CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5805|Reply: 30

Malam,Suram,Kelam,Serammm....

[Copy link]
Post time 1-8-2018 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Fresh from BEGINNER OVEN

Nama aku Man,umur aku 30th..tiada yang istimewa tentang diri aku,tiada rupa tiada harta..kekasih berlagilah tiada.Aku dahulu seorang 'mat rempit',biasalah dah nama pun mak rempit sudah semestinya ada gelaran-gelaran tertentu yang telah disandarkan pada aku oleh mat rempit sedunia iaitu 'Man Alim'dan kenapa?kegilaan aku cuma 'Merempit' bahasa kamusnya..menunggang motor secara merbahaya dan selalunya tiada penyesalan walaupun terseret merata-rata jalan raya.Aku teramat sangat lah tidak berminat dengan pertaruhan yang melibatkan wang atau wanita.Aku mempunyai seorang mak(Mak Jah) dan seorang adik perempuan(Mia).

Berkat doa dan bebelan mak selama ni yang mengharang keras aku dari berlumba,so kini aku dah berpendapatan dan bekerja tetap sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah bank.Alhamdullilah dah genap 2 tahun aku berkhidmat untuk syarikat ni,perjalanan hidup aku bak kata orang puteh going smoothly.Ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan,ribut petir di tengah hari.

'Man mulai esok,awak saya tugaskan menjaga bangunan Wisma Jaya'arah en Rahim selaku pegawai atasan aku.

Seperti mana aku sedia maklum,memang dah aku setuju dengan term and conditions apply oleh syarikat aku ni.Aku haruslah fleksibel dan terima dengan hati terbuka pemindahan aku dari satu tempat ke tempat yang lain.Walaupun jarak Wisma Jaya dengan rumah aku adalah 2 kali lebih jauh dari tempat kerja aku sebelum ni,aku terima atas dasar ini adalah tanggungjawab aku sebagai seorang pengawal keselamatan yang berkalibel..ehhhcececece,hihi

Jadi,memandangkan tempat kerja baru aku ni lebih jauh..aku harus bertolak lebih awal dari kebiasaan,lagipun hari ini adalah hari pertama aku mula berkhidmat di bangunan Wisma Jaya.Aku pernah datang ke Wisma Jaya bagi menguruskan beberapa hal,tapi tak pernah pulak aku sangka yang aku harus bekerja di bangunan ni.Bangunan Wisma Jaya memang besar,jika hanya seorang saja pengawal  yang ditugaskan menjaga bangunan ni adalah tidak wajar bagi aku.


'Awal awak sampai malam ni Man'tegur en Rahim dari belakang.

'Astaghfirullah...terkejut saya en Rahim,saya datang dengan semangat baru hari ni en Rahim'terang aku dengan bangganya.

'Bagus,sikap macam awak ni patut di puji dan menjadi contoh kepada pengawal-pengawal yang lain'puji en Rahim
And aku was like...

'Ni lah punca rezeki saya en Rahim,x rugi pun masa berlebihan untuk punca rezeki yang halal ni'jelas aku

'Baguslah Man,baiklah saya akan menerangkan sedikit skop kerja awak selama aku bertugas mengawal di sini.Untuk makluman awak,awak akan ditugaskan bersama seorang lagi pengawal malam.Selang 4 jam awak harus clocking,bergilir-gilir dengan partner awak ok..yang selebihnya tu awak pun tahu kan apa yang harus dan yang tak digalakkan...'panjang penerangan en Rahim malam tu.

'Assalammualikum en Rahim'sapa abang Dollah(partner shift malam)

'Haa..Dollah lambat kamu sampai malam ni'soal en Rahim

'Maaf en Rahim,motor saya buat hal tadi tak boleh start'terang abang Dollah

'Haishh...Dollah2 ada ja alasan kamu,Dollah saya kenalkan ini Man..dia yang saya pilih untuk mengantikan Pian'terang en Rahim

Aku menghulurkan salam dan bersalaman dengan abang Dollah,sejurus itu aku mengcorak langkah menuju ke post.

'Betul ka,apa yang saya dengar pasal Pian tu en Rahim?'soal abang Dollah

Jarak post dan tempat di mana mereka(en Rahim&abang Dollah)bersembang tidaklah jauh,aku ambil kesempatan memasang telinga mendengar setiap butiran bicara mereka,dengar2 tu macam serious ja.Siapa Pian?apa yang dah terjadi pada Pian?

'Tak dak apa lah,si Pian tu mungkin terlalu letih,biasalah kalau dah letih badan ni mata nampak benda lain tapi otak proses benda lain..saya dengar kata pagi dia meniaga dipasar kan?dia cuma perlukan rehat yang secukupnya sebelum mula kembali bertugas..hal ni tak perlu dibangkitkan lagi awak bekerja seperti biasa,saya balik dulu..assalammualaikum'penutup mukadimah en Rahim.

'Waalaikumsam'salam en Rahim bersambut.

Cerita satu malam antara aku dan abang Dollah,abang Dollah seorang pesara tentera..orangnya sasa nampak tegas,segar,sihat dan masih segak walaupun dah berusia dalam lingkungan 50-60 aku rasa.Kata abang Dollah seumur hidup dia xpernah pon masa yang terluang diisi dengan bersantai,rilex habiskan masa2 tua dengan berehat.Dia bukan sejenis manusia yang macam tu,sebab tu lepas ja bersara dari tentera dia mintak kerja sebagai pengawal keselamatan.Aku ada la tanya kenapa tak berniaga ja,kata abang Dollah..dia lagi sanggup kerah tulang 4 kerat ni daripada dia nak perah otak memikirkan hal perniagaan.

'Abang dah berapa lama kerja sini?'soal aku

'Ada la dalam 4 tahun,dan untuk pengetahuan kau Man selama aku kat sini..aku rasa dah berpuluh pengawal berganti,kau ni aku tak pastilah yang keberapa Man'terang abang Dollah.

And aku sekali lagi was like
Hampir terkucil jugak lah aku setelah mendengar perkhabaran ni,kenapa pulak lah ramai berganti kerja kat sini?apa yang ada kat sini?tapi kenapa si abang Dollah ni boleh tahan?berhantukah bangunan ni??aku pun berhuhuhu di tepi meja guard..
'Bangunan ni ada 'benda' ka abang Dollah?'soal aku

'Benda' apa Man?hantu?jin?jembalang?'usik abang Dollah

Aduhhhh...kanibal betul la orang tua ni,aku ni usaha la berbunga-bunga tak sebut makhluk yang kurang indah tu,dia selamba jaa..dah la malam ni,dok sebut2 kang muncul barulah nak melompat-lompat sebab dah lupa nak lari macam mana sebab takut sangat..huhu

'Yakni dalam masjid pun jin bertandang,inikan pula dalam bangunan Wisma Jaya yang tersergam indah ni..hehe'abang Dollah mengusik aku.

Arrghhhh..dok buat main2 pulak dia dengan 'benda' ni..dia berani sebab dia tu tentera,dia dah kebal dengan benda-benda ni,silap2 boleh buat kawan dia dengan 'benda' tu..huhu,aku ni mana la pernah kena usik(mintak simpang) inikan pulak nak buat kawan..memang tiada keinginan la aku..sorry sikit..

'Jadi bangunan ni memang ada 'benda' la abang?'soal aku sekali lagi.

'Ya Man bangunan ni memang keras sikit,tapi kau jangan takut selagi aku ada aku akan cover kau..hahaha'abang Dollah bantai gelakkan aku.

arrrrghhhhhhhh!!geramnya aku...!!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2018 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana sambungannya tt oii
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
wowo cerita baru. menarik..sila sambung ye tuan tanah kedaunggg
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2018 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm best ni. jgn lupa sambung yerr
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
best la TT, ada ciri lawak2 cite nie. cepatla continue
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam bro nasik..pernah baca  kisah ni kt bod sebelah..tp bro abis kan le cite nyer..mngkin ramai lg forumer yg tk penah baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2018 09:17 AM | Show all posts
menarik... cepat la sambung yek.. lama da bod mps ni takde citer2 best lepas abam dam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 09:42 AM | Show all posts
best cerita ni...sambung cepat tt..ni cerita asal tt ke dari sumber lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergantung sepi pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2018 12:19 PM | Show all posts


Alhamdullilah..dekat seminggu dah aku bertugas di Wisma Jaya ni,tak dak pulak kejadian aneh yang menimpa aku,jadi aku boleh la move on dengan cerita2 mengarut tu semua..Abang Dollah nak regging aku la tu kan..mentang2 la aku ni penakut,dipasungnya kepala otak aku dengan cerita2 seram kononnya Wisma Jaya ni ada jin la hantu la jembalang la.Ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan ribut petir pulak di tengah hari,maka bermula la epilog kisah cinta,suka dan duka aku.

Bangunan Wisma Jaya cuma ada 10tingkat,malam tu sekitar jam 10:00malam aku memulakan rondaan yang pertama,setiap tingkat bangunan Wisma Jaya aku periksa dengan teliti,risau juga sekiranya ada orang yang menceroboh dan kami pengawal keselamatan bangunan ni yang bakal dipersalahkan.Aku tidak mahu hal2 seperti itu terjadi..so aku harus teliti.Lift berhenti ditingkat 4,pintu buka dan aku nampak masih ada sebuah unit pejabat yang masih terang benderang didalamnya,jadi disini ada 2 kemungkinan..sama ada staff terlupa untuk mematikan lampu atau sememangnya masih ada staff yang bekerja lebih masa.

Aku mengintai2 dari luar,office kelihatan kemas teratur dan macam tiada tanda2 sedang beroperasi..fail2 semua tersusun kemas,aku sedikit mengundur kebelakang dari kedudukan asal aku tadi,aku donggakkan sedikit kepala dan signboard tertera 'Syarikat Pelancongan Mesra' tiba2..

'Abang tengok apa tu?'satu suara menyapa dari belakang.

'Ohh pocot mak kau!! Allahu Akbar terkejut saya cik...'

Aku berganjak kebelakang agar punya lebih banyak ruang sekiranya gadis manis yang menyapa aku ni bukan manusia tetapi hantuuu...maka lebih mudah lah aku meloloskan diri.

'Ehh..jangan takut la bang saya ni manusia la..hihi'

Amboih amoi ni..sukanya dia tengok aku yang macam nak putus nyawa ni..sukaaa kau yerr..

'Abang tahu cik amoi ni orang,yang tadi nampak abang terkejut tu abang melawak ja..'ayat cover dari aku.

'Ohh..sorry la buat abang terperanjat'kata si amoi manis

'Ehh..tak apa abang okey,cik amoi ni tak balik lagi,tunggu orang jemput ka?'

'Jangan la panggil cik amoi,panggil saya Candy boleh..saya kena stay back sebab banyak lagi kerja2 yang tertangguh..kalau dibiar-biarkan lagi bertimbun la abanggg??'

'Panggil ja abang Man,tak apa lah kalau macam tu Candy selesaikan dulu kerja tu,kalau ada apa2 Candy boleh turun cari abang dibawah..tapi jangan lah lewat sangat balik yer..bahaya'

'Baiklah abang..terima kasih,saya masuk dalam dulu'

Lirikan mata aku mengiring Candy masuk sampai dalam office,tiba2 rasa tak puas lagi bersembang dah bertentang mata dengan dia..memang tak dinafikan Candy seorang gadis cina yang sangat2 cantik..dan membuatkan aku tertarik adalah lesung pipit yang tengelam timbul tu..indah sungguh malam ini kurasakan..haiiii la cik Candy..huhuhu,heyy Man sudah tu dok mengelamun..aku mengutuk diriku sendiri yang sudahku rasa angau pada si dia..

Rupanya bukan Candy ja yang stay back,aku tengok ada lagi 2,3 office yang masih belum tutup..setelah selesai rondaan dari tingkat atas,tangan aku dengan sengaja menjadi miang menekan tingkat 4..hehe,lift berhenti dan terkejut aku melihat office Candy sudah pun dimatikan lampunya,mungkin sudah balik agaknya.

Lebih kurang pukul 11:00malam aku lihat semua sudah meninggalkan bangunan ni,tapi hati ni rasa rugi pulak sebab terlepas bertemu Candy sebelum dia pulang..tak pa la Man besok2 ada lagi..jangan kau angau sangat Man oiiii..tengah seronok2 mengelamun tiba2 lamunan aku tersentak akibat bunyi yang dihasilkan oleh lift,aku dan abang Dollah serentak memandang ke arah lift..tetapi abang Dollah tiba2 mengeleng..

'Dia' buat lagiii.....'kata abang Dollah

Aku tak mengerti apa maksud abang Dollah dan aku tak mau hiraukan orang tu,yang lebih menarik perhatian aku..adalah bunga sakura yang baru saja keluar dari perut lift tu yang sedang berjalan menuju ke pintu keluar..aku tak melepaskan pandangan aku,kelip mata pun aku rasakan rugi..aku dan Candy berbalas senyuman..aduhhh manisnya kau...

'Oiii Man!! kau pahal tersenyum2 terenyeh sorang2?'

'Ehh,tak da apa lah abang saja sedekah'

Kalau tak dibendung sikap angau aku ni,boleh jadi bahan ejekan,perlian aku ni dengan abang Dollah...okey Man,kau rilex...kau fokus,jangan kau gelojoh sangat...huhu

'Kau sedekah kat siapa Man?pontianak ka?hahaha'

'Ishh..abang ni jangan dibuat lawak benda2 terbang ni abang Dollah...saya ni dah la lemah semangat'

Jadi berakhirlah sudah malam2 indah antara aku dan Candy..dan sudah semestinya malam2 aku selepas ni lebih bermakna kalau dapat menatap wajah ayu,mulus si Candy..ohh Candy i lobe u....

Keesokan malam,

'Man..dan nak p kerja ke?'tanya mak

'Ya..mak Man dah nak p kerja ni'jawab aku

'Macam mana tempat kerja baru kau tu?'soal mak lagi

'Okey ja mak,alhamdullilah..kat sana Man diaorang bagi jaga berdua,jadi berteman la Man mak..tak la takut sangat..hehe'

'Bagus la macam tu Man,kau kerja la baik-baik yer..doa mak ni sentiasa iring kau Man'

'Terima kasih mak,dah mak jangan risau..pandai la Man jaga diri..mak pun kena jaga kesihatan mak,Man p dulu'pinta aku sambil mengengam erat tangan mak dan mencium tangan mak dengan penuh kasih dan sayang..sesungguhnya aku teramat sangat menyayangi mak..Man sayang mak..

Semacam semangat aku malam ni,tak pasti la kenapa sebelum ke Wisma Jaya sengaja aku singgah dikedai mamak untuk aku tapaukan kopi o panas untuk aku dan untuk abang Dollah.Setibanya aku di Wisma Jaya aku melihat begitu ramai membanjiri di ruang lobby.Jam ketika itu menunjukkan pukul 6:45petang,aku melihat en Rahim di satu sudut,abang Dollah pun ada sama..ehh awa pulakorang tua ni,selalunya dia la lambat dan berbekalkan macam2 alasan.

'Assalammualaikum'sapa aku

'Sampai pun awak Man,mari kita kesana sebentar'

'Apa dah jadi ni en Rahim?'soal aku

'Ada orang jumpa mayat dalam tandas tingkat 7'kata en Rahim

'Allahu akbar...bila yang diaorang jumpa mayat tu en Rahim?saya last ronda semalam pukul 6:00pagi,tak apa2 pon yang mencurigakan en Rahim,saya pasti memang saya ada meronda sekitar itu'terang aku,sesungguhnya aku risau ketika itu,kami juga boleh dituduh dan aku tak mahu orang atasan mempertikaikan hasil kerja kami sedangkan kami sudah memberikan yang terbaik.

'Tak apa Man,kamu jangan risau perkara ni saya tak akan libatkan kamu dan Dollah,baru petang tadi mak cik cleaner(mak cik Suri) nampak,katanya sebelum kejadian dia ada berselisih dengan budak perempuan tu,tapi seusai saja dia mencuci tandas di tingkat 8 dia terdengar ada suara perempuan menjerit,jadi dia pun bergegas turun ikut tangga..dia nampak budak perempuan tu dah terbaring kaku atas lantai'terang en Rahim.

'Tak kan ada pembunuh pulak dalam bangunan ni en Rahim?siang2 macam ni?'soal aku keliru

'Jangan kita buat apa2 spekulasi,biar polis uruskan..tugas awak berdua,kerapkan lagi kawalan..kalau boleh biar 2 jam sekali kamu bergilir-gilir lakukan rondaan,dan perhatikan setiap orang yang keluar masuk..sekiranya ada daripada mereka yang mencurigakan hubungi polis dengan segera..faham?'

Setelah hampir 2jam,polis mengarahkan semua orang bersurai,dan Wisma Jaya kembali menyepi..










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2018 12:28 PM | Show all posts
Assalammualaikum semua,cerita ni bukan la cerita saya..saya baca dari sumber yang boleh dipercayai dan saya tumis,perasakan sedikit dengan cara saya,harap semua boleh hadam dengan cerita ni,kalau ada silap..hampa boleh la tegoq~tq



yang benar,
    saya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 01:56 PM | Show all posts
lagi.. lagi.. xkan itu ja...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 02:08 PM | Show all posts
Alaa.. penat refresh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2018 04:53 PM | Show all posts
Edited by nasikkandaq at 2-8-2018 08:59 AM


Walaupun kejadian petang tadi agak terkesan pada emosi aku,tetapi keinginan aku untuk bertembung sekali,2 kali,3 kali dan berkali-kali dengan Candy telah menghanyutkan aku kedalam lautan asmara..hihi,hari ni awal 2 jam aku membuat rondaan sepertimana yang diarahkan oleh en Rahim.Berdebar,tak sabar,rindu dan macam2 lagi perasaan aku ketika ini.

Lift berhenti ditingkat 4,gelap saja office Candy..mungkin hari ni dia tak bekerja lebih masa,ada sedikit kekecewaan bersarang dihati aku.Aku terlebih dahulu membuat rondaan disekitar tingkat 4 sebelum aku bercadang untuk menjenguk kedalam unit office Candy,bukan berniat apa2 cuma untuk kepastian tiada apa yang mencurigakan kerana setelah kejadian petang tadi,aku perlu lebih peka dan berhati-hati.Aku menghampiri office Candy,memang tiada tanda2 bahawa dia kerja lebih masa malam ni,tak pa la Man besok malam ada lagi..

'Abang cari saya?'

'Allahu akbar!! aduhhh...Candy,terkejut abang..Candy dari mana?abang ingat Candy tak kerja malam ni..ni haa office gelap jaa..aikk tadi bukan gelap ka macam mana pulak tiba2 terpasang lampu ni?Candy stay back dengan kawan ka malam ni?'soal aku pelik.

'Abang ni,lampu ni memang saya biarkan terpasang jala..saya pergi ke tandas tadi,kenapa abang cari saya?'


Kepelikan mula meraba-raba minda aku,aku masih terang mata..aku yakin,apa yang aku nampak tak salah..tapi entah lah,ahh lupakan jala yang penting aku dapat bertemu lagi dengan pujaan hatiku..

'Abang cuma nak pastikan Candy dalam keadaan baik,Candy tau tak apa yang dah jadi petang tadi?'


'Tahu..abang rasa perempuan tu dibunuh atau bunuh diri?siapa la kan yang berani buat macam tu siang2 hari?kalau kata dia bunuh diri tak kan la bunuh diri dalam tandas kan?macam ada sesuatu yang pelik jer..'

'Ehh dah la tu,tak payah difikir-fikir lagi..biar polis ja yang uruskan..abang cuma mintak Candy lebih berhati-hati..dan jangan la selalu kerja lebih masa buat masa ni..bukan apa kalau betul gadis tu di bunuh mesti ada pembunuhnya'

'Terima kasih abang,Candy akan ingat pesan abang..lagipun Candy memang nak berkemas lepas tu nak balik dah'

'Kalau macam tu tak apa abang tunggu Candy'

'Ehh..tak yah la,abang kan tak habis meronda lagi..tak apa abang teruskan kerja abang,lepas kemas2 ni saya turun okey?'

'Baiklah kalau macam tu,abang gerak dulu..tapi ingat pesan abang hati2 dan jangan terlalu lewat balik'aku meninggalkan pujaan hatiku setelah aku yakin yang dia berada dalam zon selamat.Setelah aku berpuas hati dengan rondaan aku malam ni,dari tingkat 10 aku menekan punat G,kali ni terus ke G kerana aku yakin Candy mungkin sudah pulang.

'Semua tingkat clear abang,tiada apa2 yang mencurigakan'
aku melaporkan kepada abang Dollah,tiba2 lift berbunyi serentak aku dan abang Dollah memandang namun abang Dollah beralih pandangannya tiba2 dan aku masih terus memandang..Candy,aku ingat dia dah balik..aku berjalan beriringan dengan dia sehingga ke pintu utama,oleh kerana abang Dollah dah mengunci pintu jadi terpaksa la aku menunduk dan membuka kembali pintu tu..aku merasakan ada deru angin yang menyapa belakang leher aku,seram sejuk.Aku buka pintu dan..Candy tiada dibelakang aku,sebaliknya dia melambai-lambai aku dari luar..aku agak terkejut kerana Candy sepatutnya berada di belakang aku,aku cuba positifkan diri mungkin dia cepat2 keluar setelah aku membuka pintu..cuma aku saja yang asyik mengelamun..aku menyambut lambaian Candy kembali,sambil tersenyum berbunga-bunga.

'Abang Man buat apa tu abang Man oiii,kau dah kena sampuk ka abang Man,malam2 buta kau dok main lambai-lambai dah kenapa Man?'

'Choiiii mintak simpang la...jangan la disampuknya saya insan yang lemah ni,hihi'

'Banyak la lemah kau,aku bukan apa Man,aku risau kang ada pulak yang menyambut lambaian kau tu haa...berlari kau tak cukup tanah nanti..hahahaha'wahhh..gelak besar abang Dollah dekat aku,pelik jugak aku..tak kan la abang Dollah boleh tak perasan yang aku sedang melambai Candy..walaupun dia tak kenal Candy tu tapi sekurang-kurangnya tak la dia menuduh aku melambai angin..pelik..pelik..

Setelah tamat shift aku dan berganti pula dengan shift pagi,aku segera ingin pulang..aku merasakan semalam adalah malam yang berlebihan panjangnya.Sampai ja aku didepan rumah,hidung aku menangkap bau rendang mak..hebatnya kudrat orang dulu2,kita zaman sekarang ni..time2 ni aku rasa peluk bantai bawah selimut lagi.Adik aku si Mia tu belum tentu dah bangun.Berbalik pada rendang mak ni,rendang mak memang terbaik..tak kan puas sekali makan..bertambah nasik aku selalunya.Selesai makan,aku mandi letak kepala terus terlena.

'Man..Man bangun Man,dah pukul berapa ni..kau tak kerja ka?'
'Allahu akbar...dah lewat dah ni mak...'tak menyangka hari ni sedap sungguh lena aku,mungkin akibat pengaruh rendang ayam mak aku la ni..huhu

'Makan dulu Man,mak dah panaskan lauk ni'

'Tak apa la mak,Man dah lewat sangat ni..tapi kalau boleh mak tolong Man bungkuskan karang Man boleh makan,dari nak biarkan Mia yang habiskan..hahaha'

'Hello..along tu yang selalu habiskan rendang mak ok,jangan tuduh Mia okey..huh!'





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 05:13 PM | Show all posts
Mesti Candy sebenarnya yang matikan TT .. sebenarnya Candy tu adalah cik pon
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2018 05:39 PM | Show all posts
candy is hantu???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2018 05:58 PM | Show all posts
in syaa Allah kalau ada lebihan masa besok jugak saya akan habiskan cerita ni,xmau lagi dibiarkan tergantung sepi..hehe,perihal siapa Candy sebenarnya?sementara ni biarlah rahsia,sehingga berjumpa lagi esok..assalammualaikum



yang benar,
   saya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
ok..cerita menarik senang faham
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2018 09:59 AM | Show all posts
meleret2 lh citer ni
dh lh menulis ala2 novel yg byk nasi tambah

nk tny tt
nape cedok citer ni
blh bg sumber

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2018 12:16 PM | Show all posts


'Lewat kau hari ni Man'tegur abang Dollah

'Haa abang,maaflah saya terlajak tidur..mungkin terlalu letih agaknya'

'Apa ni Man muda2 lagi dah lesu ni..haha'ejek abang Dollah


Amboih orang tua ni lebih sudu dari kuah pulak dia..

'Ada abang dengar cerita pasal budak perempuan semalam tu?'
'Ni yang nak cerita kat kau ni Man,aku dengar cerita ni dari pengawal malam..budak tu mati lemas'

'Mati lemas?dalam tandas?biar betul ni abang?ishhh...pelik lah,macam mana cara pulak mati lemas dalam tandas ni abang?'bertalu-talu aku menyoal abang Dollah.

'Sabar Man,aku tau kau terkejut kau tak percaya tapi ini hasil dari keputusan post-mortem..orang yang lebih arif pun dah mengesahkan'

Betul jugak apa yang abang Dollah kata tu,mustahil ada penipuan atau kesilapan dalam kes ni..mereka cuma dapat mengesan punya nya..tapi cara dan bagaimana ianya terjadi?masih menjadi misteri..aku percaya kalau budak2 yakni dalam timba pun mereka boleh lemas,tetapi ini mak budak2?misteri...

Aku meneruskan rutin harianku seperti biasa,walau apa pun terjadi..amanah dan tanggungjawab haruskan aku kerjakan laksanakan..disamping itu aku jugak kepingin menatap wajah pujaan hati aku si Candy tu..

Lift berhenti ti aras 4,kelihatan gelap saja unit pejabat Candy..mungkin Candy tidak bekerja lebih masa malam ni,ada sedikit kekecewaan bersarang dalam hati ni..namun cepat2 aku pujuk kerana hari esok ada lagi..hihi

Aku meneruskan rondaan hingga di aras 10,memeriksa satu per satu unit pejabat..tiba2 lift terbuka dan keluar seorang gadis muda dari perut lift tu dan berjalan perlahan-lahan menuju ke hujung coridor,aku waktu itu cuma diam tercengang dan sekadar memerhati.Di hujung coridor tu tak silap aku adalah store kecil yang mak cik Suri gunakan untuk menyimpan perkakas mencucinya.

Aku mengatur langkah dan mengiku jejak gadis tadi,sekarang aku berada dia hadapan store mak cik Suri,aku pulas tombol pintu..berkunci,aku menghempas pintu tu ternyata tidak berjaya.Jadi kemana gadis tadi tu?

'Heyy..siapa ada didalam??hello??awak tak boleh berada disini waktu ni?hellooooo!!'aku tidak berputus asa,aku mengetuk pintu store tu dan mula berinteraksi dengan sesiapa saja yang mungkin berada didalam.Namun tiada balasan,senyap sunyi..tiba2 aku rasa meremang seram sejuk..aku mula yakin gadis tu bukanlah manusia..tetapi syaitan yang penuh tipu daya.

Aku berlari menuju ke lift,aku berdiri dihadapan lift tanpa menoleh kekiri mahupun kekanan..dalam keadaan ketika itu macam2 yang aku bayangkan,lift buka aku cepat2 masuk..dan aku rasa ada sedikit gegaran dalam lift mungkin kerana cara aku menerjah masuk,aku cepat2 menekan pucat tutup tanpa memandang luar.

'Lain kali kalau nampak benda pelik,jangan terus takut..baca ja apa2 surah sebagai pendinding,dengan ayat2 suci al-quran saja yang boleh melindungi dan menguatkan semangat kita,istighfar Man..minum air ni'

Mujur abang Dollah faham,kerana aku ketika tu terlalu takut sampai mengigil dan tak mampu berkata2..betul apa kata abang Dollah..tapi aku yang jahil ni..kadang sujud kadang tidak ni terlalu nipis imannya.

'Tak apa Man lepas ni kau rehat ja,biar aku uruskan semua..dah jangan takut lagi'

Allah..nikmat rasanya dapat berbaring atas tilam aku yang empuk ni,hilang sekejap trauma dan stress aku malam tadi..Aku ingin rehatkan badan serta minda aku..aku tak mahu kejadian yang tadi malam mempengaruhi emosi aku..aku kena kuat!! dan aku pun terlena.

'Awal kamu siap hari ni Man'tegur mak,memang sengaja aku tak mahu bermalas-malasan atas katil.

'Ya mak..takut terlajak lagi mak,kang kena tatatertib Man yang susah nanti,mak masak apa hari ni?'

'Mak masak asam pedas ikan pari ja Man..kau nak makan?'

'Wahhh,sedap tu..boleh la mak,memang perut terasa lapar ni'

'Makan Man,makan banyak2 yer'

'Terima kasih mak'

Aku tak berhenti berdoa semoga tiada lagi malapetaka yang bakal menimpa aku semacam hal semalam,aku cuma mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga aku..Ya Allah lindungilah aku...

Sampai saja aku di Wisma Jaya aku disambut dingin oleh en Rahim,abang Dollah jugak kelihatan suram di satu sudut

'Man saya terpaksa bawa awak kebalai polis'

'Balai polis?tapi kenapa en Rahim?'apa salah saya?'

'Ada penemuan mayat sekali lagi di tandas tingkat 10 dan hasil tinjauan kamera litar tertutup pihak polis mengesyaki awak..Man awak jangan risau,saya percayakan awak..awak beri keterangan apa yang terjadi..kami akan menyokong awak'

Aku tidak takut,aku tak bersalah..mungkin ini cuma salah faham,tetapi aku risaukan mak dan adik aku Mia..mereka tentu khuatir.Setelah aku dibawah ke balai polis,polis mula menyiasat aku.

'Awak ceritakan pada saya apa sebenarnya yang berlaku semalam?awak kenal gadis ni?'soal pegawai penyiasat

'Memang saya ada buat rondaan semalam,seperti kebiasaan hari..tetapi malam tu semasa saya melakukan rondaan sekitar atas 10..saya nampak ada seorang gadis keluar dari lift dan dia berjalan menuju ke hujung koridor'aku memberi penerangan

'Jadi awak menghampiri dan membunuh dia bukan??!!'sergah pegawai penyiasat itu

'Allahu akbar,tiada motif untuk saya melakukan hal itu tuan..saya berani bersumpah,lepas saya nampak dia..saya ada menyusuri dia,dia tak patut berada di situ dan sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menghalangnya,tetapi dia tiba2 hilang..jadi saya beranggapan gadis tu sebenarnya bukanlah manusia tetapi...?'

'Tetapi?hantu maksud kamu?'

'Terpulang pada tuan sama ada mempercayainya atau tidak,tetapi saya sudah berkata benar'

Aku ditahan reman untuk beberapa hari,mungkin polis sedang mengumpul bukti untuk menyabitkan kesalahan aku..tetapi aku tak takut,aku tak bersalah
dan aku akan mengharungi semua ni,aku cuma risaukan mak dan adik aku saja.Maafkan Man mak.

Setelah 3 hari aku direman,akhirnya aku dibebaskan..mereka tiada bukti yang kukuh untuk menyabitkan kesalahan aku berhubung kes ini.

'Maafkan Man mak'keluar saja dari tahan aku melihat mak,segan aku tolak ketepi..aku memeluk mak aku..

'Allah...Man anak mak,syukur kau selamat nak..mak tau Man tak salah'mak menangis sambil memeluk aku.

En Rahim dan abang Dollah jugak kelihatan disitu menyambut pembebasan aku.

'Syukur lah kau dah dibebaskan Man,bawalah mak dan adik kau balik..awak berehat la dulu 2,3 hari saya beri awak cuti'

'Terima kasih en Rahim'

Selepas 3 hari aku mula kerja seperti biasa..

'Man kau nak tahu perkembangan kes hari tu?'

'Haa abang apa cerita?'

'Mati lemas! sama macam kes yang sebelum ni,sampai sekarang ni polis tak dak bukti nak sabitkan salah sesiapa..aku rasa polis pun mungkin tengah pening dengan 2 kes ni Man..tapi Man aku rasa ni bukan kerja manusia ni Man,ni mesti hantu punya kerja'

'Tak kan lah hantu boleh bunuh orang abang Dollah..ishhh tak logik lah'

'Kau nak tahu Man,ramai orang bunuh diri dekat bangunan Wisma Jaya ni'

'Patot la angker semacam ja bangunan ni'

'Malam ni biar aku buat atas kau ronda kawasan parking sudah'

'Ehh..tak pa abang,biar saya ja yang ronda atas'

'Beria benar kau ni Man,siapa ada kat atas tu?awek?kau jangan macam2 Man..haha'

'Tak da lah abang..merepek ja,bila masa la pulak saya ada awek..kat atas pulak tu,saya ni tak hensem siapa jala yang nak abang'

Walau hakikatnya memang aku rindu ingin bertemu dengan pujaan hatiku tu..dah lama aku tak jumpa Candy,jadi aku berharap sangat2 Candy kerja lebih masa hari ni..mintak2 lahh..

Yes.....Candy mesti ada kerana aku melihat lampu unit pejabatan bernyala.aku menghampiri office Candy..mengintai-ngintai dari luar..namun mata aku tidak dapat menangkap kelibat Candy.

'Abannggg....'macam aku kenal suaru lembut itu.

'Candy..awak dari mana ni,abang datang ni saja nak berbual-bual dengan Candy..lama kan kita tak jumpa'

Gadis itu tidak menjawab pertanyaan aku,wajahnya muram tidak seperti kebiasaan,dia hanya menunduk mukanya yang cantik mulus itu..

'Candy..awak okey tak ni?awak tak sihat ka?nak abang bawa ke klinik?'resah aku dibuatkan.

Gadis itu mengangkat wajahnya kembali menatap wajahku,ada titisan air mata yang mengalir dipipi gebunya itu..dia menangis lantas memelukku dengan erat..aku terkaget tetapi membiarkan dia berkeaadan begitu,bukan niat aku untuk mengambil kesempatan tetapi ingin dia melepaskan mungkin ada hal2 yang membebankan dia ketika ini

'Maafkan saya abang..nanti cemburu pula kekasih abang kan..hihi'

'Abang mana la ada kekasih Candy,awak okey?'

'Abang..kenapa lelaki ni suka mempergunakan wanita?suka ambik kesempatan?'

Jujur aku agak terkejut dengan pertanyaan Candy tu.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.094205 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list