Gara-gara tindakan beraninya mempromosikan ubat perangsang seks secara terbuka di laman sosial, seorang wanita berhijab dari Kelantan dikecam.
mStar Online melaporkan, video berdurasi 37 saat itu menyaksikan wanita tersebut bersungguh-sungguh menceritakan kelebihan ubat tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang mengambil ubat kuat lelaki itu pada pukul 8 malam, ia akan membuatkan alat sulit mereka mula mengeras sejam kemudian dan akan bertahan sehingga 8 pagi keesokan harinya.
Petikan video, Foto: Facebook
Namun bagi usahawan kometik yang dikenali sebagai Khasmawati Abdul Khamis, 37 ini, dia tidak mahu ambil pusing dengan kritikan netizen.
Malah sebelum menjual produk tersebut, dia sudah bersedia 'diserang' netizen.
"Saya memang dah tahu dah, kalau jual ubat c***** ni mesti ada mulut makcik-makcik bawang yang akan kutuk.
"Tapi saya tak takut. Bukan saya buat salah, bukan saya mencuri... saya cari rezeki halal."
Khasmawati atau popular dipanggil mummy Tie Viral ini berkata dia hanya mahu membahagiakan pasangan suami isteri.
"Biarlah apa netizen nak kata, janji pelanggan saya gembira dengan hasil ubat tersebut.
"Yang penting ramai pelanggan berterima kasih kepada aku. Ada yang nak bercerai, tapi tak jadi teruskan proses itu kerana produk ini."
Sejak dua minggu lepas, sudah 1000 botol terjual.
"Saya dah berniaga sejak berumur 16 tahun, orang dah kenal saya. Beginilah cara saya berniaga, saya jenis yang berani.
"Janganlah menilai orang dari luaran, sekurang-kurangnya saya memberi kebahagiaan kepada suami isteri. Jadi janganlah condemn condemn sangat." -CARI |