Penampilan beberapa selebriti menegaskan penjualan dan pembelian barangan tiruan adalah suatu tindakan melanggar hak cipta sesuatu jenama baru-baru ini, mendapat perhatian pengarah Michael Ang.
"Jangan melenting dan minta belas kasihan bila hasil kerja anda 'diciplak' sekiranya anda sendiri menggunakan barangan tiruan!" tulis Michael atau Mike.
Mike berkata demikian menerusi laman Instagramnya bagi mengulas kontroversi barangan jenama tiruan yang menyelubungi beberapa selebriti tanah air.
Mike juga menyifatkannya sebagai karma yang mana setiap apa dilakukan pasti akan berbalik semula kepada seseorang.
Kredit foto: IG Michael Ang
Dalam masa sama, Mike mendakwa kenyataan itu bukan bertujuan menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya dia hanya meluahkan pendapatnya semata-mata.
"Jadi, tak payah terasa! Sayang anda semua!" ujarnya.
Ada betulnya juga pendapat Mike itu. Orang ramai juga boleh menjadikan ini sebagai peringatan supaya tidak menuding jari hanya untuk menutup kesalahan sendiri, okey? - CARI |