View: 5307|Reply: 83
|
[Tempatan]
Sudah sampai masanya Melayu ditegur
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Sudah sampai masanya teguran dibuat kepada bangsa Melayu terutamanya golongan profesional yang sudah terlalu selesa dengan kemudahan yang mereka peroleh.
Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr Mohd Rosli Saludin berkata, golongan yang sudah terlalu selesa dilihat tidak mahu turun ke bawah melihat apa yang sebenarnya berlaku kepada orang Melayu.
Menurutnya, bangsa Melayu juga kurang membuat penyelidikan tentang apa yang berlaku sekarang dan lebih suka hanya ‘tunggu’ dan ‘lihat’.
“Jati diri Melayu makin terhakis dan kurang sikap ambil tahu hal bangsa… mereka (bangsa Melayu) lupa soal musyawarah dan muafakat… lupa soal adab dan budi. Walhal nenek moyang dulu banyak tinggalkan azimat supaya Melayu bersatu dan ada semangat sayang bangsa.
“Melayu dulu sudah ada kemajuan hebat dan minda besar. Contoh mereka sudah pandai buat pistol iaitu terakol, sudah pandai buat senapang iaitu istinggar, sudah pandai buat meriam iaitu lela rentaka.
"Kita kena jadi bangsa pencipta seperti dulu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.
Mohd Rosli berkata, Melayu perlu kembali menjadi hebat dan berani dalam pelayaran.
Menurutnya, dulu Melayu terkenal serata dunia dan beliau sangat berharap agar bangsa Melayu kini dapat mengembalikan semula semangat berkenaan.
“Jadi nilai-nilai murni Melayu lama yang jana kehebatan perlu ada semula. Kalau Melayu masih lagi tidak berubah sikap, Melayu akan pupus… yang tinggal Melayu sebagai bahan sejarah dan tontonan sahaja.
“Melayu tidak perlu marah-marah. Kita perlu bersatu bergerak ke depan dan masih belum terlewat lagi untuk berubah,” katanya.
Menurutnya, Melayu perlu satu badan atau gerakan yang menggambarkan kesatuan Melayu.
“Kita lihat bangsa Cina sahaja, terdapat 9,000 persatuan di bawah Dong Ziong. Melayu perlu ada seperti ini. Setidak tidaknya di bawah raja Melayu atau pemimpin kaum,” katanya.
Mohd Rosli berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan bangsa Melayu perlu berani melakukan perubahan minda secara radikal dalam mengharungi cabaran landskap negara yang kini telah berubah secara fizikal, sosial, ekonomi dan politik.
[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Nazrin tuntut bangsa Melayu ubah minda]
Dalam titah baginda, baginda mengingatkan orang Melayu yang gagal melakukan pengubahsuaian minda untuk menghadapi senario baru dalam negara, dibimbangi akan menghadapi nasib kepupusan seperti dinosaur. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Simunggu at 23-7-2018 08:13 AM
hehehe..org melayu pun dah ramai tak reti cakap melayu....
" I look stupid if I'm talking in malay"
|
|
|
|
|
|
|
|
ini pandangan tun mahathir
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nobito at 23-7-2018 08:29 AM
Aku setuju dengan kata Tan Sri Raise Yatim. Jika Suruh Melayu berubah, institusi Beraja Multiracial juga perlu berubah jadi Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu yg main isu Melayu ni UMNO sekarang Sultan2 Multiracial pula yang api2 kan isus Melayu sambil menyanyi lagu Anak Kecil Main API.
Apa pendapat KJ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu kuat makan rasuah Cina termasuk Sultan2 Melayu terutama Sultan negeri Bauksit Dan Sultan negeri Arak. |
|
|
|
|
|
|
|
golongan melayu marhaen jugak yg salah dan lemah..yang di atas atas tu baik baik suci suci wangi wangi belaka. hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Siti_Mustaqim at 23-7-2018 08:43 AM
apa kata yg diatas atas tu ikhlas kan hati membantu mengangkat org melayu. sikap peribadi yg diatas tulah menyebabkan melayu nampak hina dina. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih umno.
Propesenel bukan terhakis jatidiri. Tp menjauhkan diri dari budaya membawang sampai hangit, atau bermusyawarah di bawah naungan anjing2 bodo.
Bila persatuan/ngo kaum cina di terajui org yg dihormati, persatuan/ngo kaum melayu diterajui pailang kampung, bodoh Tak boleh di ajar, half-wit narcissists.
Tq to umno. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahaha... aku ketawaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Yea, memang patut ditego. Bila kau nak kaji balik Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa lain semua dipijak oleh melayu takde pulak takut sampai melatah sana sini |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak. Kita bakal dijajah ayam china
|
|
|
|
|
|
|
|
Melayu ke hulu ke hilir hujung2 cina gemok jho low jugak yg kau suap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Fakta sejarah melayu itu profesor tak lengkap. Sebenarnya senjata api jenis bedil pertama dunia adalah ciptaan melayu. Diguna dalam serangan ke atas ceylon tahun 1236. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah berubah..tapi diri sendiri kena fikir..berubah kebaikan atau keburukan........ jgnlah berubah ke western sgt............. ambik mana yg baik utk melayu dan islam. Kalau yg berubah ke western sgt atau extreme islam sgt...itu rasanyer silap diri sendiri lah kan...... pandai pandai lah adjust patah balik.
Tapi jgnlah melayu sombong taknak berubah langsung..macam melayu ni lah bangsa paling bijak/islam/suci dlm dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Bahalol. Tak pernah ada sultan nyanyi itu lagu.
|
|
|
|
|
|
|
|
P
Edited by pokaibanktokyo at 23-7-2018 11:22 PM
Bauksit sana semua sultan yang bolot la ngok. Cina kuat makan nasi soup kitchen melayu lu tak heran pulak? Tuan melayu yang terima ufti jugak engko nak bebel
|
|
|
|
|
|
|
|
Repeating crossbow jugak adalah ciptaan melayu empayar zabag naungan kedah. Seperti bedil ia pertama kali dicatat oleh pihak ceylon ketika serangan oleh tentera maharaja zabag yang diterajui raja bawahan dari tambralingga bernama chandrabanu di tahun 1236 atau 1247 |
|
|
|
|
|
|
| |
|