CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7663|Reply: 108

[Tempatan] Kami bawa di lorong kanan bukan soal bangga diri- Mat Motor Besar

[Copy link]
Post time 22-7-2018 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KEPALA BATAS- "Kami bukan sengaja bawa di lorong kanan, ia adalah demi keselamatan kami dan pengguna jalan raya yang lain", demikian tegas Persatuan Gabungan Permotoran Utara Malaysia, Datuk Muhammad Adam Rao Abdullah.

Beliau berkata demikian menjawab mengenai kritikan sesetengah netizen tentang tindakan penunggang motosikal berkuasa besar yang didakwa mereka seringkali menggunakan laluan di bahagian kanan terutamanya ketika melalui lebuh raya.

Menerangkan mengenai perkara ini, Datuk Muhammad Adam Rao berkata ia tidak timbul soal sombong, bongkak atau riak sebaliknya tindakan tersebut untuk keselamatan semata-mata.

“Ada memang ada saya lihat segelintir masyarakat seringkali menyalahkan penunggang motosikal kuasa besar ini, saya nak terangkan, motosikal kuasa besar ia perlu ditunggang atas daripada 100km, sekiranya kami tunggang bawah daripada kelajuan itu, ia akan merosakkan motosikal.
PGPUM menghimpunkan semua peminat motosikal tanpa mengira motosikal kuasa tinggi atau sederhana atau bercasis rendah.

“Sekaligus memungkinkan motosikal akan rosak disebabkan enjin akan mengalami masalah, ia bukan soal sombong atau besar kepala,” katanya.

Katanya, bagaimanapun dirinya tidak menyalahkan netizen berkaitan perkara ini sebaliknya lebih suka kepada kaedah menerangkan.

“Saya tak salahkan netizen, mungkin mereka tidak tahu, ini soal keselamatan, bukan saja keselamatan kami malah keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

“Sekiranya konvoi, marshall tak semestinya guna lorong kanan, kita tengok lorong mana yang sesuai, Alhamdulillah, setakat ini dapat kerjasama baik daripada pengguna jalam raya yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rumah terbuka anjurannya di Kompleks Sukan MPSP, Bertam kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai Persatuan Gabungan Permotoran Utara Malaysia (PGPUM), katanya dengan tertubuhnya persatuan ini pihaknya berhasrat untuk menghimpunkan segala kelab, persatuan permotoran tanpa mengira casis.

“Untuk majlis ini kita jemput semua, Alhamdulillah, ramai yang datang, bukan saja daripada motosikal berkuasa tinggi, malahan ada kelab motosikal yang bercasis rendah juga ada hadir.

“Inilah tujuan kita, kita ingin mengeratkan hubungan silaturahim dengan semua, kita mahu bersama-sama berkongsi pandangan sesama kelab di bawah PGPUM ini,” katanya.

Kongsi berita ini:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 04:50 PM | Show all posts
“Ada memang ada saya lihat segelintir masyarakat seringkali menyalahkan penunggang motosikal kuasa besar ini, saya nak terangkan, motosikal kuasa besar ia perlu ditunggang atas daripada 100km, sekiranya kami tunggang bawah daripada kelajuan itu, ia akan merosakkan motosikal.


kalau bwa lebih 120km ckp cmni kt JPJ polis trafik, agak2 dia lepaskn ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli moto besar race kt track la.....bkn setakat atas 100kmj nk tergolek dog pun xde sapa kesah, ni x dah la ganggu flow trafik pastu buat jalan mcm bapak dia punya mmg la org lain naik hangin
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:04 PM | Show all posts
siapa yang dengki kat geng moto besar ni?... aku OK ja bagi laluan sebab dorang ni ada otak, bukan spesis bodoh macam rempit tu...

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Woii bodoh... Ko bawak lane kanan, bak tanya.. Berapa ko bayar harga tol jalan tersebut....? Berapa mahal ko bayar roadtax berbanding keta kitorang... Nak mengadap perasan bagus motor ko tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:31 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-7-2018 05:04 PM
siapa yang dengki kat geng moto besar ni?... aku OK ja bagi laluan sebab dorang ni ada otak, bukan s ...

hoi otakless..... yg isunya depa ni dok lorong laju block orang nak potong pun tak bolehh.... padahal org dah bagi beam depa buat bodo saja.... faham tu mangkok ? pi tengok video berkenaan

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2018 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Motor2 besar ni ada bayar tol ke kat highway?
Kalau tak sila ketepi jgn nak berlagak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam bandar pandai pulak bwk bh 100kmh. Ada logik ke pakai excuse moto rosak klu bawak pelan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gang konvoi mmg menyusahkan
Tu je nak cakap
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:48 PM | Show all posts
moto besar otak kecik ini mamak

aku biasa je ride superbike santai2 bawah 100, tak rosak pun engine



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 05:58 PM | Show all posts
cecari replied at 22-7-2018 05:31 PM
hoi otakless..... yg isunya depa ni dok lorong laju block orang nak potong pun tak bolehh.... pada ...

Yg ko emo tak pentu pasal macam kena rasuk setan sebab aku kutuk rempit dah kenapa?

Kan aku kata aku OK ja beri laluan geng moto besar kalau dorang nak laju. Reti baca tak?



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 07:38 PM | Show all posts
Ikut kiri kecuali memotong. Kalau semua orang paham ayat ni je dah cukup. Baik moto ke, kete ke, kapal selam ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-7-2018 05:04 PM
siapa yang dengki kat geng moto besar ni?... aku OK ja bagi laluan sebab dorang ni ada otak, bukan s ...

Ko bagi mat motor besar tuu mesti ko nak ngorat yee.. mesti tersenyum sumbing sambil tunjuk ummah lemari pd mat moto tuu kih kih kih
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
semasa depa nk menjual/membeli...x terfikir ke jalan dan had laju kat Msia ni camner???
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 22-7-2018 05:04 PM
siapa yang dengki kat geng moto besar ni?... aku OK ja bagi laluan sebab dorang ni ada otak, bukan s ...

Ada otak ke kalau tetiba tahan kenderaanlain supaya geng2 diorgdpt lepas, dah mcm polis trafikyg tahan pengguna lain sb nk bg menteri pemalas lepas dulu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:06 PM | Show all posts
krustykrab replied at 22-7-2018 08:01 PM
Ada otak ke kalau tetiba tahan kenderaanlain supaya geng2 diorgdpt lepas, dah mcm polis trafikyg t ...

kalau demi keselamatan yang macam rela buat tu mungkin boleh diterima....

tapi kalau ikut suka mak bapak tu memang wajib dikecamlah....

tengok case by case...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom kita ramai2 desak kerajaan kenakan byaran tol kepada motor berkuasa tinggi.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tipu je alasan nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tanya whyzul jap apa kata die betul ke moto blh rosak bwk slow
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 22-7-2018 05:40 PM
Dalam bandar pandai pulak bwk bh 100kmh. Ada logik ke pakai excuse moto rosak klu bawak pelan.

Motornya rosak klu kt hiway je kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.436529 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list