CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 2

[Tempatan] [VIDEO]“Dia Perempuan, Kau Laki S*al, Baik Kau Mati Dari Kecik”, Wanita Diseret,

   Close [Copy link]
Post time 23-7-2018 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Modngengade at 23-7-2018 01:16 AM

https://siakapkeli.my/wp-content ... ri-part-3-1.mp4?_=1




Seorang pembantu jualan di kedai farmasi nyaris hilang nyawa apabila rambutnya tersangkut pada roda motosikal peragut dan diseret beberapa meter atas jalan sebelum  diselamatkan oleh orang awam dalam kejadian ragut di sini, hari ini,

Dalam kejadian jam 3.15 petang itu, mangsa, wanita berusia 31 tahun itu sedang berjalan kaki di belakang pusat membeli belah Boulevard Mall Miri di sini sebelum dihampiri suspek dari arah belakang dan meragut beg tangan mangsa,

Bagaimanapun, mangsa terjatuh atas jalan dan rambutnya tersangkut pada rodamotosikal dan diseret sebelum suspek turut  terjatuh dari motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, SAC Denis Leong, dalam kenyataan, berkata orang awam yang melihat kejadian itu terus memberi bantuan dengan menangkap suspek dan mendapatkan semula beg tangan mangsa.
Advertisement



Akibat berang dengan perbuatan kejam itu, orang awam di tempat kejadian bertindak  membelasah suspek dengan teruk sebelum menyerahkannya kepada polis.

Leong berkata mangsa hanya mengalami sedikit kecederaan manakala suspek berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. – Bernama
Pemain Video
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2018 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 10:56 AM | Show all posts
dahsyatnye...takut!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.087344 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list