SUAMI isteri berdepan detik cemas apabila diserang sebelum kenderaan yang dinaiki mereka dilarikan lelaki di depan kedai serbaneka di Aman Suria, Petaling Jaya, Isnin lalu.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dankemudian tular di media sosial dan WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebelum menyerang pasangan terbabit, suspek terlebih dulu menyerang pekerja kedai serbaneka warga Bangladesh ketika cuba menyamun wang dari kaunter.
“Kejadian berlaku 9.30 pagi, ketika cuba mendapatkan wang dari kaunter, suspek menetak pekerja kedai serbaneka berkenaan menggunakan parang,” katanya.
Ketika itulah lelaki berusia 30 tahun masuk ke dalam kedai sementara isterinya menunggu di dalam kereta.
“Suspek kemudian menetak lelaki terbabit dan merampas kunci kereta miliknya. Mangsa yang cedera kemudian melarikan diri ke dalam stor namun apabila menyedari keretanya cuba dilarikan, mangsa bersama isterinya menyerang suspek.
“Namun, suspek berjaya masuk ke dalam kereta dan cuba memandu meninggalkan lokasi kejadian, manakala wanita terbabit cuba menghalangnya dengan masuk semula ke dalam kereta, tetapi keluar dari kereta selepas menyedari dia gagal menghalang suspek,” katanya dalam satu kenyataan, Petaling Jaya, hari ini.
Mohd Zani berkata, hasil semakan mendapati motosikal yang digunakan suspek dipercayai dicuri.
“Mangsa yang cedera di muka dan tangan kanan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan manakala isterinya tidak mengalami kecederaan.
“Manakala, pekerja warga Bangladesh itu hanya calar di bahagian lengan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Julai 2018 @ 12:21 PM
Post time 23-7-2018 08:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kat puchong neh india kerap buat jenayah..
Pastu kat area kedai baru tu..punya banyak.kedai.india...cuci duit ke apa.tak tau la
Bengkel..tinted ...kedai runcit..kedai makan...car wash..kedai.jahit...cm semua.bukak.slow slow smpi.nampak.dia aje yang niaga...
Cm ada geng gitu.mserupa satu hati ..ape tah lagi..36 ke apa