CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 559|Reply: 1

[Dunia] 14 cedera, lelaki mengamuk secara tiba-tiba

[Copy link]
Post time 21-7-2018 06:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BERLIN - JERMAN. Kira-kira 14 cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau melancarkan serangan di dalam sebuah bas di Lubeck, Jerman menurut polis, hari ini.

Menurut saksi, seorang penumpang menjatuhkan beg galasnya sebelum dia mengamuk secara tiba-tiba dalam bas yang sarat membawa penumpang ketika itu.

Susulan kejadian itu, pemandu bas terpaksa memberhentikan bas serta-merta dan membuka pintu bagi membolehkan penumpang lari keluar menyelamatkan diri.

Difahamkan, polis tiba di lokasi kejadian dalam tempoh beberapa minit selepas dihubungi.

"Dia berjaya diberkas pihak berkuasa," kata jurucakap polis yang turut menafikan laporan awal bahawa seorang terbunuh dalam kejadian itu.

Suspek dipercayai warga Iran berusia dalam lingkungan 30-an.

Beberapa media tempatan melaporkan lelaki itu turut membawa senjata api, namun perkara itu belum disahkan. - The Mirror
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 07:01 AM | Show all posts
nasib baik tak bawak bom
letopkan bas..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.059042 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list