Kredit foto: Asma Binti Harun
Tiada siapa dalam dunia ini yang minta dilahirkan dalam keluarga yang susah. Setiap orang mengimpikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi pakaian dan makanan. Kadang kala, kesusahan yang dialami bukan kerana malas berusaha tetapi kudrat yang semakin lemah dan keperluan hidup melebihi pendapatan yang tidak seberapa. Tetapi, setiap orang wajib berusaha demi meneruskan kehidupan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Seorang pengguna Facebook bernama Asma Binti Harun telah memuat naik kisah sebuah keluarga yang hidup susah sehinggakan terpaksa meminta air masak untuk diminum daripada jirannya. Wanita itu juga memuat naik beberapa keping gambar dan perbualan dengan jirannya melalui aplikasi whatsapp ketika meminta agar keluarga tersebut dibantu.
Keadaan rumah yang sedikit berbau kerana tidak mempunyai bekalan air.
Bayaran sewa rumah yang tertunggak dan bekalan air telah dikunci
Perbualan wanita ini dengan jiran keluarga tersebut agar mereka dibantu
Jujurnya, ramai netizen yang sedih dengan situasi yang menimpa keluarga tersebut. Disaat mereka cukup makan dan pakai, ada keluarga yang terpaksa menahan lapar serta membuang rasa malu hanya untuk meminta air masak daripada jiran bagi menghilangkan dahaga. Netizen masing-masing mendoakan agar keluarga ini dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup mereka.
Rata-rata netizen meninggalkan komen agar wanita ini memberikan maklumat tentang keluarga malang itu bagi memudahkan mereka menyalurkan sumbangan. Sikap netizen yang suka membantu dan memahami kesusahan orang lain wajar dipuji.
Syukur, hasil daripada bantuan netizen yang memberikan sumbangan, akhirnya keluarga tersebut berjaya menjelaskan tunggakan sewa rumah yang mereka diami serta kunci air sudah dibuka.
Bersyukurlah jika kalian diberikan kehidupan yang selesa dan cukup dari segi keperluan hidup kerana ada insan lain hidup dalam serba kekurangan. Jika ada rezeki lebih, janganlah kedekut untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. - CARI |