CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 369|Reply: 0

[Tempatan] Sekadar tiga emas olahraga Sekolah ASEAN

[Copy link]
Post time 23-7-2018 09:00 AM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR 22 Julai - Malaysia mempamerkan peningkatan dengan beroleh tiga pingat emas pada hari kedua olahraga Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (ASG) Ke-10 di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil sekali gus mengekori pendahulu Indonesia.;Hanya Ngu Ing Biao, Muhammad Ilham Suhaimi dan kuartet pecut lelaki memastikan lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar hari ini setelah masing-masing mengungguli acara lempar cakera, 400 meter dan 4x100 meter.

Ing Biao mencatatkan 55.94 meter untuk mengatasi atlet Singapura, Jonathan Low dan Bandit Singhatongkul (Thailand) yang masing-masing hanya terdaya melakukan lemparan sejauh 54.70 dan 53.76 meter.

Ilham pula mencatat 47.41 saat untuk menguasai perlumbaan 400 meter lelaki sambil menumpaskan Tran Nhat Hoang dari Vietnam, 48.16 saat dan Dewa Radika Sya, 48.74 saat.

Ilham yang kemudian bergandingan dengan Rusleem Zikri Putra Rosli, Muhammad Azem Fahmi dan Aiedel Sa'don, menundukkan kuartet 4x100 meter Indonesia dan Thailand dengan kepantasan 41.07 saat manakala kedua-dua lawan, 41.20 dan 41.28 saat.

Agak malang buat Malaysia apabila foto penamat menafikan emas berganda 4x100 meter sekali gus kuartet wanitanya hanya mampu berpuas hati dengan perak sekalipun berkongsi catatan 47.59 saat dengan Thailand manakala Filipina, 48.06 saat.

Semalam pelari 400 meter berpagar, Rusleem Zikry Putra menyelamatkan maruah tuan rumah yang sekadar beroleh sebutir emas hari pertama olahraga sekali gus secara keseluruhannya mengumpul empat emas, kurang satu dengan Indonesia.

Aiedel berkata, larian rakan-rakannya terutama yang paling muda, Azem, 14 tahun, telah membuatkan dia bersemangat untuk meraih kemenangan sekali gua menebus luka dan kehampaan dalam 100 meter semalam.

"Mulanya bimbang dan gugup juga takut kalau-kalau berlaku kesilapan macam semalam tetapi selalu saya tanamkan tekad bahawa menang atau kalah dalam apa juga perlumbaan tetap merupakan satu pelajaran bagi saya.

"Saya harap selepas ini saya dapat menempatkan diri dalam skuad olahraga Melaka ke Sukan Malaysia di Perak, September ini," kata pelajar berusia 17 tahun di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor itu.

Sementara itu, hasrat Malaysia mencipta kejutan dalam sepak takraw di Pusat Sukan Universiti Teknologi Mara, Shah Alam berkecai apabila ditewaskan musuh tradisi Thailand 12-21, 11-21 pada perlawanan akhir acara antara regu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/s ... 14107#ixzz5M2EuwAci
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.277434 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list