CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4572|Reply: 16

Geli...Terkejut Nampak Cacing Dalam Sosej! Betul Ke Ni?

[Copy link]
Post time 1-8-2018 01:13 PM | Show all posts |Read mode





Sebelum ini tular tentang beberapa jenama sardin dalam tin yang dikatakan mengandungi cacing. Ramai yang sudah tidak membeli dan memboikot terus sardin-sardin yang dijual di pasaran. Sudah pasti ramai yang geli melihat cacing-cacing yang ada di dalam tin sardin dan langsung tidak berselera untuk memakannya lebih-lebih lagi risau akan menjejaskan kesihatan badan.


Bagaimanapun, sama ada ia benar atau tidak, seorang pengguna twitter ini telah memuat naik status tentang sosej yang dikatakan mengandungi cacing. Dia sendiri terkejut dan keliru dengan apa yang dilihatnya setelah sosej yang dibelah dua itu mempunyai urat-urat seperti cacing.





Rakan wanita ini cuba membuat carian tentang cacing di dalam sosej di Google dan menemui gambar cacing yang seakan sama!




Bagaimana cacing itu boleh berada di dalam sosej?




Laporkan kepada syarikat pengeluar sosej



Ada netizen menyuruh wanita ini melaporkan perkara tersebut kepada syarikat pengeluar sosej itu dan wanita ini sudah berbuat demikian. Tetapi ada netizen yang menegurnya kerana terlalu gelabah dan terburu-buru menaikkan status tersebut di twitter tanpa menunggu respon daripada pihak syarikat.





Siapa tak suka makan sosej kan?




Sudah pasti, ramai yang suka makan sosej dan ada netizen yang membeli sosej jenama yang sama dan risau sekiranya mereka turut menemui cacing di dalam sosej. Apa-apa pun, banyak sosej yang sudah selamat masuk ke perut.









Ramai yang turut fobia untuk memakan sosej lagi selepas ini.






Pendedahan daripada netizen yang pernah bekerja di kilang sosej


Ada netizen yang pernah bekerja di kilang membuat sosej dan mendedahkan cara pemprosesan makanan itu serta keadaan di kilang. Katanya, cacing adalah perkara biasa yang dijumpai semasa proses membuat sosej.





Netizen cuba bersangka baik



Ada juga netizen yang tidak percaya dan cuba bersangka baik dan merasakan itu bukanlah cacing tetapi isi ayam yang tidak hancur semasa diproses menjadi sosej.








Jika ragu-ragu, baik tinggalkan sahaja makanan tersebut. Banyak lagi pilihan makanan yang ada. Kalau rajin, cuba la buat sosej sendiri. Kan banyak resipi yang di kongsi di media sosial.  Lagi bersih dan selamat. Betul tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 01:25 PM | Show all posts
walau diblurkan pic tu.. bg iols yg slalu mkn sosej.. bole agak brand apa~
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nampak adik i bli ada dlm peti ais..kihkih

Tp i ragu2 betul dgn komen yg ngaku penah keje kilang sosej nuget tu
Kje kilang cap ayam kah?
Brand2 yg elok sume praktid GMP siap ada halal jakim
Boleh lepas ke klu kilang busuk ada ulat segala
Ayoyooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah tutup..nutriplus tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi td breakfast sosej bun {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 01:53 PM | Show all posts
pernah jgk beli brand sosej yg ni..saja nak try la..selalu beli brand tersohor tu.. klu bercacing pun dah mati la kot cacing nya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2018 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver: Baru nampak adik i bli ada dlm peti ais..kihkihTp i ragu2 betul dgn komen yg ngaku penah keje kilang sosej nuget tuKje kilang cap ayam kah?Brand2 yg e ...


Tula tp tanya husband meols dia kata cacing tu ada dlm telur, ayam dgn ikan. So maybe dr situ. Meols syak cacing tu dr mesin kilang kalau tak bersihkan dgn betul tp dia kata cacing nk biak mcm mana dr mesin. Tp dr lebihan2 makanan, kotor2 tu blh je berulat.

Yg penting dah geli nk makan sardin dgn sosej. Padahal dua2 ni favorite n i makan ayam brand n ayamas tp tetap geli bila terbayang
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 02:47 PM | Show all posts
Kadang2 air yang keluar dari pili air tu pun ada je sekor cacing halus tersesat.  Jadi tak mustahil kalau ada yang tersesat masuk dalam sosej cam tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh nak elak. Ada di mana2. Orang dewasa jangan lupa ambik ubat cacing. Setahun sekali pun ok
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:38 PM | Show all posts
rajinnya belah-belah sosej..
i terus campak je seketul seketul dalam pan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:44 PM | Show all posts
erkk... nampak gaya kena belah dulu sosej ni sebelum goreng atau rebus...

but fox tak penah beli la sosej jenama tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 04:49 PM | Show all posts
musim cacing betul sekarang ni. sosej la sardin la ayam la ikan asam pedas la..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sosej x bagus utk kesihatan.. Dh berzaman iols x makan sosej.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
uihhhh patut berselera mat makan sosej. ada caceng rupanya. dapp nyumph
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
kena tjk kat anak2 nih...suka benar makan sosej.. kalau pi beli breakfast pagi dlm byk2 makanan sosej gak yg dia suka
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 08:21 AM | Show all posts
ari tu sardin, da 2 bulan aku boikot sardin tak kira apa jenama
skrg sosej, adehhh.. kenalah buat sosej & sardin DIY kot baru terjamin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 10:21 AM | Show all posts
Cacing ada dimana mana kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.072986 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list