CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4080|Reply: 0

EDISI TERENGGANU : Sultan Mizan rasmi Masjid Kampung Sentul Patah

[Copy link]
Post time 27-7-2018 05:57 PM | Show all posts |Read mode

MARANG 27 Julai - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hari ini berangkat menyempurnakan majlis perasmian Masjid Kampung Sentul Patah dekat sini yang menelan belanja RM4.7 juta.

Keberangkatan baginda diiringi Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan dan seorang lagi putera baginda, Tengku Muhammad Mu'az.

Turut mengiringi Sultan Mizan ialah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan Mufti Negeri Terengganu, Datuk Dr. Zulkifly Muda.

Sejurus selesai majlis perasmian, Sultan Mizan bersama hadirin menunaikan solat Jumaat berjemaah di masjid berkenaan seterusnya ke majlis santapan tengahari di pekarangan masjid sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Dalam pada itu, Masjid Kampung Sentul Patah itu siap dibina pada 2014 sekali gus menggantikan masjid lama yang dibina pada 1965.

Masjid yang mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu masa itu turut mempunyai pelbagai kemudahan antaranya bilik jenazah, dewan serbaguna selain keluasan ruang letak kenderaan. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sultan-mizan-rasmi-masjid-kampung-sentul-patah-1.717426

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.085751 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list