-2018 03:59 AM
Sebab jadi duta..kalau tak, xdenye dia nk bagi susu dutchlady

Belum tentu dia bg lara susu dutchlady.. entah2 dia sedekah je susu dapat banyak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Lara ni likeable sgt. Sejuk je perut tgk
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
bluecrystal replied at 21-7-2018 03:59 AM
Sebab jadi duta..kalau tak, xdenye dia nk bagi susu dutchlady

Khen. Entah2 bg susu yg mahal tu. Enfa ke hape entah. Dutchlady ni acik2 marhaen je minum  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
iras muka awal si lara ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tomaz replied at 20-7-2018 11:04 PM
Lara ni likeable sgt. Sejuk je perut tgk

Kan? Xfaham kenapa ada yg sanggup kata dia mcm2 down syndrome la apa la just because tak suka mak bapak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Comey lara..sok besar curvy dia nih...bkn kerempeng mcm mak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
bluecrystal replied at 21-7-2018 03:59 AM
Sebab jadi duta..kalau tak, xdenye dia nk bagi susu dutchlady

Ducthlady bagus apa..kwn aku pakar pemakanan..bg talk sana sini pun minum susu ni.ada satu hr anak dia nk tin susu pekat utk kls seni..blh dia wasup aku minta tin kosong klu ada.rmh dia xpenah beli susu pekat manis..aku agak tkejut la..ko minum apa selama ni..kot buat milo ke mest pakai susu gak..dia ckp rmh dia minum ducthlady yg chocolate drink tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.450542 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list