CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2814|Reply: 13

MENGHADAPI KEGANASAN

[Copy link]
Post time 23-7-2018 02:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by robotech at 23-7-2018 02:43 PM

MENGHADAPI KEGANASAN



Terjemahan dari BI ke BM: Robotech

DIKENALI sebagai E8, Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas (SB-CDT) Bukit Aman telah bekerja di belakang tabir sejak 1990an memerangi keganasan di Malaysia. Kumpulan dan sel pengganas dari Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah kepada Kumpulan Mujahideen Malaysia serta terkini, Daulah Islam (Daesh) telah dilumpuhkan hasil usaha berterusan E8.

Namun masih ada salahfaham berterusan bagaimana Malaysia digunakan sebagai batu loncatan serangan 11 Sept 2001 di Amerika Syarikat. Bahagian E8 tidak dapat menangkis tuduhan berkenaan kerana maklumat tentang risikan siasatan masih berstatus Rahsia Rasmi atas tujuan keselamatan. Kini apabila fail berkenaan telah dibuka untuk tatapan umum, Ketua Bahagian E8 Deputi Comm Datuk Ayob Khan, berbicara dengan Sunday Star untuk menerangkan fakta sebenar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2018 02:29 PM | Show all posts
Edited by robotech at 23-7-2018 03:05 PM

Bolehkan Tuan komen tentang tuduhan bahawa Malaysia dijadikan tapak permulaa perancangan serangan 9/11 ke Amerika Syarikat?



Ini tidak benar. Pada Disember 1999, Special Branch menerima maklumat dari Agensi Perisikan Amerika bahawa 9 lelaki Arab yang disyakki ahli Al-Qaeda berada di Malaysia. Kesemua mereka sebenarnya unit yang khusus kepada serangan berani mati dan serangan pengeboman.

Berdasarkan intel berkenaan, kami mengesan salah seorang operatif, Khalid Al-Midhar yang memasuki Malaysia pada 5 Jan 200. Kami ditugaskan melakukan pengawasan di KLIA pada malam itu. Kami menunggu di kawasan karousel bagasi dan seorang pegawai berjaya mengesan Khalid. Berdasarkan gerak gerinya, pakaian dan peribadi, saya memang tidak menyangka bahawa lelaki inilah yang akan merampas sebuah pesawat penumpang dan merempuhkannya ke Pentagon (di Washington DC).

Kami mengesan pergerakan Khalid di Malaysia, mengikutinya ke Bukit Bintang (Kuala Lumpur) dimana dia bertemu dengan tiga operatif lain – Nawaf Al Hazmi, Salahsaed Mohamed Yousaf @ Khallad, dan Suhail @ Abd Shorabi. Kesemuanya tinggal di sebuah kondominium di Sungai Long (Selangor) yang dimiliki oleh seorang militan Malaysia iaitu Yazid Sufaat. Khalid, Nawaf dan Salahsaed berlepas ke Bangkok dan bertemu dengan sel pengganas yang lain merancang serangan 9/11.

Kami menyerahkan semua maklumat terutama berkenaan passport dan informasi penerbangan berserta gambar2 foto kepada Agensi Perisikan Amerika. Malangnya Agensi berkenaan tidak berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa keselamatan USA yang lain seperti FBI. Jika Agensi berkenaan berkongsi maklumat, langkah2 pre-emptif dapat diambil pihak berkuasa USA untuk menahan suspek sebaik sahaja mereka memasuki USA. Kekurangan koordinasi ini telah diketengahkan di dalam laporan “9/11 Commission Report” yang diterbitkan oleh Kerajaan US selepas kejadian 9/11.

Oleh itu tuduhan melulu Malaysia dijadikan tapak serangan dan tidak berkongsi maklumat risikan dengan pihak berkuasa USA adalah palsu. Mereka yang membuat tuduhan itu sepatutnya melihat kembali kepada kekurangan dan kelemahan di pihak mereka terlebih dahulu sebelum menyalahkan Malaysia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:30 PM | Show all posts
Adakah risikan kepada Khalid adalah kejayaan pertama E8 dalam memerangi Al-Qaeda?



Tidak, ia bukan kejayaan pertama. Pada Disember 1995, kami menahan Wali Khan Amin Shah, yang terbabit dengan serangan pengeboman ruang basement World Trade Center di New York City pada 26 Feb 1993. Serangan bom itu membunuh enam orang dan mencederakan lebih 1000 orang lain.

Siasatan kami mendapati Wali Khan sangat rapat dengan ahli al-Qaeda iaitu Ramzi Ahmad Yousef dan kedua2 mereka bersembunyi di Asia Tenggara. Apabila Ramzi akhirnya berjaya ditahan di Pakistan, Wali Khan tidak dapat ditemui. Namun begitu, melalui perkongsian risikan dan kerjasama dengan agensi2 di negara2 jiran, Bahagian E8 dapat mengesan Wali Khan di Pulau Langkawi di mana dia ingin membuka sebuah restoran Arab di Kuah pada Jun 1995.

Kami mengulang imbas gambar foto Wali Khan dengan FBI dan mengesahkan identitinya berdasarkan kecederaan di tangan kanannya akibat kemalangan menguji bom di Afghanistan. Dia telah berkahwin tetapi memiliki dua orang teman wanita - seorang warga Malaysia dan seorang Filipina.

Kami menangkap beliau di Kuah pada 11 Dis 1995, semasa dia sedang mengedarkan risalah mempromosikan restoran barunya. Dia tidak cuba melarikan diri semasa ditangkap, malahan dia hanya terkejut dan malah menangis.

Kejayaan ini menyebabkan Presiden USA Bill Clinton menghantar surat penghargaan kepada Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir dan pihak PDRM, terutamaya Bahagian E8.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:31 PM | Show all posts
Edited by robotech at 23-7-2018 03:08 PM

Selain Al-Qaeda, apakah kumpulan pengganas lain yang telah diperangi Bahagian E8?

Senarai teratas pastinya Jemaah Islamiyah (JI).



Pada 2001, kami ingat aktiviti militan dalam negara adalah terkawal. Tetapi setelah kami menagkap militan  Yazid Sufaat pada 9 Dis 2001, kami menemui sebuah kumpulan pengganas baru iaitu JI. Pengaruh kumpulan militan JI ini tersebar dari militan asing yang merupakan ahli kumpulan Pertubuhan Darul Islam (PDI) dari Indonesia. Sejarah PDI di Malaysia bermula pada April 1985 apabila 20 orang ahli PDI lari ke Klang untuk mengelakkan diri dari penahanan oleh pihak berkuasa Indonesia. Pada mulanya, kumpulan ini menyebarkan ajaran ekstremis mereka kepada komuniti masyarakat Indonesia di Klang.

Kemudian pada 1993, satu faksi PDI berpecah dan menubuhkan JI yang turut melibatkan rekrut rakyat Malaysia. Perintis JI seperti Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Basyir, yang menjadi sosok tubuh JI. Kedua2nya berasal dari Solo, Indonesia.

Setelah penubuhan JI, Abdullah Sungkar menubuhkan Sekolah Luqman Nul-Hakiem di Johor Baru untuk melatih anak2 dari ahli2 JI. Mereka mula merekrut rakyat Maysia secara rahsia, dengan matlamat utama membentuk Daulah Islamiyah Nusantara. Rekrut pertama JI di kalangan rakyat Malaysia adalah pensyarah2 Universiti Teknologi Malaysia di Skudai (Johor) dan sebahagian rakyat Singapura. Pada 1999, Abu Bakar mengambil alih pucuk pimpinan JI setelah Abdullah Sungkar meninggal dunia akibat komplikasi dari serangan jantung.

Sejak 1993, JI telah menggunakan Malaysia sebagai pengkalan merekrut kader2 JI dan pusat transit menghantar kader2 mereka untuk latihan senjata di Afghanistan. Sekitar tahun 200, kami mengesan seramai 40 militan JI menggunakan Sabah sebagai pusat transit ke Mindanao (Filipina) untuk latihan senjata.

Pada tahun sama, JI memindahkan ibupejabat mereka di Malaysia ke Indonesia apabila Abu Bakar pulang ke Solo setelah kejatuhan rejim Soeharto. Lebih ramai kader JI turut kembali ke Solo susulan tindakan penahanan dan penangkapan di Malaysia oleh Bahagian E8 bermula dari Disember 2001.

Antara lokasi yang kami dapati disasarkan oleh JI adalah pusat2 hiburan di Bangsar, KLCC, kedutaan2 dan Ibu Pejabat Imigresen di Tambak Johor.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:32 PM | Show all posts
Apakah Special Branch adalah agensi keselamatan yang pertama di Asia Tenggara yang berjaya membongkar rangkaian JI?



Berdasarkan risikan dan pemantauan kami ke atas Yazid Sufaat yang bermula pada Januari 2000, boleh dikatakan bahawa Special Branch ialah agensi pertama yang mengesan aktiviti JI di rantau ini. Singapura juga adalah negara terawal yang berjaya membongkar dan menangkap anggota2 JI pada Disember 2001.

Kami juga telah diiktiraf oleh rakan setugas di Australia dengan memberikan maklumat risikan JI yang membawa kepada operasi penahanan keatas kumpulan berkenaan di Australia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:33 PM | Show all posts
Edited by robotech at 23-7-2018 03:09 PM

Sejak operasi menentang JI bermula pada 2001, apakah senjata dan bahan letupan yang telah ditemui?

Kami berjaya membuat beberapa rampasan namun tidak bernah dikongsikan dengan rakyat awam Malaysia sebelum ini kerana semua operasi dijalankan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).



Antara serbuan yang paling diingati ialah merampas bom yang terdiri dari satu kotak litar, remote control, dan telefon bimbit yang dipasang oleh militan JI Dr Azahari Hussein di Felda Lengkap di Perak pada 17 Jun 2003. Kami dibawa ke kawasan bom berkenaan oleh saspek JI. untuk menyembunyikannya, Dr Azahari telah menanam bom ke bawah tanah berserta 14 buah detonator.

Risikan kami mendapati Dr Azahari telah mencampurkan kimia berbahaya dengan bahan letupan. Apabila kami akhirnya berjaya mengesan lokasi bom, tiada siapa pun yang berani membuka penutup, kerana risiko jerangkap samar. Malah unit Hazmat (bahan2 Hazad) dan Unit Pemusnah Bom juga menghadapi kesukaran membuka penutup. Akhirnya Cif Special Branch Teluk Intan mengarahkan semua orang meninggalkan kawasan berkenaan dan beliau sendiri membuka penutup berkenaan. Syukur tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Pada 5 April 2007,Kami menemui sebuah bom di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejurus penahanan dua anggota JI. Mereka juga bertanggungjawab membuat enam bom paip dan meletakkannya di dalam tong sampah di lokasi pusat2 hiburan sepanjang Jalan Telawi 3 di Bangsar (KL) pada 1999. Bom2 berkenaan sepatutnya meletup pada 31 Disember 199 tetapi kita agak bertuah keranan komponen bom mereka tidak berfungsi. Kita nyaris2 lagi terkena tragedi “Bangsar bombing”....

Pasangan berkenaan juga mensasarkand McDonald’s dan restoran makanan segera lain tetapi, yang peliknya selepas ditangkap, permintaan pertama mereka ialah hidangan ayam goreng dari restoran makanan segera!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-7-2018 02:33 PM | Show all posts
Edited by robotech at 23-7-2018 03:10 PM

Selain JI dan Al-Qaesa, apakah kumpulan pengganas lain yang bertemu buku dengan ruas dengan Bahagian E8?



Antara kejayaan kami adalah melumpuhkan aktiviti2 Kumpulan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (Liberation Tigers of Tamil Eelam - LTTE), kumpulan gerila di Sri Lanka.

Bermula 2009, kami menahan 25 militan LTTE. Salah satu kes berprofil tinggi ialah penangkapan ketua berjawatan tinggi LTTE iaitu Kumaran Pathma-natahan pada 5 Ogos 2009. Kami menahan beliau di sebuah hotel di KL dan memindahkannya ke Ibupejabat Polis Putrajaya bagi mengelakkan tindakan balas anggota LTTE yang masih berada di Malaysia. Ketika interogasi,  Kumaran mengaku selepas Sri Lanka, dia lari ke Thailand dan Singapura sebelum memasuki Malaysia menggunakan passport India yang palsu. Pada 6 Ogos 2009, kami menghantar Kumaran secara deportasi ke Sri Lanka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:34 PM | Show all posts
Edited by robotech at 23-7-2018 02:46 PM

Malaysia pernah dituduh sebagai pusat transit bagi pengganas Uyghur dari Gerakan Islam Turkestan Timur(East Turkestan Islamic Movement - ETIM) yang berpengkalan di Xinjiang, China.



Kami mengesan ETIM beroperasi di Malaysia pada 2011 susulan penahanan 17 warga Uyghurs yang disyakki terlibat aktiviti2 keganasan. Bahagian E8 turut menangkap 32 orang Uyghur yang dipercayai terlibat dengan ETIMdan menggunakan Malaysia sebagai pusat transit aktiviti keganasan di sebuah negara dunia ketiga. Kami membongkar modus operandi mereka memasuki Malaysia menerusi sindiket pemerdagangan manusia. Tetapi harus diingatkan ada juga kebanyakan Uyghur yang memasuki Malaysia secara haram merupakan pelarian dan mencari perlindungan suaka.

Kami juga mendapati ETIM berkerjasama dengan kumpulan pengganas lain termasuk Daesh dan Abu Sayyaf. ETIM juga terlibat dengan pengeboman Kuil Wat Erawan di Bangkok pada 17 Ogos 1975 yang mengorbankan 20 orang. Dua warga Uyghur ditahan sejurus serangan dilakukan.

Sebahagian Uyghur ETIM juga menggunakan Sabah sebagai pusat transit untuk mereke ke Selatan Filipina menyertai pasukan sel Abu Sayyaf yang diketuai militan Malaysia yang diburu, Dr Mahmud Ahmad. Operasi kami ke atas ETIm masih berjalan sehingga sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2018 02:34 PM | Show all posts
Adakah ada program rehabilitasi (pemulihan) yang komprehensif kepada tahanan2 militan?



Rehabilitasi ke atas tahanan militan dan ekstremis diaturkan oleh PDRM dengan bantuan agensi2 kerajaan. Prosesnya bermula dengan arahan penahanan.

Tahanan akan diletak di bawah kawal selia Jabatan Penjara yang memiliki program rehabilitasi mereka sendiri termasuk pembangunan disiplin (hingga 3 bulan), perkembangan kendiri (enam hingga 12 bulan), dan evaluasi oleh Jabatan Penjara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan PDRM.

Semasa ditahan di Kamunting (Perak), Jakim ditugaskan menjalankan siri program2 rehabilitasi untuk menanamkan pemahaman ajaran Islam yang sebenar. Dan bekas tahanan dengan kepakaran tertentu turut dijemput menyampaikan ceramah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:35 PM | Show all posts
Siapakah di kalangan cendiakawan dan ulama yang memainkan peranan penting dalam pemulihan militan?

Antara mereka yang amat dihormati dikalangan tahanan militan adalah pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia - Abdullah Jalil, Felo Kanan Institut Kajian Strategik Islam Engku Ahmad Engku Ali, dan pegawai agama Kementerian Dalam Negeri Ustaz Zamihan Al Ghari.



Yang paling cemerlang dikalangan mereka ialah Allahyarham Prof Datuk Dr Muhammad Uthman El Muhammady, Felo dari International Institute of Islamic Thought a& Civilisation. Walaupun arwah mengalami keuzuran dan masalah kesihatan beberapa tahun dulu, arwah Dr Muhammad Uthman kerap berhubung dengan keluarga tahanan militan di seluruh negara di Johor, KL, Perak, Sabah, dan Selangor.

Seminggu sebelum arwah meninggal, beliau masih berkerja keras membuat kajian bahan2 bacaan yang dirampas dalam pelbagai operasi. Anakanda beliau (pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) Dr Ahmad El Muham-mady, turut menyumbangkan jasa dalam program pemulihan militan.

Dari 2001 - 2012, kami melakukan pemulihan ke atas 289 orang tahanan militan dengan kadar 97% kejayaan. Hanya tujuh dari kalangan bekas tahanan berkenaan yang kembali semula menjadi militan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2018 02:36 PM | Show all posts
Edited by robotech at 23-7-2018 03:14 PM

Apakah program lain untuk tahanan militan?



PDRM masih mengatur program pendidikan semula kepada keluarga2 tahanan militan serta keluarga militan yang masih diburu. Mereka dijemput menghadiri sesi dialog dimana semua aduan, kerisauan tentang prosedur perundangan ditangani.

Langkah seterusnya ialah mengintegrasi semula bekas militan ke dalam masyarakat, di mana sangat penting dalam mencegah kembali radikalisasi dan ekstremisme. Kita harus memastikan bekas tahanan boleh kembali ke pangkuan masyarakat. Antaranya ialah membantu mereka mendapatkan pekerjaan.

Untuk pengetahuan, beberapa bekas tahanan yang merupakan bekas ketua2 JI telah menjadi usahawan yang berjaya dan memiliki beberapa buah syarikat. Selainnya kembali menjadi pensyarah dan ramai telah kembali bekerja di tempat asal mereka.

Kami juga memberi bantuan modal kewangan kepada bekas tahanan yang berminat membuka perniagaan kecil2an dan menggalakkan bekas tahanan militan yang muda untuk melanjutkan pengajian mereka.

Antara kejayaan kami mengintegrasi semula bekas militan ialah sebuah kes 13 orang remaja Malaysia yang menganggotai sel JI Ghuraba di Karachi Pakistan 2003. Kesemua 13 orang ditangkap dan dideportasi ke Malaysia. Lima daripada mereka akhirnya menyambung pengajian di IPTA, sebahagian menjadi pensyarah, ada yang menyertai syarikat multinasional dan selebihnya menjadi usahawan.

Apakah nasihat Tuan kepada rakyat Malaysia dalam membanteras keganasan?

PDRM terutama Bahagian E8 Special Branch tidak boleh bertindak sendirian. Masyarakat awam, NGOs, termasuklah alim ulama mesti memainkan peranan mereka juga. Ahli keluarga mesti peka dengan keadaan persekitaran dan melaporkan aktiviti2 yang mencurigakan. Bahagian E8 akan sentiasa bersiap-siaga dan berwaspada.

Sehingga kini (2017) ancaman Daesh, kami telah menahan 294 orang militan sejak Februari 2018. Keselamatan dan perlindungan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan kami.

Sumber Artikel (BI):
https://www.thestar.com.my/news/ ... bmmMO3ZzQfSRWfOU.99
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 01:38 PM | Show all posts
wow... this is informative... tq for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2018 03:24 PM | Show all posts
Pernah berkursus anjuran MKN. Antara peserta ramai dari SB, MIO dan penjawat awam terpilih. Menarik jugak di antara penceramah tu bekas militant yg berjaya dipulihkan.
Dia cerita la macam mana mula terlibat dengan JI. Latihan senjata dan bom di Afghanistan dan Filiipina. Dia jugak cerita satu pendekatan nak Tarik ahli adalah cari org bijak pandai tapi jiwanya kosong. Org yang macam tiada arah tujuan dan mencari agama. Jadi dia akan pengaruh melalui gama tp penekanan pada jihad dan janji bidadri. Kira kalau sehari tu cerita tentang solat puasa lebih sedikit berbanding kenikmatan dapat bidadari. Bila dah syok nk Bidadari, baru disogok dgn jihad.
Org macam ni jgn lawan berhujah kalau tak betul2 tinggi ilmu agama.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2018 05:44 PM | Show all posts
keganasan rumahtangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.063172 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list