CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 534|Reply: 1

[Tempatan] Tak perasan

[Copy link]
Post time 21-7-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Nilai: Seorang pekerja kilang kayu di Kawasan Perusahaan Nilai di sini, maut dilanggar lori yang dipandu rakan sekerjanya, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.15 malam, S Ganesan, 31, maut akibat parah di kepala.

Sumber polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori dipandu rakan mangsa berusia 51 tahun cuba mencari kedudukan sesuai untuk menurunkan muatan kayu.

“Bagaimanapun, pemandu dikatakan tidak menyedari mangsa melintas di hadapan lori dan melanggarnya.

“Keadaan persekitaran yang gelap menyebabkan pemandu hanya menyedari kejadian selepas dimaklumkan rakan sekerja lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban untuk dibedah siasat dan sampel darah pemandu lori diambil untuk ujian toksikologi bagi mengesan sama ada dia di bawah pengaruh dadah atau alkohol.

“Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 7:03 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2018 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah.. nahas sekelip mata je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.058054 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list