CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4404|Reply: 56

[Tempatan] Akibat potong barisan lelaki 'digergaji' , cash la kan

  [Copy link]
Post time 22-7-2018 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
HANYA kerana memotong barisan di Pusat Pemeriksaan Imigresen Woodlands, Singapura, seorang lelaki berdepan risiko cacat kekal di tangan kirinya termasuk ibu jarinya tidak boleh digerakkan akibat dipukul dengan gergaji oleh penunggang motosikal lain.

Dalam kejadian jam 3.30 petang pada 31 Mei lalu, Lai Kok Thon, 22, menunggang motosikal Yamaha R25 untuk pulang ke Malaysia selepas tamat bekerja sebagai pekerja penghantaran barang di republik itu.

Lai berkata, ketika itu dia memotong barisan di laluan pemeriksaan sebelum seorang penunggang motosikal berusia 40-an berang dan melanggar bahagian belakang motosikalnya.

Katanya, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki berkenaan mengeluarkan gergaji dari kotak barang di motosikalnya.

“Memotong barisan adalah perkara biasa yang berlaku di Woodlands dan saya tidak sangka ia memudaratkan saya. Selepas melihat lelaki itu mengeluarkan gergaji, saya mahu beredar tetapi dia menjerit supaya menunggu dia di Johor Bahru.

“Kira-kira jam 4.30 petang (hari sama), ketika saya melepasi laluan keluar di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, saya nampak dia menunggu saya. Saya memberhentikan motosikal untuk berbincang, tetapi dia cuba memukul menggunakan gergaji.

“Saya secara spontan menumbuk muka lelaki itu untuk mempertahankan diri, namun saya dilibas dan dipukul menggunakan gergaji,” katanya ketika ditemui di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru, hari ini.

Lai berkata, lelaki itu kemudian melarikan diri sebelum seorang pemandu kereta berhenti dan membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk rawatan.

Menurutnya, dia kemudian dirujuk ke Pusat Perubatan Kempas dan menerima 24 jahitan pada tangan kirinya yang cedera.

“Saya juga mengalami kecederaan dalaman seperti kerosakan saraf menyebabkan ibu jari kiri tidak boleh digerakkan. Saya mendapat cuti sakit selama dua bulan hingga akhir bulan ini.

“Kos perubatan menelan belanja RM22,000 dan doktor memberitahu saya perlu menjalani satu lagi pembedahan jika mahu ibu jari kembali pulih,” katanya.

Menurutnya, dia kesal kerana tiada sebarang tindakan atau perbincangan dilakukan selepas membuat laporan polis walaupun identiti lelaki itu berjaya dikesan menerusi nombor pendaftaran motosikalnya iaitu Yamaha 135LC.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor Bahru Michael Tay Chee Boon berkata, pengadu memohon bantuan untuk menyelesaikan kes terbabit dan berharap lelaki itu tampil untuk berbincang atau membayar kos perubatan berjumlah RM22,000.

“Pengadu hanya mahu lelaki tampil berbincang dan membantu menanggung kerugiannya mencecah RM22,000 bagi merawat kecederaan,” katanya.

Pada masa sama, Michael menghubungi Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais dan diberitahu dua saksi berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan, esok.

Dalam perbualan telefon itu, Shahurinain berkata, siasatan kes berkenaan masih dijalankan.

“Kita sedia maklum dengan kes yang dinyatakan dan ia masih dalam siasatan. Kita akan memanggil dua saksi kejadian untuk mengambil keterangan mereka, esok,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Julai 2018 @ 4:30 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman sekarang manusia cepat stres sehingga sukaati gergajikan org
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Potong barisan sgt
Org tunggu.lama..kau plak.bleh.pikir perkara biasa....
Kiasu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya lelaki tu dh lama perhati tu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
masing2 xde kesabaran..
lelaki yang bawak gergaji tu mgkn panas hati sangat masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 22-7-2018 09:04 AM
Potong barisan sgt
Org tunggu.lama..kau plak.bleh.pikir perkara biasa....
Kiasu

sib baik bkn..."ko potong barisan...aku potong ko ngn gergaji ni...."...perkara biasa..katanya kiasu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah, semua org nak cpt gak bro. Ko sibuk nak potong queue. Iols x mampu nak kesiankan chuols sbb iols sendiri yg menempa nya. Tp mcm melampau lah nak gergaji kan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
potongbarisan adalah perkara biasa? selpis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 22-7-2018 09:53 AM
sib baik bkn..."ko potong barisan...aku potong ko ngn gergaji ni...."...perkara biasa..katanya kia ...

Dia pikir cm semua.nak bg jalan kat dia..
Padahal.org lain.pon sama.je..
Kalau.kat sini dh.siap.rakam.separuh.jalan.serupa.org.lain.salah kat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 22-7-2018 09:05 AM
Agaknya lelaki tu dh lama perhati tu...

bleh jadi gak...kot selalu dah perati mamat ni dok potong queue,mungkin masa balik keja diorg lebih kurang ke...tak pun, panas hati asyik tgk org2 dok potong queue sampai kesabaran dh abis limit aritu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni sama spesis laki hanis zalikha ape nama lembam tuqq
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Cash acah2 victim pulak ke sis? Polis pon senyum sinis barangkali?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 10:53 AM | Show all posts
kaum ni, kalau tak jump q, dorang lawan arus

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
BoongaKertas replied at 22-7-2018 10:07 AM
Ya Allah, semua org nak cpt gak bro. Ko sibuk nak potong queue. Iols x mampu nak kesiankan chuols sb ...

Kau tak baca dia kata memotong barisan adalah perkara biasa di woodlands.....so, dia masih rasa dia tak bersalah lah kannn
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 11:11 AM | Show all posts
onexox97 replied at 22-7-2018 08:52 AM
zaman sekarang manusia cepat stres sehingga sukaati gergajikan org

stress gaji sikit tapi tanggungan banyak.selain daripada tak sekolah tinggi punya pemikiran..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 11:13 AM | Show all posts
shernazz replied at 22-7-2018 09:05 AM
Agaknya lelaki tu dh lama perhati tu...

tak mungkin sebab motor yg masuk/keluar dari imigresen terlalu ramai macam semut,masa kan boleh perhati dan cam.yg saya yakin,dia stress dengan kehidupan kerana gaji tidak dapat menandingi tanggungannya.tak dilupakan,kerana tidak sekolah. sebab biasanya org yg tak sekolah shj yg sikap macam ni,yelah,jenis fikirkan singkat
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 11:16 AM | Show all posts
konon taiko habis la tu dah potong q, orang sound ko ajak bertumbuk kat jb
last2 kena gergaji

taiko taik kucing

babi la pangai potong2 q ni




Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada barisan ke pon kat immi woodlands tu? Org akan menyelit selagi boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 11:37 AM | Show all posts
jcopy replied at 22-7-2018 11:16 AM
konon taiko habis la tu dah potong q, orang sound ko ajak bertumbuk kat jb
last2 kena gergaji

hehe..serve him right(the chinese)..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.537308 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list