CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3551|Reply: 2

Dimakan Bersama Roti Bijan, Kuah Cicah Burger Keju Ini Memang Terbaik

  [Copy link]
Post time 26-7-2018 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Kuah cicah yang terdiri daripada bahan-bahan untuk membuat burger keju ini sangat mudah dan cepat disediakan. Kombinasi roti bijan pengganti tortilla sememangnya tepat dan menyelerakan!


Juadah untuk berkongsi ini sesuai dibuat untuk pelbagai jenis parti dan apa jua jenis keramaian.



Foto: twisted.co.uk



Bahan-bahan
Roti burger
Telur ayam
Bijan
400g daging cincang, dimasak
2 sudu besar sos tomato
1/2 cawan krim masam
1/2 cawan mayonis
1 cawan keju krim
1 cawan keju parut (dibahagikan)
3/4 cawan daging bakon rangup (dibahagikan)
Jeruk timun (dipotong dadu)



Foto: Twisted.co.uk



Cara-Cara


1. Potong roti burger kepada dua bahagian dan penyekkan ia.  Sapu kedua-dua bahagian roti dengan telur dan taburkan bijan. Kemudian potong lagi membentuk segi tiga. Letakkan dalam dulang pembakar dan bakar dengan suhu 180oC selama 10 minit sehingga keperangan.


2. Dalam sebuah mangkuk besar, campurkan daging cincang, ½ cawan daging bakon, sos tomato, krim masam, mayonis, krim keju dan ½ cawan keju cheddar. Letakkan dalam dulang pembakar dan tabur lebihan keju.





3. Tutup dengan kertas alumunium dan bakar selama 20 minit kemudian buang kertas aluminium dan bakar lagi selama 5 minit.


4. Tabur lebihan daging bakon dan jeruk timun.


5. Siap dan anda boleh nikmati ia bersama roti bijan tadi. Sedap kan?


Foto: Google


Kami yakin anda terliur tengok video di atas. Segeralah ke kedai runcit berhampiran, beli bahan-bahan di atas dan tunjukkan kemahiran anda di dapur! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2018 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051887 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list