CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Tempatan] Syed Saddiq akan bertemu Kim Swee

[Copy link]
Post time 23-7-2018 09:03 AM | Show all posts |Read mode



BANGI - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bertemu jurulatih skuad bawah 23 tahun negara (B-23) Datuk Ong Kim Swee bagi mencari penyelesaian isu kemungkinan pasukan bola sepak negara menarik diri dari menyertai temasya Sukan Asia bulan depan.

Beliau berkata, isu pelepasan pemain oleh pasukan negeri bagi mewakili negara memerlukan perbincangan teliti termasuk pandangan daripada exco sukan setiap negeri.

"Saya akan bertemu Kim Swee bagi berbincang tentang hal ini, malah saya juga dalam proses untuk berjumpa exco sukan setiap negeri.

"Kita akan panggil mereka, duduk dan berbincang bagi mencari penyelesaian bersama isu ini bagi kepentingan sukan negara," katanya pada sidang media selepas majlis Konvensyen Belia Mahir Kali Kelima Majlis Belia Malaysia (MBM) di sini hari ini.

Kim Swee dilaporkan berkata skuad B-23 berkemungkinan menarik diri daripada kejohanan di Jakarta-Palembang itu jika beliau gagal mengumpulkan pemain yang cukup untuk mengharungi kejohanan terbabit akibat keengganan beberapa pasukan melepaskan pemain yang di panggil. - Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.477501 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list