View: 7511|Reply: 78
|
[Tempatan]
Surat Najib untuk CIA?
[Copy link]
|
|
DATUK Seri Najib Razak mendakwa, tidak pernah mengarahkan Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) menulis surat memohon sokongan Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu.
Bekas perdana menteri yang mengetuai Barisan Nasional (BN) menempuh kekalahan dalam tempoh 60 tahun mentadbir Malaysia pada PRU-14 itu, mendakwa tidak tahu mengenai surat yang diutuskan agensi terbabit, sambil menegaskan semua surat tidak semestinya melalui beliau.
“Saya terkejut. Saya tidak tahu pun kewujudannya. Bukan semua surat kena lalu saya,” katanya seperti dilaporkan portal dalam talian, Malaysiakini, semalam.
Mengulas lanjut, Najib mendakwa, agensi kerajaan termasuk yang berkaitan dengan hal ehwal risikan, mempunyai kuasa autonomi untuk menjalankan tanggungjawabnya berdasarkan pertimbangan sendiri.
“Sementara saya tidak ada peluang untuk lihat surat itu, apa yang dilaporkan media mencadangkan surat bagi mendapatkan sokongan berterusan AS untuk kerajaan Malaysia jika BN menang dalam pilihan raya bagi tujuan kestabilan selepas pilihan raya.
“Apa yang dilaporkan surat itu tidak dilihat mendapatkan bantuan AS untuk menang pilihan raya, tetapi selepas pilihan raya,” katanya.
Najib menyifatkan, surat terbabit mungkin dihantar agensi terbabit dengan niat memelihara kestabilan negara jika kerajaan (BN) memperoleh kemenangan tipis.
“Mungkin media dapat mendedahkan keseluruhan surat itu supaya orang ramai, termasuk saya, lebih faham,” katanya.
Surat tiga halaman bertarikh 4 Mei itu, ditandatangani Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan JPM, Datuk Hasanah Ab Hamid, diutuskan kepada Gina Haspel selaku Pengarah CIA (Lantikan) ketika itu.
Menerusi surat terbabit, MEIO meminta AS terus menyokong pentadbiran Najib, jika BN menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam PRU-14.
Menerusi surat itu, MIEO menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS serta akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.
Tanpa kehadiran Najib sebagai pemimpin negara ini, agensi itu memberi gambaran yang AS bakal kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia Tenggara, memandangkan Filipina sudah memutuskan ikatan dengan AS, sementara Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk memberi impak, manakala Thailand serta Indonesia pula terlalu sibuk dengan masalah domestik masing-masing.
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ketika itu mengetuai barisan pembangkang pula disifatkan sebagai anti-Barat, anti-Yahudi, autokratik, menutup mulut pengkritik dengan keras, dan mengabaikan sama sekali hak asasi manusia dan pemerintahan berdasarkan undang-undang.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Julai 2018 @ 11:25 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-7-2018 04:04 PM
From Hasanah with love
head letter meio/gomen memang simple macam tu ke?
p/s: ada letak bedak plus seal pakai air liur tak ? gurau je |
|
|
|
|
|
|
|
how dare youuuu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu ke gambar Datuk Hasanah?
|
|
|
|
|
|
|
|
yup. bekas ketua spy malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis2 nak menjilat sana sini...tak sedar ke US tu dah meluat dengan kerajaan under DSN... |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 21-7-2018 12:21 AM
yup. bekas ketua spy malaysia.
Spy tongong, mana ada spy agency dlm dunia ni siap letak nama negara gituh, depa pakai code aje macam UK pakai nama MI6, india pakai nama RAW, even Paki nan tongong pun letak nama ISI aje ... |
|
|
|
|
|
|
|
Weird pakai her excellency smpai habis. I igtkn pakai tittle kehormat tu first sentence jek |
|
|
|
|
|
|
|
Tindakan menjemput campuran asing gitu boleh didakwa sebagai treason tuh, khianat pada YDPA ... |
|
|
|
|
|
|
|
Pixie902 replied at 21-7-2018 12:20 AM
Tu ke gambar Datuk Hasanah?
Ha'ah, that's the Toad lady |
|
|
|
|
|
|
|
Badly written je..xmcm kalau org2 kementerian luar negeri selalu hantar..memalukan je kalau surat ni mmg sahib dihantar sbb mmg content out. Penggunaan kata salutation pon sesuka hati je letak. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw, Gina Haspel tu lah yg mencipta water boarding torture dan provok tahanan2 Moslem dengan bogelkan mereka dan suruh anjing jilat dsb |
|
|
|
|
|
|
|
Surat kak hasanah
|
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa ...jawapan dari.pihak najib ...
Btw....apa kata penyokong2 umno dalam.ni............ |
|
|
|
|
|
|
|
Kokesen makan ke surat jilat camni sis? Saya syak si gina buat lap jewbo jah
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapan standard dia lah tu kan "Saya tak tahu" |
|
|
|
|
|
|
|
sila terinzal wahai cai cai. derma 2.6 b dah tak berkumandang diudara .sekarang sila balik terpancut dgn surat layang cia |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq replied at 21-7-2018 07:17 AM
sila terinzal wahai cai cai. derma 2.6 b dah tak berkumandang diudara .sekarang sila balik terpancut ...
nak guna 1mdb dah tak laku nak divert attention. puak2 ni bkn tau protokol, top secret apa semua tu. silap2 habis semua rahsia negara bocor |
|
|
|
|
|
|
|
geli nya duk your excellency dari mula sampai habis..memang surat gomen camni ke even in english |
|
|
|
|
|
|
| |
|