CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1364|Reply: 2

Pegawai Undang-undang Gay Berang Buku Kanak-kanak Bertemakan LGBT 'Disorok'

[Copy link]
Post time 2-8-2018 12:35 PM | Show all posts |Read mode





Buku keluaran penerbit terkenal, Tango antara tiga daripada 10 buah buku kanak-kanak dengan tema lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang dikeluarkan dari rak di perpustakaan awam oleh kerajaan Hong Kong.


Buku yang diharamkan di Singapura itu adalah antara buku yang mempunyai tajuk tersirat mempromosikan kehidupan LGBT.









Sebuah gerakan yang menentang hak-hak LGBT telah berbulan-bulan memberikan tekanan kepada Biro Hal Ehwal Dalam Negeri Hong Kong supaya 10 buah buku kanak-kanak yang menampilkan ibu bapa sejantina dan tema LGBT lain disembunyikan dari pandangan umum di perpustakaan Hong Kong.


Antara tajuk buku yang telah dipindahkan ke bahagian tertutup dan hanya boleh dimiliki atas permintaan adalah buku bertajuk And Tango Makes Three.











Buku ini mengisahkan tentang penguin jantan yang jatuh cinta dan membina sebuah keluarga bersama dengan bantuan penjaga Zoo. Ia diterbitkan pada tahun 2005 oleh Simon & Schuster dan pernah menerima beberapa anugerah.


Menerusi jawapan yang diterima daripada Biro tersebut kepada aduan oleh gerakan anti LGBT, Mesyuarat Pembangunan Koleksi yang terdiri daripada pustakawan profesional telah mengkaji semula 10 buku kanak-kanak yang disebut dalam aduan berkenaan dan memutuskan untuk memindahkan buku-buku terbabit ke bahagian tertutup perpustakaan awam di bandar.





Foto: South China Morning Post





Bagaimanapun, Pegawai undang-undang gay, Raymond Chan Chi-chuen menyatakan kemarahan di halaman Facebook miliknya, mengkritik jabatan kerajaan itu kerana tunduk kepada tekanan daripada gerakan anti LGBT.


Terdahulu, pada 2014 pihak berkuasa di Singapura telah diarah 'membuang' tiga buah buku bertemakan gay, termasuk Dan Tango Membuat Tiga dari rak buku mereka selepas ibu bapa mengadu buku tersebut menentang nilai-nilai kekeluargaan.


Namun, dua daripada buku tersebut, And Tango Makes Three dan The White Swan kembali diletakkan di rak untuk pembaca dewasa selepas bantahan itu reda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Huk alah.. mengong
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 10:07 PM | Show all posts
Terdahulu, pada 2014 pihak berkuasa di Singapura telah diarah 'membuang' tiga buah buku bertemakan gay, termasuk Dan Tango Membuat Tiga dari rak buku mereka selepas ibu bapa mengadu buku tersebut menentang nilai-nilai kekeluargaan.


jantan sama jantan menegang batang dengan lubang duboq...spermanya sesat di dalam rektum....padia la depa ni pala otak kat duboq.....ternyata tidak semua yang boleh menerima bahawa budaya menduboq lgbt itu adalah selaras dengan moraliti institusi kekeluargaan....malah sains juga TIDAK MENGATAKAN BAHAWA DNA GENETIC MERUPAKAN FAKTOR PUNCA PENYEBAB BUDAYA MENDUBOQ LGBT...mari bersama saya menghayati sains...wakakkakakakakakakkaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.062952 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list