syukur la ramai cina dah nampak cahaya kebenaran
Malam Rabu lalu adalah menjadi sejarah kepada dua sahabat baik Lee Chee Keong, 47, dan Tang Chew Then, 44, selepas melafazkan dua kalimah syahadah yang diajar mengucap oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Pejabat Agung PAS. Jalan Raja Laut. Dua kenalan rapat ini mengambil keputusan memeluk Islam selepas tertarik kepada keindahan Islam yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan tertarik dengan akhlak yang dibawa oleh orang Islam itu sendiri. Ustaz Tuan Ibrahim menamakan Lee Chee Keong ditukar nama kepada Mohd Salleh Lee dan Tang Chew Then kepada Husin Tang, beliau berharap kedua-dua rakan ini yang baharu sahaja bergelar muallaf mudah menimba ilmu pengetahuan tentang ajaran Islam sebenar.
|