CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 4

[Tempatan] Gantung Diri Punca Kematian Vasanthapiriya – Pakar Forensik

  [Copy link]
Post time 23-7-2018 09:27 AM | Show all posts |Read mode



Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian pelajar Tingkatan Dua M.Vasanthapiriya adalah berpunca daripada mengantung diri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pakar Forensik Hospital Pulau Pinang Dr P. Chandroth Navin pada prosiding inkues hari ini.

Dr Chandroth, 35, saksi ke-11 pada prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian pelajar itu yang meninggal dunia selepas mengantung diri, dipercayai kerana malu selepas dituduh mencuri telefon pintar gurunya, juga berkata terdapat kesan pelelasan ligatur pada kulit di sekeliling lehernya.

Beliau berkata kesan itu dapat dilihat pada bahagian luaran leher yang menganjur ke bahagian posterior sisi leher dalam arah menegak ke belakang telinga.
Advertisement

“Kesan itu yang jelas kelihatan di sekeliling leher berukuran 22 sentimeter (cm) dengan lebar 1 cm. Pada bahagian anterior leher, kesan itu terletak 7cm di bawah dagu dan 7 cm di atas ‘sternal notch’. Hujung belah kanan terletak di 4.5cm dari ‘mastoid process’ dan hujung belah kiri terletak 4cm dari kiri “mastoid process’,” katanya.

Dr Chandroth berkata juga terdapat pelelasan di bahagian tengah dada, satu garisan calar di bahagian atas dada kanan dan kesan calar di kiri dan kanan dada.

Beliau berkata pemeriksaan dalaman yang dijalankan pada tengkorak pelajar itu mendapati tiada sebarang keretakan.

“Tulang rusuk pertama, ketiga, keempat dan kelima di bahagian kanan dan yang pertama hingga ketiga di bahagian kiri mengalami keretakan,” katanya.

Vasanthapiriya meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya pada 3.35 pagi, 1 Feb lepas.

Pendengaran di hadapan Koroner Norsalha Hamzah bersambung 27 Julai. – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu tu ape.cite ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 10:21 AM | Show all posts
apa la kesudahan kes ni..
smpai ke sudah telipon pun tak jumpe
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 10:24 AM | Show all posts
“Tulang rusuk pertama, ketiga, keempat dan kelima di bahagian kanan dan yang pertama hingga ketiga di bahagian kiri mengalami keretakan,” katanya.



mcmn blh retak?
cpr buat kuat sgt ke

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2018 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr citer telefon da jumpa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066415 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list