CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 5

[Tempatan] Tun Mahathir percaya SST kurang bebankan rakyat

[Copy link]
Post time 21-7-2018 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kurang membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan kerajaan terdahulu.

Katanya, dari segi jumlah kutipan, SST hanya memungut RM20 hingga RM25 bilion berbanding RM42 bilion pungutan GST.

"Bermakna, rakyat diselamatkan sebanyak RM20 bilion kerana kita amalkan SST," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Bersatu, hari ini.

Dr Mahathir turut menyangkal dakwaan kononnya SST akan menaikkan harga barang kerana banyak barangan tidak dikenakan cukai berkenaan.

Tegasnya, banyak barangan yang dahulunya dikenakan GST tidak dikenakan SST, sekali gus rakyat menanggung beban yang lebih ringan daripada pengenaan SST.

Dr Mahathir berkata, GST digunakan untuk mengaut kekayaan, namun rakyat terpaksa membayar cukai terhadap barangan keperluan harian mereka.

"Tidak ada asas yang mengatakan SST akan menaikkan harga (barang) kerana bukan jumlah SST itu sebanyak 16 peratus atau pun 10 peratus, ada barang tertentu yang tidak dikenakan SST sama sekali dan ada yang dikenakan hanya lima peratus ataupun 10 peratus bergantung kepada item yang terbabit," katanya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sebelum ini mengumumkan bahawa, dibawah pengenalan semula SST, peruntukan untuk perkhidmatan akan dikenakan cukai enam peratus manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus - sama seperti dilaksanakan sebelum GST dimulakan pada 1 April 2015.

Mengenai terdapat badan profesional yang kecewa kerana tidak diberi ruang oleh kerajaan untuk terbabit dalam perbincangan mengenai rang undang-undang draf SST, Dr Mahathir berkata, mereka boleh menemui Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) bagi memberikan sebarang cadangan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri  berkata, CEP sudah mengadakan banyak pertemuan dengan pihak berkepentingan (stake holders) dalam membuat sebarang keputusan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang bila gst zero banyak barang turun harga. ..selama aku beli tak pernah ada barang yang naik berbanding masa wujud gst dulu . ...tq PH sebab hapuskan gst. ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-7-2018 07:06 AM
Memang bila gst zero banyak barang turun harga. ..selama aku beli tak pernah ada barang yang naik be ...

In case rs x puas hati ada barang naik walau gst 0 bole pg repot kt link bawah

https://eaduan.kpdnkk.gov.my

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
roy3 replied at 21-7-2018 07:27 AM
In case rs x puas hati ada barang naik walau gst 0 bole pg repot kt link bawah

https://eaduan.k ...

Tq. .................





.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa.. nanti harga barang naik gila2 pon, macai2 akan jawab asalkan umno tumbang je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2018 09:09 AM | Show all posts
Beza sgt byk sebelum dan selepas.
Sebab Kakak belanja barang dapur Seminggu Sekali.

Penurunan Penggunaan Wang kakak beza sangat sekarang.
Nasib baik aisbox cukup utk Seminggu punya makan, Kalau Sebulan boleh masuk,
Sebulan kakak belanja sekali arung.

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066919 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list