CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 5

[Tempatan] Dusun durian jadi sasaran pencuri, jejaka berambut gondol duduk bertaffakur

[Copy link]
Post time 23-7-2018 09:05 AM | Show all posts |Read mode



JERANTUT - Kejadian curi durian di daerah ini semakin menjadi-jadi ekoran faktor peningkatan permintaan terhadap raja buah itu sejak beberapa minggu lalu.

Beberapa pemilik dusun di daerah ini ketika ditemui semalam mengakui terdapat banyak kejadian kehilangan durian yang dipercayai dicuri pada waktu malam.

Menurut Abdul Azim Abdul Ghani, 21, kehilangan durian di dusun milik bapanya di sini kerap berlaku sejak beberapa hari lalu ketika mereka memulakan kerja mengutip raja buah itu pada waktu pagi.

"Beberapa hari sebelum itu, ada banyak buah yang menunggu masa untuk gugur tapi apabila hendak dikutip, buah tidak ada.

"Kalau di dahan sudah tidak ada buah, itu maknanya ia sudah gugur tapi di tanah pun tidak ada. Kami percaya ada kecurian buah durian di dusun," katanya.

Sehubungan itu, Abdul Azim berkata, dia bersama rakannya, Mohd Ikhwan Afendi Md. Daud, 21, terpaksa berjaga di pondok yang dibina di dusun berkenaan untuk membuat pemantauan.

"Kami bina pondok dan tidur secara bergilir untuk mengutip dan menjaga durian yang gugur.

"Pencuri mahu ambil kesempatan disebabkan banyak permintaan kerana harganya yang sangat murah ketika ini," tambahnya.

Ujarnya lagi, terdapat 50 pokok durian pelbagai jenis di dusun seluas empat hektar milik bapanya di Kampung Ulu Cheka di sini.

"Hasil yang dikutip, kami jual RM4.00 hingga RM8.00 sekilogram mengikut jenis durian. Pendapatan hasil jualan pun boleh cecah RM500 sehari," jelasnya. - K! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2018 09:08 AM | Show all posts
dulu..tak jauh dari asrama sekolah aku bole kutip durian jatuh...tuan punya tu siap ckp suh kutip durian..byk yg telebih masak dan merekah. smbil makan durian kita mandi air terjun kt situ.

jgn sesekli mencuri..lagi2 utk makan..islam katanya..tapi mencuri rasuah dan mengumpat.

menipu sama sekali tidak diterima.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 23-7-2018 09:08 AM
dulu..tak jauh dari asrama sekolah aku bole kutip durian jatuh...tuan punya tu siap ckp suh kutip du ...

Orang Islam sekarang Tak Tau halal Haram semoga keturunan diorg disumpah jadi Ateis terus.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 09:18 AM | Show all posts
nobito replied at 23-7-2018 09:11 AM
Orang Islam sekarang Tak Tau halal Haram semoga keturunan diorg disumpah jadi Ateis terus.

orang islam sekarang nama je islam kuhulu kehilir..bila dapat peluang sebat jek janji perut kenyang jadi darah daging anak dan keturunan..tu sebab perangai sekor2 mcm ibab tonyok
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni dh ada kan
Malam td sapa tah bukak
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 11:52 AM | Show all posts
Bela anjing jer jaga kebun...kalo berani bela rimau sekali....tapi dia paw ko durian la nnti...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.127217 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list