CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 749|Reply: 8

[Tempatan] Bersatu, PKR dan Amanah juga adik beradik Umno: Annuar

[Copy link]
Post time 22-7-2018 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA - Umno bukan hanya dua beradik dengan Pas tapi Umno juga adik beradik dengan Bersatu, PKR dan Amanah.

Itu yang ditegaskan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa apabila beliau bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang mengatakan Umno dan Pas seperti dua beradik.

Memetik laporan FMT, Annuar menyatakan ia adalah satu perkara yang baik serta mengakui bahawa Pas dan partinya berasal dari dasar dan parti yang sama.

“Betul. Saya setuju cumanya saya nak kata Umno bukan sahaja dua beradik dengan Pas, tetapi kita ada lima beradik. Ini termasuk Bersatu, PKR dan Amanah.

“Semuanya berasal dari Umno. Kalau Dr Mahathir kata dua beradik kita sebenarnya ada lima beradik. Tak ada masalah,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas, Umno macam adik beradik: Tun M]

Semalam Dr Mahathir berkata beliau tidak pelik dengan langkah Pas memberikan laluan kepada Umno untuk bertanding satu lawan satu dengan PH di Dun Sungai Kandis.

“Mereka memang dua beradik,” katanya ringkas ketika diminta mengulas langah Pas tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil 4 Ogos ini.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Bebas.

Pengesahan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Dun N49 Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di Dewan Besar Tanjung Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 19, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiga penjuru di PRK Sungai Kandis]

[ARTIKEL BERKAITAN: PRK Sungai Kandis: Pas sah tak bertanding]

Calon PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni menentang calon BN, Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K Murthy.

PRK Sungai Kandis diadakan berikutan kematian penyandang, Mat Shuhaimi Shafiei, 50, pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Annuar menambah, dalam politik sesebuah parti bukan sahaja boleh berbeza pendapat dengan parti yang lain, tetapi jika ada ruang ia juga boleh menjalinkan kerjasama dengan parti lain itu, dan beliau tidak menolak kemungkinan tersebut.

Kemungkinan itu katanya, termasuklah kerjasama bukan sahaja dengan Pas, tetapi juga dengan PKR, Bersatu dan Amanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 03:34 PM | Show all posts
politik .........
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 03:40 PM | Show all posts
betul juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Semuanya serpihan UMNO...paling byk memecahkan UMNO...Mader laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:27 PM | Show all posts
bila dah lemah mula lah mengaku sedara...


PAS tak bertanding sebab beri laluan pada UMNO?....

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu gen dia orang ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2018 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu gen dia orang ....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2018 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba kalau semua nya bergabung termasuk PAS...its a nightmare for DAP. kahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2018 09:48 PM | Show all posts
Dapig Jgn sombong sgt.  Kau dah lupa langit Tanah Melayu ni ye?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.067214 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list