CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 412|Reply: 0

[Tempatan] Serambi Kreatif:Padah 'bom' sekolah sendiri

[Copy link]
Post time 21-7-2018 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU – Tiga remaja berusia 15 tahun yang dipercayai terlibat dengan insiden membaling mercun di sebuah sekolah Penambang berjaya ditahan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, hasil daripada siasatan yang dijalankan sebaik menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, pihaknya berjaya menjejak dua daripada remaja tersebut.

“Kita berjaya mengenal pasti tiga suspek yang juga pelajar di sekolah yang sama. Dua daripada mereka telah ditahan masing-masing di Kampung Mesira, Tumpat pada jam 3.30 petang dan Kampung Sungai Keladi di sini.

“Mereka dibawa ke IPD Kota Bharu untuk siasatan lanjut, manakala seorang lagi suspek menyerah diri jam 10 malam tadi,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan tiga bertindak melarikan diri ketika siasatan polis berhubung kes letupan ‘bom’ buatan yang berlaku di sekolah tersebut semalam.

Dalam kejadian tersebut, cermin tingkap bilik disiplin dan kaunseling sekolah pecah akibat letupan yang dipercayai bom buatan dari mercun bola.

Dalam perkembangan yang sama, Ismail juga memberitahu, bom buatan sendiri tersebut dipercayai dihasilkan menggunakan belerang dari 80 mercun bola yang di campur dengan karbida.

“Bahan tersebut dipercayai diisi dalam cawan plastik sebelum dibalut dengan getah tiub motosikal.

"Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian tersebut.

“Ketiga-tiga mereka direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api atau bahan letupan,” katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.660380 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list